Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

DIY Stereng Suprima S ke Persona

Assalam semua, hari ni post berkenaan DIY. Aku memang cukup minat dengan stereng suprima, selain faktor kemasan kulit, aku minat juga bentuk dan emblem proton yang nampak mewah dan premium ni. Alhamdulillah, ada  modal sikit, dapatlah aku beli stereng model ini daripada seorang penjual.
Ini masa mula-mula dapat, punyalah teruja. hehe


ok, stereng asal persona, boleh diganti terus dengan stereng suprima, tak perlu banyak kerja sebenarnya, dan boleh selesai dalam masa kurang sejam sahaja dengan peralatan yang betul. untuk makluman, persona aku model base line, jadi stereng kosong tanpa ada butang tambahan kecuali horn sahaja hehe.

Stereng Suprima S penuh butang dan paddle shift serta autocruise.
Walaupun stereng suprima ni penuh dengan pelbagai "jalan pintas" untuk fungsi audio dan transmisi, malangnya kita pemilik persona tak boleh menggunakannya. Cuma untuk model h-line boleh memanfaatkan autocruise, manakala airbag juga aku tak dapat pastikan boleh berfungsi atau tidak.


Lan…

DIY: Door gap?

Assalamualaikum, salam sejahtera.
anda ada masalah pintu tak rapat? ada gap? saya kongsikan satu solusi mudah untuk anda. kebetulan masalah yang sama berlaku pada kereta saya.


door gap pada kereta saya menyebabkan air masuk ke bahagian dalam kereta. jika diperhatikan jarak juga agak besar.

apa yang perlu anda buat adalah selaraskan kembali door hinge ni, kalau anda perhatikan betul-betul ada penanda pada bahagian atas dan bawah door hinge ni, itu sebagai asas kedudukan asal, tapi tidak semestinya tepat, namun boleh dicuba untuk diseleraskan ke kedudukan itu.

dapatkan pemutar skru yang sesuai dan dengan cermat longgarkan skru pada door hinge, cukup sekadar anda boleh selaraskan hinge tu dengan ketukan, jangan terlalu longgar. 

selaraskan pada kedudukan yang anda rasa sesuai. kemudian ketatkan skru sebelum anda uji. saya letakkan hinge tu pada kedudukan berdasarkan penanda pada badan kereta.

Alhamdulillah, pada cubaan pertama terus berhasil. pintu kembali rapat seperti kedudukan asal. …

DIY : Atasi gegaran pada pintu kereta

Assalamualaikum...
dari masa ke masa, tahun ke tahun, mestilah ada alatan yang rosak kerana faktor masa dan usia, salah satu yang ketara adalah "door hinged" pada proton aku. mula-mula gejala yang paling mudah nak kesan adalah gegaran kecil bila melalui kawasan tak rata. 
setelah diperiksa, barulah nampak plastik alas pada door hinge dah rosak dan pecah. memandangkan bajet yang terhad, makanya aku gunakan penyelesaian sementara untuk masalah ini. 

tempat yang paling senang nak rosak adalah pada bahagian pemandu sebab pintu ini yang paling kerap digunakan, alat ganti boleh dibeli di kedai peralatan kereta, harga aku tak pasti tapi aku rasa tak mahal sangat la hehe. perhatikan plastik alas yang pecah tu.

ok, ni cara aku, dapatkan wire tape, memang ada yang sama lebar dengan lebar alas plastik tu, jadi memudahkan kerja. 

kemudian, balut plastik tu dengan cermat, ratakan wire tape tu betul-betul. jangan terlalu tebal, nanti pintu susah nak ditutup, memadai sekadar tebal sedikit…

DIY : Waja Windscreen Water Spray

Assalamualaikum, selamat sejahtera.
satu lagi DIY yang boleh dicuba di rumah, dengan kos minima. water spray untuk cermin hadapan, original yang dipasang pada persona adalah jenis dual point, maknanya ada dua titik semburan terus ke cermin. aku kurang gemar semburan jenis ni sebab air tak kena pada keseluruhan cermin.
makanya mengambil idea daripada seorang sahabat NPOC yang menukar spray asal ke model waja, cuma aku tak pasti model yang mana, tapi aku ada sertakan foto untuk yang nak mencari nanti, aku pun DIY menukar spray asal kepada spray waja.
Spray asal pada persona aku

mula-mula buka bonet, perhatikan betul-betul klip spray tu, cara tanggalkan ialah dengan mengepit klip tu, supaya boleh ditolak ke atas permukaan bonet.


tapi sebelum itu, cabut dahulu hos air, ini untuk memudahkan kerja-kerja mengganti spray
spray yang telah ditanggalkan
water spray asal
water spray proton waja

pasang water spray waja, cara pasang, undur semula langkah-langkah membuka spray asal. pastikan hos ai…

Servis di rumah

assalam, selamat berpuasa pada semua umat Islam, khasnya pembaca blog saya. lama tak menaip kerana bertukar kerja dan berpindah ke kampung. bila dah duduk di kampung ni berbeza di duduk di penang yang ada bermacam-macam kemudahan, makanya di sini kena lebih berdikari sedikit. topik kali ini, servis sendiri di rumah, servis untuk mileage 140k km dah. memandangkan cuma servis minor, jadi aku plan buat sendiri, DIY

antara benda yang mustahak kena ada, jack kereta 2 atau 3 tan, spanar saiz 14, spanar oil filter dan timba kosong. lain-lain adalah minyak enjin, penapis minyak enjin, dan penapis udara. 

selesai kerja-kerja jack kereta, cari tempat buang minyak enjin (oil drain), lokasi di sebelah belakang dasar oil sump. jangan salah buka yer, satgi relai kereta lak.

dapatkan spanar saiz 14 dan dengan berhati-hati longgarkan nat drain plug tu. jangan terus tanggalkan nat tu sebab nanti minyak akan terus keluar, kalau kena muka, silap-silap jadi orang minyak nanti.

cari timba, yang boleh tampung …