Skip to main content

Servis di rumah

assalam, selamat berpuasa pada semua umat Islam, khasnya pembaca blog saya. lama tak menaip kerana bertukar kerja dan berpindah ke kampung. bila dah duduk di kampung ni berbeza di duduk di penang yang ada bermacam-macam kemudahan, makanya di sini kena lebih berdikari sedikit. topik kali ini, servis sendiri di rumah, servis untuk mileage 140k km dah. memandangkan cuma servis minor, jadi aku plan buat sendiri, DIY


antara benda yang mustahak kena ada, jack kereta 2 atau 3 tan, spanar saiz 14, spanar oil filter dan timba kosong. lain-lain adalah minyak enjin, penapis minyak enjin, dan penapis udara. 


selesai kerja-kerja jack kereta, cari tempat buang minyak enjin (oil drain), lokasi di sebelah belakang dasar oil sump. jangan salah buka yer, satgi relai kereta lak.


dapatkan spanar saiz 14 dan dengan berhati-hati longgarkan nat drain plug tu. jangan terus tanggalkan nat tu sebab nanti minyak akan terus keluar, kalau kena muka, silap-silap jadi orang minyak nanti.


cari timba, yang boleh tampung kapasiti minyak enjin lebih kurang 4 liter, letak bawah drain plug tu, kemudian barulah tanggalkan nat oil sump sepenuhnya. minyak enjin lama akan turun, dan pastikan habis semua.


sementara menanti minyak enjin turun habis, longgarkan penapis minyak enjin (oil filter) di sebelah oil sump. gunakan spanar oil filter. lepas longgarkan, dengan segera letakkan tong kosong di bawahnya untuk menadah lebihan minyak enjin. oil filter yang dah dilonggarkan kena cepat-cepat dibuka sebab kalau lambat, nanti oil filter tu akan dilimpahi baki minyak enjin, alamatnya kotor la tangan dengan minyak nanti

kedua-dua drain plug sedang dikeringkan


lepas tanggalkan semua, kita lepak kejap sementara menanti minyak lama dikeluarkan habis. bolehlah jack turun sebentar kereta anda, supaya oil sump dapat disamakan arasnya.


ini oil drain plug, bersihkan. kalau ada oil drain gasket (yang bentuk macam "washer" warna bronze tu) bolehlah gantikan. kalau tak ada, jangan buang yang lama tu. bersihkan elok-elok.


kawasan oil filter pun jangan lupa dibersihkan sama. lap hingga kering dan bersih.


ini oil filter yang saya gunakan, dari mitsubishi dan serasi dengan enjin campro juga.


baca arahan dengan teliti sebelum dipasang ke enjin campro anda. arahan umum ini biasanya sama untuk semua oil filter.


letakkan lapisan nipis minyak enjin, ambil dari lebihan minyak lama tadi pada gasket oil filter.


pasang oil filter baharu pada enjin. ketatkan hingga satu klik sahaja.


oil drain plug juga dipasang dan diketatkan. cuma jangan terlalu ketat kerana boleh merosakkan oil sump.


seterusnya kita isikan minyak enjin, jangan hidupkan enjin dahulu sebelum minyak diisi. haha. tips nak isi minyak enjin, isikan lebih kurang 3 setengah liter terlebih dahulu.


selesai mengisi minyak enjin, tutup penutup dengan kemas, dan keluarkan dipstick dan bersihkan. kemudian hidupkan enjin untuk beberapa ketika.


lepas beberapa ketika, matikan enjin, dan periksa takat minyak enjin pada dipstick. sekiranya tidak mencukupi, sila tambah sedikit mengikut rasa.


selepas ditambah dan rasanya dah memadai. ada beberapa pendapat mengenai jumlah minyak enjin campro ni. ada pendapat menyatakan memadai 3.8 liter, manakala ada juga yang mengatakan perlu 4 liter, kerana bakinya akan masuk ke oil filter. apa-apa pun, rujuklah pada dipstick anda, isi berdasarkan penunjuk pada dipstick.


seterusnya kerja-kerja mengganti penapis angin (air filter), buka empat klip di keliling kotak air filter dahulu.


rupa air filter selepas lebih kurang 30k km, nak guna semula atau tidak bergantung pada tahap kekotoran pada penapis. ada yang suka keluarkan, tembak dengan air gun sampai bersih kemudian guna semula. 


bersihkan juga kotak air filter dari benda asing.


pasang air filter baharu, pasang semula penutup dan pastikan kemas dan rapat sebelum anda kunci semula keempat-empat klipnya.


kos keseluruhan adalah kira-kira RM150.00 untuk minyak enjin, oil filter dan air filter. :)


Comments

mohdnoorhelmi said…
salam ramadan..good info..nak tnya..sy punya persona pada kotak yang oil sum 2 da leaking..ape sebab nya ek..langkah bagi xnak leaking mcm mane ek..tq
Rifaie said…
leaking pada drain plug atau tepi-tepi celah gasket? kalau pada drain plug tu, cuba tgk balik kawasan sekitar dia ada retak atau x. kalau retak, blh cuba welding semula, atau terpaksa ganti oil sump tu
mohdnoorhelmi said…
tq..ok t sy cheking balik..ade ape2 efek x kalau dibiarkan kereta leaking pada head ngn oil sum 2...
Rifaie said…
minyak enjin berkurang la nanti.. tak elok la, takut minyak kurang, dan kita tak sedar utk topup
mohdnoorhelmi said…
tq..rase2 bape kos untuk baiki tmpt yang leaking...ape penyebab leaking ek..sbb cara pemanduan ke..
sebelum ni pakai JTX1000 kn,x ok ke minyak tu?
speedrider said…
Paie. Dulu bukan pakai Castrol ka? Sudah tukar kaaaaaaaaaa
Rifaie said…
mohdnoorhelmi, kos saya tak pasti, tapi rasanya stkt welding mgkn antara 50-60 rggt, bergantung pada tahap kerosakan

@azril, yup sblm ni JTX. dari performance tak rasa beza pun. hehe

@speedrider, kat sini tak dak castrol, duk kg, p stesen minyak petronas ja la haha
Edy Hardy said…
Salam bos
Mne nk dpatkn jack n spanar oil filter 2?
Rifaie said…
DIY ada, tesco ada, kedai sparepart pun ada
Iqbal Halim said…
salam bro,mana nak dapatkan water spray waja?
Rifaie said…
saya beli kat proton parts shoppe bang

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 …