Skip to main content

DIY lampu kabus persona base line...

assalamualaikum semua...

memandangkan dah bertukar daripada lampu hella kepada spotlight yang lebih kecil dan "integrated" dengan bumper neo R3 aku, aku pun cadang nak buat suis yang nampak original atau  OEM kata banyak orang. 

maka berbekalkan pengalaman belajar elektrik serba sedikit, ditambah ada kelengkapan yang sesuai maka aku pun ambil keputusan untuk buat sambungan pada lampu kabus yang sedia ada dengan bumper baru kereta aku.

lawatan ke proton shoppe, aku beli suis konsol tengah sama seperti model m/h line, untuk makluman model b line tak ada suis untuk lampu kabus.



cara nak pasangkan mudah saja, buka cover kepada suis konsol tengah, tuil bucu penutup dengan pemutar skru philips, hati-hati jangan calarkan dashboard. kemudian, bila dibuka, ada dua skru di suis, tanggalkan, kemudian unplug dua kabel di belakang kotak suis, pastu masukkan suis konsol yang baharu. pastu bolehlah uji butang lampu kabus, kalau menyala hijau, kira dah ok la tu hehe


di bawah kereta berdekatan bucu bumper hadapan, cari kepala wayar macam foto di atas, untuk makluman, pendawaian lampu kabus memang dah ada pada semua model persona, cuma yang base line tidak dibekalkan bersama dengan suis dan lampu kabus tapi ada pendawaian lengkap dengan fius dah. jadi kerja-kerja pun memang dah straight forward dah.

dalam post lama, berkenaan CAI, aku ada post satu foto pasal kepala wayar ini. lihat foto kedua yer

sebelum ke foto seterusnya, aku minta maaf sebab tak sertakan foto-foto wiring sebab terlalu teruja tengok lampu menyala, lupa nak snap foto wiring, tapi secara kasar, wayar daripada kepala soket tu, yang merah itu positif, yang hitam itu negatif, jadi sambung terus saja ke lampu kabus, pastikan korang tahu mana wayar positif dan negatif lampu kabus yer.









kos untuk suis konsol tengah tu harganya Rm140.00 di proton shoppe, aku rasa boleh dapat lebih murah kalau beli di kedai aksesori kereta. rasanya bumper tu lebih sempurna bila lampu kabus tu dah menyala dan paling penting nampak OEM...hehe

Comments

Pyanto said…
nice dgn color scheme yg baru :)
Tapi jack kereta guna satu jack jeke? bahya noo..
Rifaie said…
aku guna jack 3 tan, mmg satu je dah cukup dh asalkan letak pada jack point yang betul
Cast Orange said…
mane bumper lama elegance?da jual ke?
Rifaie said…
aah, dh jual dh :)
Cast Orange said…
ooo...baru nak usha..hehe..market brape ea harga bumper..ade cable murah ta?
Haz said…
bro, saya dah puas carisoket untuk foglamp tapi tak jumpa le..
Rifaie said…
cuba tgk dkt bawah kereta, y sblh pemandu tu duk di sebelah bekas air wiper, y penumpang tu terikat dkt bawah tapak bateri
ucop al-yahya said…
This comment has been removed by the author.
Rifaie said…
kalau kt proton shoppe RM140.00
zul said…
tp kalo p.elegan still kne bwt ckit wiring untk suis kn?mmber ckp plug n play je..n lg satu kalo sy nk pasg foglamp ke p elegan ni da xperlu tmbh relay ke?tanx
Rifaie said…
kalau pakai centre console y ada fog switch, xperlu wiring dah. cuma dari socket ke foglight, kalau beli y bukan ori proton tu kena wat wiring skit. relay tak perlu
Salam, nak mintak tolong.. Kalau tak keberatan, nak mintak gambar macam mana nak bukak cover konsol suiz tu.. Dah cuba tak berjaya.. Sampai calar.. Harap dapat tolong email ke saya bro. Phenollephee@hotmail.com. Tq..
Rifaie said…
ok, dah emel :)
ucop al-yahya said…
bro.. boleh emailkan juga step nak bukak console tu.. syedelyas@gmail.com
Zhane Alex said…
boleh e,ail kat aku gambar pemasangan switch console and fog lamp kat email aku x? alexcz_05@yahoo.com
Zhane Alex said…
boleh email kat aku gambar pemasangan switch console and fog lamp kat email aku x? alexcz_05@yahoo.com
mohdnoorhelmi said…
bro boleh email gambo pemasangan switch console and fog lamp..mohdnoorhelmi@yahoo.com..tq
Rifaie said…
foto wiring xde, aku tak sempat ambik, tp wiring mcm biasa saja. wayar positif dan negatif
shah yoshi said…
bro center switch brape hrge ? tq
shah yoshi said…
bro center switch brape harge ?
cicak noty said…
bro..tlg email pic2 cara buka centre console & cara pemasangan suis @ wiring centre console n fog lamp.nk tgk kdudukan soket fog lamp tu.hehe..tq bro.
cicak noty said…
cicaknoty@yahoo.com
Edy Hardy said…
Camne nk buat headlamp 2 bos?
Rifaie said…
itu aku tak DIY, hantar kedai hehe
shaikfitri noor said…
Salam bro...proton shoppe kt mn?juru ka?
Rifaie said…
kawasan perindustrian prai...
as-salam bro,male socket utk foglamp dpt dr mana?part shoppe xda jual asing,skali dgn foglamp...tq
Rifaie said…
sy cdgkn kalu blh wat wiring sikit2, beli socket dari kedai elktronik. lebih mudah
HaziQue said…
Bos..b0le email kwn mcm mne na bkak konsul tgh tu..kalau b0le guide dri yg atas smpai bwah..sbb na wrap dgn CF sticker jgak..
haziq.hud@gmail.com
azam said…
celake pnye cine, die potong wayar kreta aku pas 2 smbung gne seltip je. babi la cine jerantut tu
adi zafran said…
Salam boleh email cara buka suis consul
adi zafran said…
Maaf lupa nak bg email heeee
doradoteam76@gmail.com
Hassan Loqman said…
Assalam..bro..mane nak cari suiz untunk button sporlight??
Rifaie said…
aku beli kt proton shoppe.
Wan Mohd Idris said…
bro.. bleh email x cara nk wiring lampu kabus ni.. persona base line sy xde lmpu kabus..igt diy je..tpai xtau nk wat suis camne..nk tap wayar dari mane..bleh ajar x bro..ni email.. idris0210@gmail.com
Rifaie said…
kalau wiring diagram saya tak ada, sbb kereta saya memang dah siap dengan wiring, cuma saya beli suis dan pasang foglight di kereta saja. kalau nk rajah cara buka centre console saya ada
Salam.. mohon forward kt sy cara buka/cungkil centre console utk pasang suis fog lamp tu..

norerwannoranizan@gmail.com

tq bro..
Salam bro bole anta pix mcmne nk bukak cntre panel n soket mne yg nk cnect dgn switch.... email sy one.nha.neo@gmail.com thanks...
Rifaie said…
ambik skru driver philips, lapik dgn kain. umpil cover centre console tu. wiring di centre console tak susah. cuma swap panel switch tu, guna balik soket wiring asal
ronel_p said…
salam. bro. bagaimana pulak dengan persona sv?
Rifaie said…
untuk persona SV saya fikir kaedah saya dah tak boleh diguna, sbb model persona sekarang dah tak ada lampu fog. barangkali wiring ke bumper pun dah tak ada. saya tak cdgkn anda guna kaedah ni, kecuali ada wiring utk foglight dan fius socket dalam kotak fius.
as12 said…
relay mmg x gune ke...mmg x de ape2 effect ke guaner...??
sbb aku nk angkat sv nyer...humm bnyk modal gak la nk kne setup..sius, lampu fog, wiring, fius...yg relay tu musykil nk kne gune ke x..
Rifaie said…
kalau untuk wiring baru, relay wajib ada tuan. tapi saya guna wiring asal proton, dah siap dipasang dalam kereta, relay nya memang dah siap ada. kes saya ni, model persona batch awal. wiring ada, tp aksesori tak ada. soket dah siap, tinggal nak plug in aja
romandroid 730 said…
saya jumpa soket fog lamp kanan je...belah kiri tak jumpa...tolongg
Rifaie said…
dalam fuse box, ada fuse utk foglamp tak?
romandroid 730 said…
Fuse foglamp ada, soket kanan ada, tp kiri tersit kat mana tak nampak!
Rifaie said…
hehe proton lupa pasang kut... tarik wiring baru la mcm tu
romzi730 said…
This comment has been removed by a blog administrator.
as12 said…
huhu...rupe nyer persona SV dah ade wiring utk fog lamp...so x yah susah2 aku nk wat wiring..relay pon dah ade...just plug n play je...cume suis tu kne tmbah sendiri la...baru je buat kat SV aku...
Rifaie said…
as12, terima kasih atas perkongsian info :)
Quad Core said…
Bro, berapa kos untuk beli fog lamp dgn fog switch.. sy pengguna sona sv
as12 said…
try cari kat mudah..ade jual..aku dpt rm300 1 set..lampu ori, bracket ori, suis original...pasang kat SV just play n play je...klau nk suis lain selain ori kne cari lubang la sbb nk ltak suis tu...klau suis ori cabut yg lama masok je yg suis ori yg baru.
Rifaie said…
@quadcore, kalau tgk dalam mudah, foglight sekali bracket biasa dalam 120-130.. suis tu kalau kt proton dalam 120 jugak. dalam 300 sepatutnya boleh dapat kedua-dua item. mcm as12 bgtau tu
As12:boleh snap picture switch.I guna sv tapi wiring untuk switch formen tap dari centre console..tapi short setiap kali I on fog light.tq
Muhd Akhmal said…
Bro kalau wiring dh ada dgn suis. Nk msk fog light angle eyes. Led dia nk smbg dkt wayar mne bro ? Boleh tergkn tk
Rifaie said…
@muhd akhmal,
sama jugak, boleh guna wiring yang sama. nak masuk led strip ke bulb?

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 …