Persona...Terpesona

Saturday, May 3, 2014

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.

Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.




Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.

http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html

http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html

Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lokasi kejadian. 


Awal pagi esok, kereta dibawa ke satu bengkel berhampiran. Teknik diagnosis yang pertama adalah dengan mengisi semula air ke dalam radiator sebelum tekanan udara dimasukkan melalui laluan "reserve tank". Pemerhatian mendapati ada kebocoran di bahagian tengah belakang radiator. Radiator segera dikeluarkan untuk pemeriksaan.


Selesai kerja mengeluarkan radiator, ternyata teori awal disahkan, tiada padding dipasang pada rangka kipas menyebabkan rangka melengkung dan menekan saluran air pada sirip radiator dan mengakibatkan kebocoran pada saluran air. Foto berikutnya dan ditandakan kotak merah adalah kawasan kebocoran tersebut. 



Jika dilihat dari sudut atas, barangkali tidak kelihatan, namun dari sisi, jelas menunjukkan rangka kipas menekan sirip penyejuk radiator.



Termostat juga diperiksa dan didapati dalam keadaan baik cuma sedikit berkeladak. 



Peringkat seterusnya adalah kerja-kerja mengimpal kebocoran pada radiator. Radiator dikeringkan terlebih dahulu sebelum dikimpal.




Rupa radiator setelah dikimpal. Sirip yang bocor ditutup dengan lapisan epoxy dan disejukkan seketika. Sambil itu, penutup atas radiator ditanggalkan untuk kerja-kerja membersihkan bahagian dalam radiator. Aku dinasihatkan untuk menyelenggara terus radiator untuk membersihkan kesan karat dan keladak pada bahagian dalaman.




Kerja-kerja membersihkan radiator, besi nipis ditusukkan ke dalam sirip penyejuk untuk menolak keluar keladak dan karat di dalam sirip.



Radiator kemudiaannya dibilas dengan air bersih sebelum penutup atas dipasang semula.



Seterusnya adalah kerja mengesan sekiranya ada kebocoran lain di radiator. Semua lubang udara disumbat, dan kemudiannya radiator direndamkan ke dalam takungan air. Pemeriksaan dilakukan secara fizikal untuk mengesan gelembung udara. Namun, untuk radiator ini, tiada sebarang kebocoran lain dikesan. Radiator sedia untuk dipasang semula.


Sebagai langkah berjaga-jaga, aku meminta pihak kedai memasang lapik getah untuk mengelakkan situasi sama berulang, dan aku puji pada pekedai kerana mengambil berat permintaan aku. Beberapa keping getah diletakkan sebagai alas antara radiator dan rangka kipas. Rupanya mungkin agak berbeza, tapi fungsinya sama dengan padding yang dipasang oleh proton.





Sebelum radiator dipasang, air bersih disalurkan ke dalam enjin. Air bertekanan tinggi ini untuk mengeluarkan keladak dan karat di sepanjang laluan. Thermostat juga dibersihkan dari kotoran.


Selesai kerja baik pulih dan servis, semuanya dipasang kembali. Coolant sebanyak dua botol digunakan untuk menggantikan coolant lama yang telah kering. Enjin dihidupkan dan suhu dipantau selama 20 minit. Setelah semuanya kelihatan normal, aku dibenarkan untuk membawa pulang kereta.


Ok, yang paling ditunggu, kos! Upah servis adalah sebanyak RM55.00, dua botol coolant RM24.00 dan kerja-kerja kimpalan RM20.00. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM99.00 sahaja. Berpatutan pada aku jika dibandingkan dengan tempoh masa kerja kurang dua jam dan kekemasan hasil kerja.

Jadi, nasihat aku untuk semua pemilik persona elegance, sila pastikan di rangka kipas radiator dan aircond anda dibekalkan bersama dengan padding untuk mengelak situasi seperti ini terjadi kepada anda. Padding boleh didapati di proton dengan nombor alat ganti PW990003 atau beli saja getah di kedai hardware dan DIY sahaja. 



40 comments:

Pyanto said...

Tq atas perkongsian
Akhirnya..kes overheat muncul jugak sebab takde padding ni..
Air takungan siap ada pepatung lg jgn masuk radiator sudah..huhuhu
Esok nak check radiator pulak, risau tengok kereta lain kena mcmni..

Rifaie said...

hehe semua radiator p rendam situ... mmg mcm2 la ada

holiday inn said...

assalammualaikum saya ada masaalah dengan pesona saya tahun 2010 masaalahnya ialah bila waktu waktu tertentu kereta saya bila tengah bawa tetiba air corn kreta tertutup sendiri dan dalam masa yang sama kat panel tertera gambar abs,beteri dan minyak enjin menyala dlam satu saat atau dua normal balik. tapi kerap terjadi dalam 10 20 min berlaku lagi klu waktu malam pula lampu seperti malam (tetapi tetap menyala). pernah terjadi dulu tapi bila saya tukar beteri ok dan tidak terjadi lagi dan sekarang jadi balik n saya dah tukar beteri kepada beteri basah tetapi selepas dua bulan terjadi lagi. apa yang masaalahnya?

Rifaie said...

ada kemungkinan berlaku kekurangan kuasa menyebabkan enjin hampir "stall". barangkali itu punca semua lampu amaran menyala tiba2. ada cuba swap bateri lain ke kereta?

Azlan Shah Yahya said...

Salam, Saya tumpang tanya :D
Smlm kereta saya overheating ( GEN2)
setelah saya check..rupanya..getah paip kat bawah kereta tu renggang agak jauh sikit laa. sbb bila saya tuang air..ke dlm radiator..dia kluar kat bawah tu balik..mcm air paip. soalan - boleh ke saya buat sendiri..sambungan paip kat bawah kereta tu..sbb sblum ni kereta saya staedy je.

Rifaie said...

tak ada masalah kalau nk buat sndiri. kalau paip masih elok, rapatkan balik dengan radiator, ikat dgn klip. kalau bocor, check dulu bocornya kat mana, buka paip tu, bawak ke kedai dan dapatkan paip dan ukuran yang sama

shafiqeffendy said...

Salam bro,

Nak tanya, saya pakai PE H-line tahun 2010. ada satu bunyi "tak tak tak tak" yang rasanya datang dari bahagian belakang enjin, mungkin dekat dengan throttle body kot. Tak pasti bunyi apa. Bila rujuk service centre, katanya bunyi tu tak bagi apa2 kesan pun, cuma bunyi sahaaja. Tak perlu tukar apa2. Bro tau tak ni bunyi apa n camane nak hilangkan bunyi ni? Bunyi tu kadang2 ada, kadang2 takde.....

Mohd Hafiz Salihuddin said...

Salam..nak tnya kat mne repair radiator tu??

Rifaie said...

shafiqeffendy

banyak punca tu, tp barangkali kalau dari belakang mungkin IAFM la. kalau setakat bunyi tak2 tu, biasalah. Melainkan kalau tiba-tiba petrol pun rasa makan lebih je, mgkn perlu diganti. sekadar andaian je. keta saya pun bunyi, dh 4 tahun mcm tu hehe

Mohd Hafiz Salihuddin
Kat Baling,Kedah

Syafiq Afandi Roslan said...

Salam.. Sya ada kereta PE(A) tahun 2011.. PE sya ni ada masalah check engine menyala dan gear aya lock kepada 1 gear sahaja.. Tentang masalah ini sya sudah bawa kereta sya ke servis centre dan pihak servis centre sudah check pakai computer dan mereka kata kena tukar pedal minyak dan sya pn terus tukar tp masalah sama jd balik. Kali ke2 saya perfi ke servis centre juga check pakai computer mereka kata kena servis throtle body dan throtle body juga telah diservia tp masalah sama jd juga balik. Kt sini sya nk tnya kalau pihak en tahu apa masalah sebenar PE sya ini ataupun en juga pernah mengalami masalah sama boleh tolong share x apa yg perlu sya tukar?

Terima kasih(jasamu akan dikenang£

Rifaie said...

saya guna PE manual, tak pernah lagilah kena simptom macam tu. gear lekat 1 je? maknanya apa tu?

Abi Rahman said...

salam bro,
nak tanya sket..saya pakai persona B-Line Manual thn 2007..sy ade bbrapa simptom yg menyebabkan saya risau wlpn kereta masih boleh bergerak mcm biasa..

1-Sekali skala jarum temperature dgn RPM off..pastu beberapa minit dia naik balik..mslh ape tu?

2-Biasa kalau kereta dh gerak,kita tekan brake,otomatik lock pintu ttutup..tp skrg dh xmcm tu..statik je..knapa ek?

3-saya punya pedal klac ade kesat sket,mcm mana nk bagi smooth balik?

tqvm

Rifaie said...

Abi Rahman, soalan pertama tu saya tak dapat nak jawab, mungkin boleh cuba swap meter dengan rakan2 yang lain.

yang kedua tu, mgkn blh check fuse auto lock, dan pastikan handbrake betul2 turun habis smpi bawah

clutch? mungkin boleh lubricate sikit di bahagian kabel clutch

ekwan said...

saudara,

kete PE saya baru2 ni breakdown. bila check, enjin overheat disebabkan kipas radiator rosak.

enjin dah kena skim. setel 1 part.
skg mslh lain pulak...

1) enjin gegar lain mcm.
2) brake mcm dah tak efisien mcm dulu. kadang2 tekan brake, jadi keras. dah tukar brake fluid pun sama.

ada solution nye tak bos?

Rifaie said...

bab gegar tu gegar masa braking atau masa idle? kalau braking, cuba check disc mgkn ada bengkok, brake pad mgkn dah nipis barang kali sbb tu brake pun tak syok. kalau gegar masa idle, mgkn boleh check mounting engine

Perth133 141 said...

Encik..
Persona sy ada masalah tetibe jk bila berhenti pasang air cond temperature akan naik..
Kalau jalan temperature akan okey smula dan setelah beberapa minit air cond boleh dibuka semula

Perth133 141 said...

Encik..
Persona sy ada masalah tetibe jk bila berhenti pasang air cond temperature akan naik..
Kalau jalan temperature akan okey smula dan setelah beberapa minit air cond boleh dibuka semula

Rifaie said...

rujuk link ni tuan

http://faieelegance.blogspot.my/2015/03/oil-sump-leaking-dan-enjin-overheating.html

saya pernah kena situasi yang sama dengan tuan. barangkali kipas radiator dah tak jalan, sebab tu temp cuma turun bila buka aircond, sebab ada kipas aircond yang bantu

Babun G said...

Salam encik
Saya nak tanya encik saya pakai persona tahun 2008 skrang ni kreta saya buat hal tiba2 enjin off sendiri lpas tu saya start balik hidup itu pun minyak kena tekan baru hidup lpas tu saya perasan yang temperature naik saya buka bonet dpan saya tengok air coolant kluar dari tangki coolant yang sebelah radiator ianya kluar dari penutup tangki tersebut.

Rifaie said...

kalau pada pengetahuan saya, biasanya terjadi macam tu sebab ada udara terperangkap dalam enjin. kena flush balik coolant dalam enjin

Hamdan Ismail said...

Salam...penutup radiator tercicir semasa di highway plus. Engin mati tetiba. Check dgn pomen plus , dia kata kena buat top head ovrhall n skimming....boleh tanya , siapa tau jumlah kos yg perlu di kluar kn ...mekasih

Hamdan Ismail said...

Salam...penutup radiator tercicir semasa Engin mati tetiba. Check dgn pomen , dia kata kena buat top head ovrhall n skimming....boleh tanya , siapa tau jumlah kos yg perlu di kluar kn ...mekasih

Rifaie said...

top overhaul? gasket terbakar sekali ke bang?

Mohd Halimi said...

Kenape bila sy matikan egine tp kipas radiator masih berpusing....lg satu kalau kite berhenti temperature naik kalau jalan dia ok balik adakah masalah thomostart

Mohd Halimi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
misz mira lurve shah said...

Kereta akk pun Ade bunyi camtu...normal ekk? U Ade tukar pape x?

misz mira lurve shah said...

Salam...en bley share detail address yg Kat baling tu x? Radiotar nipis bley effect slalu high temperature ke? Bley en. Watsap ke no 0142358541~mira actually sye org baling...x jumpe kedai yg bley services radiator tu

misz mira lurve shah said...

Same situation ngan sye....off aircond bru turun...tp sye jalan jer...huuu...sejak tukar radiator Ade prob ni...

misz mira lurve shah said...

Sye pun mgalami masalah ni...kalu Ade solution bley share yer...musim panas ni memg kerap temperature naik...

Rifaie said...

halimi,

cuba rujuk link ni, pastikan betul-betul kipas mana yang berpusing
http://faieelegance.blogspot.my/2015/03/oil-sump-leaking-dan-enjin-overheating.html

misz mira,
kalau off aircond baru turun, means mungkin pernah kena masalah sama macam saya, rujuk link yang saya share pada halimi.

lokasi kedai tu, jalan ke sungai limau, lalu tepi billion tu, hala ke parit panjang, kedai tu sebelah kanan, dekat-dekat sebelum jambatan

Nuraisah Ibrahim said...

Assalam.
2 minggu lepas sy ke Batu Kurau, Perak. Semasa berhenti di masjid, suami tengok air banyak kat sit driver. Sit sebelah pun sama. Air cond sejuk, x de masalah. Kemudian, semasa perjalanan balik, sy y drive dalam hujan y agak lebat. Tiba2 kereta semua off, x boleh nak buat apa2. Dalam 5 minit, kereta ok balik.

Lepas tu, hari Isnin nak p kerja, kereta tiba2 x boleh start n off semua. Sy cuba check bateri, then boleh. Sampai hari ni masih berkeadaan begitu. Kadang2 ok, kadang2 off terus. Sentuh bateri baru lah ok. Air cond x de masalah dah lepas tu, sejuk je.

Soalan sy, ke bengkel mana y perlu sy bw kereta ni? Airxond atau enjin?

Rifaie said...

tengok sambungan bateri, ketatkan kalau perlu. kalau bocor masa buka aircond, kena tengok paip aircond,takut terlipat ataupun hujung paip tu tak mengalir keluar kereta

wafi94 said...

salam, kereta sy persona baru2 ni. buat hal, tgh2 jln dia mati enjin, even dah mati enjin pom enjin masih berbunyi., lepas ti bawa pergi pomen, dia ckp paip pecah n kos repair smpi, 600, skdr brtnya betul ke hrga kos tu mmg mcm tu ye?

Rifaie said...

susah nk kata tuan. kalau setakat paip pecah, tuan sempat sedar dan berhenti sebelum suhu naik lagi tinggi, mgkn kos dia tak tinggi. setakat ganti paip, isi semula coolant.

tapi, kalau dah smpi overheat baru tuan sedar, mgkn masa tu kerosakan dah jadi lebih teruk, gasket boleh terbakar, head boleh bengkok, mgkn smpi perlu overhaul bahagian atas enjin, sebab tu kos boleh jadi tinggi

aloha 91 said...

slmt ptg tuan...kreta sy ade problem..boleh ssepe yang arif bgitaw brpe kos repair untuk overheat?valve dah bengkok..

Rifaie said...

slmt ptg. kita tunggu kalau2 ada rakan-rakan yang pernah overhaul blh jwb soalan ni.

Nurul Syakila Bahrudin said...

selamat pg...saya guna kereta pesona..masalah krt saya ada overheat..sy dan adik check cap radiator rosak then km tukar yg br..bkn ori lah..masalah yg sama berulang..sy telah hntr ke bengkel tp foreman ckp radiator x bocor..dia mnt cek air selalu..setiap pg sy akan cek air..hr ini jd semula overheat..perlukah sy tukar cap radiator yg ori???

Rifaie said...

masa check air setiap pagi tu, air ada kurang ke?

Amiemisliani Zulkifli said...

Assalamualaikum..kereta persona dh tukar water pam,servis redieter Dan tukar cap..masalah masih sama meter timepieces naik sehingga 100..Bila berhenti kipas masih pusing...air radioter mudah kering..cek mungkin ada kebocoran tapi takde..kenapa ek

Amiemisliani Zulkifli said...

Assalamualaikum..kereta persona dh tukar water pam,servis redieter Dan tukar cap..masalah masih sama meter timepieces naik sehingga 100..Bila berhenti kipas masih pusing...air radioter mudah kering..cek mungkin ada kebocoran tapi takde..kenapa ek