Skip to main content

Bocor lagi...

assalamualaikum...

hampir seminggu seberang jaya tak ditimpa hujan lebat..malam tadi hujan, pagi tadi dapatlah peluang nak double check keadaan getah pada pintu kereta..nampak gaya masih bocor jugak.

sebelah pemandu

sebelah penumpang

geng, ada idea tak nak buat macam mana? :(


Comments

pijie said…
sorang tunggu dalam keta, sorang lagi sembur air kt luar, tgk air masuk celah mana....
Rifaie said…
haha nice idea bro..aku tau dia masuk ikut celah mana, longkang dlm getah tu tak mampu tampung jumlah air yang banyak, jd air tu melimpah ke tepi. setengah keluar kereta, setengah lagi ke dalam kereta..cuma solution tu masih dicari, sebelum ni aku tinggikan skit getah tu, memang dh kurang jumlah air dia, dulu teruk lagi..habis smpi ke karpet keta
pijie said…
slalu keta parking bawah matahari apa...?
Rifaie said…
aah..mmg selalu kena matahari, bonet pun dah karat..haha
a said…
leceh jugak ek..kalu bwk SC agaknya apa derang bleh buat..
Rifaie said…
haha aku pun heran tiap kali p servis sure aku lupa punya nk report
a said…
haha.. ko pun..
sharimax said…
hi.. sya pn ada mslah same gak n ..dh puas komplen pd sc bla dia org cek ..kta dh okey x msuk air dh..blik umah ..mslah brulang balik siap bley bela ikan dia punya air bla dh masuk.. last2 sya pn dh dapat selesaikan nie wat sndiri jer.
Rifaie said…
cer kongsi solution bro kt sini
sharimax said…
bro sori lme x bke e mel..

bro tebuk je sket lubang kt longkang getah tu supaya aliran air x melimpah ke dalam keta ..n air terus je lalu ke bawah getah tu sbb d bwah getah tu kn dh ada lubang std.

slmt mencuba k
Rifaie said…
idea tu nmpk menarik, nnt aku cuba
arI3p said…
salam bro saya pun ader masalah mcm nie tapi sebelah belakang.. bleh tunjukkan lebih detail tak cara2 nak tebuk n dekat mana tu.. terima kasih sangat2 kalau bro2 yang otai nie sudi membantu.. xD
Rifaie said…
solution aku so far, aku adjust balik getah antara pintu dan body keta tu, terutama kt bahagian bawah la, yang tutup bahagian plastik tempat kita pjak bila nk masuk keta tu. aku tekan2 pastikan rapat, alhamdulillah, nmpknya tak de air masuk walaupun dua tiga hari ni hujan
Persona Base said…
Dah ejas pon getah..tapi still masuk juga air
Rifaie said…
ok, aku tak ada satu penyelesaian, tapi ada banyak benda yang boleh dicuba.
1. alih getah pintu, pusingkan yang bahagian atas dipasang kt bawah, bahagian bawah dipasang kt atas. bukan terbalikkan getah tu. cuma tukar kedudukan dia je

2. check plastik dalam door trim, ada satu plastik jernih yang cover air dari tingkap luar masuk ke dalam keta, bukak je door trim dah boleh nampak. check kalau ada bocor / lubang / tertanggal dari frame pintu

3. extend getah outer frame, getah yang dkt hujung cermin bawah tu. kita tambah skit bagi panjang. y ni kena cari dulu getah yang sama saiz dengan kereta kita
Persona Base said…
jem la air leh masuk..getah dah taruk gam silikon..tapi air meleleh gak..pliss help me
Rifaie said…
berat dh kes bro ni.. keta dah abis warranty ke
Persona Base said…
kete dah tujuh tahun da..dari awl pakai persona lagi air masuk.jem betol.macam2 cara buat.kete bro Rifaie ok ke?
Rifaie said…
keta saya dah ok dah, alhamdulillah
Persona Base said…
adus..saya gak yang penim..kete dah lama da xbasuh.just lap je..
Rifaie said…
tgk link ni

https://www.facebook.com/zordaqmotorsports/photos/pb.205163306184863.-2207520000.1420787349./883378321696688/?type=1&theater
MrAppang said…
kereta saya banjir trus sebelah penumpang,depan ke belakang..
Rifaie said…
bro appang, stkt ni ada yang dah dibuat utk atasi masalah tu?
Syam Fendi said…
salam tuan rifaie,saya pun ada masalah yg sama,guana nak buat ek??
Rifaie said…
1. buka panel pintu, cek plastik jernih kt frame pintu. tengok bahagian bawah, kalau ada koyak / lekang. kalau ada lekatkan semula. pastu test tgk sekali lagi. cara test, tutup pintu, sembur air kat kawasan cermin.

2. kalau tak berhasil, tengok getah pada frame pintu, tengok ada gap / koyak. kemaskan getah tu.

dua2 ini saja yang saya buat pada kereta, alhamdulillah, selesai
Ahmad firdaus said…
Salam saya pun ada kes mcm ni..dah bau hapak sgt kereta..
Ahmad firdaus said…
Tadi masa servis tya pomen dia suruh pegi kedai cat kereta utk cek mana yg bocor..rasanya getah yg problem..sy tak cek lagi..
Sham Al Budin said…
Baru check td. Memang ayaq meleleh keluaq dari door trim tu bila test siram cermin dari luaq. Berhasil ka kalau letak gam tar baru kt plastik door trim tu?
Rifaie said…
kalau betul air ada masuk dalam plastik tu, boleh la cuba letak tar kat bahagian bawah plastik. jgn risau air takkan bertakung sebab ada drain kt bawah pintu
Sham Al Budin said…
This comment has been removed by the author.
Sham Al Budin said…
kereta gua dh setel. weekend kelmarin proses. habis hitam tangan tampal bitumen kt dlm door trim tu. smua lubang2 klip wayar, klip door trim, speaker, gua tampal bitumen tu. so far 98% success. lubang besar gua cover dgn plastik jernih yg buat alas meja tu. nak try boleh buka plastik door trim tu, siram air dari luar, tngok sendiri betapa 'meriah'nya air tu meleleh keluar tepi plastik terus meresap masuk dlm kereta.

pasni nk operate vibration dlm dashboard plak.. huhu
Izzul Izdham said…
Kereta persona mmg mcm ni ke. Sy pun kena. Da blh ikan ni
Izzul Izdham said…
Kereta persona mmg mcm ni ke. Sy pun kena. Da blh ikan ni
Rifaie said…
hehe lebih kurang mcm tu lah
slm..sy pun jd mcm ni..bis basah karpet part driver je..yg len ok..dh bw p sc dorg tukar getah kt pintu part driver..balik still jd lg..
pening...
Rifaie said…
saya dah selesai, tapi tak pasti mana kaedah yang saya cuba berkesan, sebab ada banyak benda saya buat. cuma tukar getah tu saya tak buat, masih dengan getah asal. mungkin perlu satu entri baru utk share solution ni
Ammar Redza said…
Tumpang tanya,kalau ganti getah berapa caj nya
Rifaie said…
@ammar, saya tak pernah ganti part getah, berapa caj saya tak pasti. tapi kalau harga getah tu biasa dalam 30-45 rggt kalau beli di kedai alat ganti
Zamir Radzwan said…
Mane nk beli bitumen tu ye?
Rifaie said…
@zamir, kedai hardware ada.
fahimi Mie said…
Hahahahaha..... Kereta sy baru ja jadi this year. Pakai dah 7 thun lbh. Smpi dh blh bela ikan laga air brtakung bnyk. Apa yg sy perati getah sblh frame body dh jd nipis. Sy cmpare dgn getah sblh lg ok ja getah xjd nipis pon, air pon xmasok. Baru ja td buang air perah guna kain batik. Huhuhuhuhu
Rifaie said…
@fahimi mie, mungkin sebab selalu buka tutup pintu kut, tear and wear hehe.

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 …