Persona...Terpesona

Wednesday, February 27, 2013

Pertama kali di luar pusat servis proton...

assalamualaikum...

agak lama juga tidak menulis, bukan apa, tidak ada apa-apa yang aku lakukan pada kereta, jadi kering modal lah sekejap. hehe kali ini aku nak kongsi pengalaman servis di luar proton. kalau yang mengikuti blog ni dari awal mesti dah tahu, aku ni memang setia dengan pusat servis proton. tapi sejak 110,000km di proton, aku rasa dah sampai masa aku servis di luar.

antara sebab aku servis kat luar ni, yang pertama atas sebab kos, kos di luar lebih rendah di proton, bukan kos pada alat ganti tulen, tapi pada kos upah kerja. proton secara umum memang agak tinggi berbanding bengkel di luar. yang kedua berkenaan masa kerja, untuk servis major di proton, aku kena buat janjitemu dahulu, dan masa yang diambil dari mula check in di proton untuk masuk ke service bay pada aku agak lama, walaupun masa untuk servis kereta tu tak lah terlalu lama, jadi banyak masa terbuang dengan menunggu, tambahan pula kerja aku memang memerlukan kereta. dan ketiga inilah faktor utama aku servis dekat luar, ada kebocoran pada bahagian enjin kereta, jadi aku tak nak tunggu lama memandangkan mileage dah cecah lebih 120,000km. 


kebocoran antara oil sump dan gearbox

daripada foto ini, nampak kebocoran minyak enjin. ada tiga pendapat yang aku terima daripada formen yang tengok foto ni. yang pertama formen proton, dia kata bocor antara oil sump dan gearbox, katanya minor, cuma kena buka gearbox dan seal balik gap antara oilsump dan gearbox. kos untuk seal rm70 tak termasuk upah, tapi kena tinggal kereta sehari di proton.

kedua, formen kampung aku, katanya ada leaking antara crankcase dan gearbox, major katanya, enjin kena angkat keluar untuk seal leaking tu. tapi dia nasihat aku buat masa servis major, dan untuk sementara waktu dia mintak aku pantau paras minyak enjin. tempoh servis dalam dua hari.

ketiga, formen yang aku kenal dari FB, katanya mungkin oil seal antara crank shaft dan flywheel. memerlukan kepada major service. jadi berbekalkan tiga maklumat ini, aku rasa aku malas nk ke proton sebab kekangan masa, jadi aku ke bengkel di kawasan penaga. bengkel yang sama aku pasang brek cakera belakang persona aku.

alang-alang nak baiki leaking tu, aku pun nak buat servis sekali la sebab mileage dah lebih 120,000km. jadi formen tu confirmkn masalah punca leaking dari flywheel, maka kena turunkan gearbox sahaja. alhamdulillah, tak lah sampai kena turun enjin. 

Oil filter Mitsubishi

kat kedai tu cuma ada oil filter mitsubishi tapi formen tu kata serasi dengan enjin campro, jadi aku pun cubalah guna. janji boleh tapis minyak. hehe


minyak enjin dan minyak gearbox

untuk minyak enjin, pertama kalinya aku cuba minyak JTX 1000 disebabkan racun daripada kawan-kawan, setakat artikel ni ditulis, mileage dah pun cecah 1000km tapi aku belum boleh bagi aku punya ulasan berkenaan minyak ini. untuk minyak transmisi pulak, juga pertama kali aku guna castrol pada persona aku, sebelum ni memang aku gunakan di volvo 240 aku, dan hasilnya tak mengecewakan.


Persona lotus masuk bengkel hehe
pandangan bengkel dari tepi jalan utama, bengkel kecil tapi pekerjanya agak ramai, jadi boleh servis beberapa buah kereta dalam satu masa, kerja pun kemas dan bersih, teliti juga pada aku. upah pun munasabah.

jadi secara ringkas aku kongsikan kos servis persona aku yang 120,000km. kos tak termasuk kerja-kerja pada flywheel kereta aku.

minyak enjin JTX 1000 : RM 160.00
minyak transmisi : RM 40.00
oil filter : RM 12.00
upah : RM 10.00

kos keseluruhan untuk servis RM 222.00

pandangan anda?

Friday, January 11, 2013

DIY : Ganti LED Module Lampu Belakang Elegance

Assalamualaikum...

Ini entry pertama aku untuk 2013, kali ni kita DIY cara ganti LED module lampu belakang elegance. Aku rasa ramai yang tahu salah satu masalah biasa pada model elegance adalah lampu brek yang malap atau terbakar. Aku pun hairan kenapa proton tak buat recall untuk kes ini sebab sepanjang pengamatan aku, aku nampak kes seperti ni pada model exora juga.

kalau ada yang masih ingat ada rakan aku yang pasang lampu elegance pada persona model terdahulu, > Link di sini... Lampu elegance dia juga menghadapi masalah yang sama. Bimbang dengan kemungkinan bahaya yang mungkin timbul, dia cari inisiatif untuk ganti LED tu ataupun dengan set lampu baharu.

Harga untuk sebuah Persona LED Module kalau dibeli di proton adalah RM248.00. Agak mahal, kalau kereta anda masih ada jaminan, guna saja jaminan tu. Tapi kalau dah tak ada, terpaksalah cari alternatif lain. Rakan aku ni bernasib baik sebab ada sahabat yang lain dah ganti lampu belakang persona dia sebab lampu elegance dia pecah. Jadi disebabkan kami cuma nak module LED saja, jadi kami belilah lampu yang pecah tu dengan harga yang munasabah hehe...

foto di bawah ini, menunjukkan bahagian belakang lampu LED elegance, untuk makluman, penutup LED module dan skru LED module ni adalah dari jenis tork screw, jadi pastikan ada pemutar skru tork. Tak boleh guna pemutar skru yang biasa.

Belakang lampu persona elegance

Gunakan pemutar skru tork

LED Module...

Untuk skru di penutup ada tiga, juga tiga lagi di bahagian dalam LED module. Buka dengan cermat sebab ada LED di sebalik litar, takut-takut pecah nanti. hehe

LED module dari hadapan...

LED module bahagian litar

Pepasangan untuk diuji...

cara untuk tanggalkan lampu belakang, di bahagian tepi sempadan bonet dan lampu ada dua skru, manakala di dalam bonet, ada satu tombol, tanggalkan ketiga-tiga ini untuk akses ke lampu, tapi kalau anda bercadang nak tanggalkan lampu daripada kereta untuk lebih selesa, anda kena buka penutup plastik yang ada di dalam bonet kereta tu. 
Ok!

Siap!

Akhirnya selesailah pemasangan LED module. Tips dari aku, buka dengan cermat, pasang dengan cermat. :)

Tuesday, December 25, 2012

DIY lampu kabus persona base line...

assalamualaikum semua...

memandangkan dah bertukar daripada lampu hella kepada spotlight yang lebih kecil dan "integrated" dengan bumper neo R3 aku, aku pun cadang nak buat suis yang nampak original atau  OEM kata banyak orang. 

maka berbekalkan pengalaman belajar elektrik serba sedikit, ditambah ada kelengkapan yang sesuai maka aku pun ambil keputusan untuk buat sambungan pada lampu kabus yang sedia ada dengan bumper baru kereta aku.

lawatan ke proton shoppe, aku beli suis konsol tengah sama seperti model m/h line, untuk makluman model b line tak ada suis untuk lampu kabus.



cara nak pasangkan mudah saja, buka cover kepada suis konsol tengah, tuil bucu penutup dengan pemutar skru philips, hati-hati jangan calarkan dashboard. kemudian, bila dibuka, ada dua skru di suis, tanggalkan, kemudian unplug dua kabel di belakang kotak suis, pastu masukkan suis konsol yang baharu. pastu bolehlah uji butang lampu kabus, kalau menyala hijau, kira dah ok la tu hehe


di bawah kereta berdekatan bucu bumper hadapan, cari kepala wayar macam foto di atas, untuk makluman, pendawaian lampu kabus memang dah ada pada semua model persona, cuma yang base line tidak dibekalkan bersama dengan suis dan lampu kabus tapi ada pendawaian lengkap dengan fius dah. jadi kerja-kerja pun memang dah straight forward dah.

dalam post lama, berkenaan CAI, aku ada post satu foto pasal kepala wayar ini. lihat foto kedua yer

sebelum ke foto seterusnya, aku minta maaf sebab tak sertakan foto-foto wiring sebab terlalu teruja tengok lampu menyala, lupa nak snap foto wiring, tapi secara kasar, wayar daripada kepala soket tu, yang merah itu positif, yang hitam itu negatif, jadi sambung terus saja ke lampu kabus, pastikan korang tahu mana wayar positif dan negatif lampu kabus yer.









kos untuk suis konsol tengah tu harganya Rm140.00 di proton shoppe, aku rasa boleh dapat lebih murah kalau beli di kedai aksesori kereta. rasanya bumper tu lebih sempurna bila lampu kabus tu dah menyala dan paling penting nampak OEM...hehe

Wajah baru persona ku....

Assalamualaikum, lama juga tak kemaskini blog, kesibukan kerja ditambah pula dengan ketiadaan kereta maka aku berhenti menaip seketika. hehe, cakap pasal ketiadaan kereta, kereta aku masuk bengkel untuk cat, bertukar warna dengan tema lain. tema diilhamkan daripada satria neo lotus racing yakni warna hijau british racing ler. proses yang agak panjang, sebulan juga masanya. warna pearl dijadikan pilihan sebab nak nampak kesan yang lebih cantik, rasanya inilah post aku yang paling banyak foto. hehe jemput lah cuci mata semuanya yer..






































inilah sedikit sebanyak kerja-kerja mengecat...dan hasilnya seperti di bawah.....












kos? RM2500.00 termasuk kerja-kerja mengecat stripe sepanjang badan kereta, warna pearl memang agak mahal berbanding metalik, hasil kerja sangat memuaskan dan memang cantik.