Skip to main content

Proton Persona Absorber Mounting Replacement

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beberapa ratus kilometer lepas ganti absorber, satu hari semasa aku langgar satu speed bump ada bunyi "guk" dari sebelah penumpang. Mula-mula ingat absorber rosak atau skru longgar, tapi bila dibelek nampak normal sahaja.

Keadaan berterusan untuk beberapa hari, sampailah satu hari aku perasan kereta aku macam rendah sebelah dan tayar nampak macam toe in atau camber negative, bahasa mudah dia kengkang la haha.


Nampak tayar tu macam senget ke dalam di bahagian atas. Jadi aku pun terfikir nak tengok mounting absorber. Mounting ni duduk atas absorber, dalam bahagian enjin.



Cara nak kenalpasti mounting ni ok atau tak, tengok bahagian tengah tu, kalau batang absorber tu tak terletak betul-betul di tengah bulatan / menyentuh bahagian tepi bearing, maknanya dah rosak / bearing dah pecah.

Jadi bawalah semula ke bengkel untuk diganti baharu. Stok untuk persona tak ada, jadi aku beli absorber mounting waja, kata formen sama saja hehe.





Inilah absorber mounting yang rosak, maaf tak sempat ambik foto mounting baharu sebab kalut duk ralit tengok formen ganti hehe.


Selepas tukar absorber mounting, perasan tak tayar dah tegak semula hehe.


Comments

Hafiza Humaira said…
Kedai mmg xsimpan stock persona. Kbnyakkan kedai pkai masuk brang2 dri waja tmasuklah lower link@tulang anjing. Kwan pun tukar mounting waja RM85 1 unit klau 2 psang boleh r dpat RM160. Lower link RM50
Rifaie said…
absorber pun kebanyakkan simpan yang waja haha.. saya sendiri guna absorber waja sebelah depan
Melly Melody said…
absorber pro ride hitam ni yg jenis mana satu ea? pro ride ada heavy duty, performance dan lain2 kn..tu pakai yg mna satu?
Rifaie said…
@melly melody, yang hitam ni yang paling murah, rasa dia mcm standard, bukan heavy duty atau performance
Mohd Faizal said…
salam abg..sy bru beli persona elegance high spec
tahun 2010 bulan 8..auto..baru amik sebulan kt kedai..mileage owner lama guna dlm 75k je..ada tip x abg nk jaga persona ni..servis mcm na?minyak apa yg sesuai..penjagaan keta ni mcm na?maklum la first time beli keta..sebelum ni guna moto je..huhuhu..time kaseh abg..
Rifaie said…
@faizal

nak jaga tak susah, 75k ni kena sedia utk ganti timing belt dan segala seal yang berkaitan, boleh check dah keadaan coolant, kalau perlu flush dah blh buat masa ganti timing belt.

minyak, asalkan yang original dah memadai. saya sendiri guna petronas semi syn saja hehe.
Yos Favorite said…
Kebelakangan ini, saya mendapat sedikit bunyi ("thunk") ketika berpaling ke kanan atau ke kiri pada jalan yang tidak rata / bergelora hanya pada penyerap kanan depan saya. apabila naik tempat letak kereta bertingkat yg ada permukaan bergelombang, bunyi bising boleh terdengar.

Ottoman
Rifaie said…
@ottoman mungkin boleh check bushing pada steering rack, sekadar cadangan.
Fid"s said…
nice post. Suka baca
Ridwan Azmir said…
tukar sebelah ja eh?
Rifaie said…
yup, bajet pun sikit ja. lagipun formen kata sebelah lagi still ok. tukaq sebelah saja la
Berapa kos tukar sebelah je mounting absorber tu?
Rifaie said…
@mohd shukur, termasuk upah rm 80.00
khirizal hatta said…
Tuan, ape tanda2 absorber depan rosak ye. Ada bg tanda2 x
Rifaie said…
@khirizal hatta,

tanda paling mudah, kereta nampak mendap. bila kita pandu di laluan tak rata, rasa macam sampan, kereta terhoyong hayang, kalau dia rebound, lebih daripada sekali.
Unknown said…
Kalau pakai bumper r3 mcm mana nak adjust tak nak bumper senang sagat yea?


Peter said…
Bengkel kat Mana ?

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.
Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.
Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.
Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.

Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.




Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sint…