Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Proton Persona Absorber Mounting Replacement

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beberapa ratus kilometer lepas ganti absorber, satu hari semasa aku langgar satu speed bump ada bunyi "guk" dari sebelah penumpang. Mula-mula ingat absorber rosak atau skru longgar, tapi bila dibelek nampak normal sahaja.

Keadaan berterusan untuk beberapa hari, sampailah satu hari aku perasan kereta aku macam rendah sebelah dan tayar nampak macam toe in atau camber negative, bahasa mudah dia kengkang la haha.


Nampak tayar tu macam senget ke dalam di bahagian atas. Jadi aku pun terfikir nak tengok mounting absorber. Mounting ni duduk atas absorber, dalam bahagian enjin.


Cara nak kenalpasti mounting ni ok atau tak, tengok bahagian tengah tu, kalau batang absorber tu tak terletak betul-betul di tengah bulatan / menyentuh bahagian tepi bearing, maknanya dah rosak / bearing dah pecah.
Jadi bawalah semula ke bengkel untuk diganti baharu. Stok untuk persona tak ada, jadi aku beli absorber mounting waja, kata formen sama saja hehe.




Inilah absor…

Proton Persona Absorber Replacement

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masuk mileage 245,000 km, kereta rasa macam tak sedap, bergoyang semacam saja. Badan kereta pun rasa mendap sikit. Aku rasa macam nak pump absorber, sekali belek rupanya sebelah depan dah bocor, nak tak nak kena diganti baharu.


Saya ambil jenama proride sebab ramai kawan-kawan kata boleh dapat feeling asal macam masa mula-mula beli hehe. Kemudian bawa ke bengkel Servis Absorber Farid INT ni untuk diganti.

Bahagian depan saya guna daripada parts Proton Waja, sama saja dengan Proton Persona, cuma ada lebihan satu bracket sahaja.



Ini absorber lama yang bocor



Spring masih dalam keadaan baik, jadi cuma tukar absorber sahaja.

Inilah rupa absorber yang dah berkhidmat hampir suku juta kilometer hehe






Selesai ganti kesemua absorber, komen aku untuk jenama Proride hitam ni, rasa macam stock absorber, betul-betul rasa macam kereta baharu hehe.

Ganti Absorber Link Proton Persona - Bunyi Ngek Ngok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Masuk mileage lebih kurang 220,000 km ada bunyi ngek ngok dari bahagian belakang. Bunyi kuat tambah-tambah bila langgar speed bump atau masa naik dan turun kereta, paling ketara bila naik sorang-sorang tanpa penumpang.
Jadi saya bawa ke satu bengkel yang dicadangkan seorang rakan untuk diperiksa.


Formen pun mula kan operasi hehe



Selepas dibelek-belek, nampaknya absorber link dah rosak, getah bushing dah terkoyak menyebabkan bahagian besi pada link bergesel pada bracket. Sebab itulah terhasilnya bunyi ngek ngok tu.



Jadi isu sebelah pemandu dah dikenalpasti, sekarang formen check sebelah penumpang pula.



Formen kata sebelah penumpang nampak ok lagi, tapi memandangkan aku nak jimat upah pasang, aku minta ganti dua-dua belah sekali.



Foto atas sebelah penumpang, foto bawah sebelah pemandu.





Ini foto absorber link yang paling rosak teruk, bahagian sebelah pemandu haha. Maklumlah lebih berat :P