Persona...Terpesona

Saturday, March 4, 2017

Proton Persona Absorber Replacement

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk mileage 245,000 km, kereta rasa macam tak sedap, bergoyang semacam saja. Badan kereta pun rasa mendap sikit. Aku rasa macam nak pump absorber, sekali belek rupanya sebelah depan dah bocor, nak tak nak kena diganti baharu.



Saya ambil jenama proride sebab ramai kawan-kawan kata boleh dapat feeling asal macam masa mula-mula beli hehe. Kemudian bawa ke bengkel Servis Absorber Farid INT ni untuk diganti.


Bahagian depan saya guna daripada parts Proton Waja, sama saja dengan Proton Persona, cuma ada lebihan satu bracket sahaja.




Ini absorber lama yang bocor




Spring masih dalam keadaan baik, jadi cuma tukar absorber sahaja.


Inilah rupa absorber yang dah berkhidmat hampir suku juta kilometer hehe







Selesai ganti kesemua absorber, komen aku untuk jenama Proride hitam ni, rasa macam stock absorber, betul-betul rasa macam kereta baharu hehe.


No comments: