Proton Persona Absorber Replacement

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk mileage 245,000 km, kereta rasa macam tak sedap, bergoyang semacam saja. Badan kereta pun rasa mendap sikit. Aku rasa macam nak pump absorber, sekali belek rupanya sebelah depan dah bocor, nak tak nak kena diganti baharu.



Saya ambil jenama proride sebab ramai kawan-kawan kata boleh dapat feeling asal macam masa mula-mula beli hehe. Kemudian bawa ke bengkel Servis Absorber Farid INT ni untuk diganti.


Bahagian depan saya guna daripada parts Proton Waja, sama saja dengan Proton Persona, cuma ada lebihan satu bracket sahaja.




Ini absorber lama yang bocor




Spring masih dalam keadaan baik, jadi cuma tukar absorber sahaja.


Inilah rupa absorber yang dah berkhidmat hampir suku juta kilometer hehe







Selesai ganti kesemua absorber, komen aku untuk jenama Proride hitam ni, rasa macam stock absorber, betul-betul rasa macam kereta baharu hehe.


Comments

Unknown said…
Ori punya mahal heh? Igt proride ni cam tein ke jnis2 sport rupanya adik bradik ori rupanya. Smua part waja je kan boleh masuk. Klau boleh nk je masuk part perdana kasi mampat skit huhu
Rifaie said…
ori punya saya tak pasti harganya, tak pernah cuba tanya di proton. tapi proride yang hitam tu, rasa memang macam yang setup asal. sedap2 je
shahstrollers said…
Saya punya shock absorber PE pun dah bocor sebelah. Berapa kos tukar absorber Proride tu? Kalau beli sendiri berapa ya? tq bos
Rifaie said…
@shahstrollers saya beli Rm320 untuk keempat-empat tayar.
hafiz said…
salam tuan,
boleh bagi no hpon ?
senang nk whatsapp tnya pasal kereta.
Unknown said…
Salam bro..bole bg no telefon jugak? Saya pakai PE tahun 2011, skrg ni bnyk jgk maintenance nak buat..bole kite bertukar2 idea

Boleh pm 0134625057
Rifaie said…
Hafiz dan khalil saya pun duk belajar lagi pasal kereta, bukan formen pun hehe. numb phone nak share kat sini payah sikit, boleh emel saya di arfaie@putera.com. nnt saya share number dalam emel.
wan sgmt said…
Salam rifaie.. kalau kite cek absorber kt kedai boleh percaya tak? Ada yg gune mesin tu..
Rifaie said…
@wan smgt,
setakat pengetahuan saya, absorber ni kita boleh check secara fizikal dan rasa sendiri. Cara fizikal kita boleh tengok kalau ada bocor, kereta jadi sedikit rendah macam tu.

Kalau rasa, bila kita memandu di bump / jalan tak rata, kereta akan bound balik dan naik turun lebih dari sekali. ataupun kita boleh tekan di penjuru kereta beberapa kali, tengok dia rebound tu sekali saja atau lebih.