Persona...Terpesona

Thursday, March 5, 2015

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 

Apa itu B5?
Mengikut laman puspakom
Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan.
Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Carta Aliran Proses B5

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom
Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya.
Mana-mana individu atau organisasi yang memohon pinjaman untuk membeli kenderaan terpakai perlu mengesahkan bahawa kenderaan itu telah menjalani Pemeriksaan Sewa Beli dengan mengemukakan laporan B7 yang dikeluarkan olehPUSPAKOM. Pemeriksaan ini termasuk 18 pemeriksaan khusus, iaitu gabungan pemeriksaan identiti dan pemeriksaan fizikal.
Laporan B7 ni perlu sekiranya pembeli membeli secara sewa beli (hire purchase), kalau beli secara tunai, cukuplah sekadar laporan B5.

Carta alir proses B7


Apa dokumen yang perlu ada?
Anda mesti ada Geran / Kad pendaftaran kenderaan yang asal. Kereta boleh dibawa untuk pemeriksaan sama ada oleh pemilik sendiri atau pihak ketiga. Kalau kereta dibawa pihak ketiga, borang wakil / serah kuasa mesti dilengkapkan bersama. Borang akan diberi sewaktu kereta didaftar masuk.

Macam mana nak dapatkan slot untuk pemeriksaan?
Okey, jawapan berdasarkan pengalaman aku sahaja, tak semestinya ini S.O.P di Puspakom. Sediakan salinan geran atau lebih baik geran asal, pergi ke Puspakom dan terus ke pejabat, buat tempahan slot. Jadual biasa bergantung kepada tahap "kesesakan" di Puspakom hehe. Nanti Puspakom akan bagi masa untuk pemeriksaan.

Ada juga maklum balas dari rakan-rakan lagi bagitahu tak perlu ke Puspakom, telefon saja ke pejabat Puspakom. Jadi cubalah mana-mana kaedah yang mudah pada anda. Tapi apa pun, sila tempah slot terlebih dahulu sebelum bawa kereta untuk pemeriksaan.

Kaedah pemeriksaan
Pertama, bawa bersama geran asal semasa hari pemeriksaan. Lapor diri pada pengawal keselamatan dan maklumkan tujuan anda. Selesai pendaftaran, anda akan diserahkan nombor giliran dan beberapa borang iaitu, Borang pelepasan tanggungan dan wakil kuasa, pelepasan tanggungan sewa beli dan senarai semak pemeriksaan tukar milik. Isi dengan lengkap.

Satu tips, pastikan kalau tinted anda memang gelap, sila tanggalkan sebelum pemeriksaan.







Kedua, beratur di lorong yang disediakan, pastikan jangan salah lorong. Ada untuk kenderaan import, ada untuk tukar nama dan sewa beli, ada untuk kenderaan perdagangan. Jadi jangan silap dan tanya kepada pegawai Puspakom sekiranya tidak pasti.

Ketiga, bila sampai saja giliran anda, pandu ke lorong pemeriksaan, patuhi arahan pegawai Puspakom, serahkan borang senarai semak pemeriksaan anda. Tinggalkan kunci kereta di kereta. Bawa nombor giliran anda ke kaunter bayaran. Selesaikan bayaran sebelum kereta selesai pemeriksaan.

Kadar bayaran :
B5 - RM30
B7 - RM60
*Harga tidak termasuk GST hehe.





Keempat, dapatkan slip bayaran dari kaunter, kemudian selitkan slip tu dengan rapi di wiper kereta. Itu tips yang aku dapat dari runner kat Puspakom hehe. Kemudian dengan sabar tunggu sehingga kereta selesai diperiksa. Kalau buat setakat B5 sekejap je, tapi kalau sekali dengan B7 lama sikitlah.



Selesai pemeriksaan, pandu kereta anda keluar, dan letakkan di kawasan yang disediakan. Terus ke pejabat Puspakom untuk ambil keputusan pemeriksaan. Tunggu sehingga nombor pendaftaran anda dipanggil dan dapatkan keputusan laporan pemeriksaan anda.

Anda akan terima dua salinan laporan B5 dan B7. Kalau buat tukar nama sahaja anda akan dapat laporan B5 sahaja. Di cermin kereta akan dilekatkan pelekat mengesahkan pemeriksaan telah dibuat.




Dengan laporan sudah ada di tangan, maka selesailah urusan anda di Puspakom. Apa nak buat seterusnya? Bergantung kepada anda, B5 untuk JPJ dan B7 untuk bank di mana pembeli kereta anda buat pinjaman. 

35 comments:

Danial Asyraf said...

Kalau inspection b5 tp lampu HID, lepas tak?

Danial Asyraf said...

Kalau inspection b5 tp lampu HID, lepas tak?

Rifaie said...

kalau bukan lampu standard dari kilang kemudian lebih 4300k rasanya tak lepas... sbb lampu dpn cuma blh warna kuning sahaja.

Azril Isham said...

2 tahun lepas puspakom ada keluarkan repot tp no enjin xbtol, jadi jpj pon endos kat geran base on repot mereka. Sekarang baru perasan. Perlu ke saya pergi ke puspakom balik buat pemeriksaan ATAU terus betulkan kat JPJ saja. Minta pencerahan saudara yang budiman. Tkasih.

Rifaie said...

kesilapan bermula di puspakom? saya cadangkan tuan ke JPJ, bahagian otomotif, rujuk pandangan depa. kalau perlu ke puspakom semula, mungkin tuan ke pi semula. tapi saya pastilah kalau perlu sampai tahap masuk test sekali lagi hehe.

ataupun, tuan call hotline puspakom dulu. mungkin depa boleh pinda number enjin dalam report, tapi nanti utk pembetulan di geran, tuan kena ke JPJ semula.

sekadar pandangan sahaja, kalau saya kena situasi ni, saya rujuk puspakom dahulu utk pembetulan. kemudian lepas dibetulkan, saya rujuk dengan JPJ untuk pinda geran.

Unknown said...

Nak tnya Klo kereta ada skirting lepas ke inspection?sbb kereta bli dah ada skirting..

Rifaie said...

insya Allah tak ada mslh, selagi mana tak merubah rupa asal kenderaan jadi model lain. kalau masuk bumper neo r3 pun masih blh lepas hehe

aja said...

Kalau kereta total loss boleh lulus ke puspakum?

Rifaie said...

nak lulus untuk apa bang? tukaq nama ke? kalau tukaq nama, asalkan enjin dan chasis sama dengan geran, tak ada mslh rasanya

Unknown said...

pertanyaan: kalau saya nak buat pemeriksaan untuk kereta syarikat (yang saya guna selama ini) sebelum tukar milik ke nama saya, adakah saya perlukan surat hantar wakil yang ditulis dan ditandatangani oleh salah seorang pemilik syarikat ? ataupun hanya dengan mengisi borang sudah memadai dan membawa cop syarikat?
ada contoh surat yang perlu ditulis ?

Norman Shawn said...

Assalamualaikum.. Nk tanya klau inspection b2.. Ape keseluruhannye dorang cek? Ade tips x utk lulus?

Rifaie said...

@unknown

borang ada disediakan di kaunter pendaftaran, saya fikir mgkn perlu bawa cop syarikat bersama.
surat kuasa dah ada bersama form. tapi untuk lebih jelas saya fikir elok encik call puspakom dahulu.

@norman
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan B2?
Pemeriksaan B2 dilakukan apabila:
a) Kenderaan anda telah diubah suai (mengubah spesifikasi enjin, casis, badan atau had berat muatan).
b) Kenderaan import.
c) Cukai jalan anda telah tamat tempoh lebih dari satu tahun (ini terpakai untuk kenderaan persendirian sahaja).
Dalam keadaan ini, kenderaan anda perlu menjalani Pemeriksaan Khas.

http://www.puspakom.com.my/ms/soalan-lazim.html

Carl Iskandar said...

kalau geran ori takde, boleh ke geran copy? sbb nak buat esok cuma officer takde nak amik geran.

Rifaie said...

kalau masa booking boleh guna geran fotocopy. tp masa pemeriksaan tu saya tak pasti. elok telefon dulu sebelum pergi

Carl Iskandar said...

terima kasih. jpj cakap nak geran ori huhu

Rifaie said...

terima kasih juga atas info :)

mohanraj sambanthan said...

Salam.saudara jika kereta telah wrap dgn sticker secara keseluruhan di luar..tetapi di dalam masih kekal warna asal blh lepas tak tuan utk inspection..warna body ttp sama tdk di tukar cuma lekat sticker seluruh body je blh lps tk tuan

Rifaie said...

saya tak pasti tuan, saya fikir lebih baik tuan hubungi puspakom untuk jawapan lanjut.

SAYA BUDAK BAIK said...

Salam tuan. Sy nk tanya sikit. Sy ada viva 850. Katakan sy tukar bodykit asal iaitu bubuh bodykit viva elite. Lepas ke puspakom sbb kereta sy asalnya viva 850 tp pakai bodykit viva elite. Terima kasih tuan.

Rifaie said...

saya rasa lepas juga. sebab persona yang saya bawak tu dah tukar bumper neo r3, skirting depan blkg r3. asal tak ada bodykit.

apa2pun, eloklah confirmkan dulu dengan puspakom. saya bercakap atas pengetahuan saya, bukan mewakili puspakom hehe

Hafiza Humaira said...

Boleh asalkan ikut spec di benarkan puspakom & jpj smua ok mlainkan pkai sportrim melebihi ruangan tyar n mcecah bibir body tu mmg xboleh. Rim kepak ke bbir kebar ke mmg xlpas r tinted gelap sgt pun xlpas nti ke buka smua dulu baru boleh hntr smula utk checking. Xzos pkai yg stndart dlu. Bagi mereka yg dah tukar xzos asal kpda xzos straight flow tu seeloknya smasa pmasangan minta mreka buat breaket@cam tmpat masuk 3 skru pda hjug paip xzos standart yg bntuk 3segi cam dekat xtractor tu n jgn ptong paip asal n trus welding je sebab senang nti bila mood nk pkai stndart balik juz plug n play je xyah hntar kdai nk ptog blik nk welding blik n dpt jimatkn kos n masa. Sperti cnth xzos mtor dari bnyi kuat nk pkai stndart balik juz plug n play xyah potong2 n welding snang boleh plug n play sndri n jimat dari segala jimat janji peralatan sperti spnar hdup ada dh hihi.

Hafiza Humaira said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rifaie said...

terbaik! terima kasih atas tips :)

fazdli mmea said...

Salam klu tinted x gelap sangat dan ade sticker windshield lepas ke

fazdli mmea said...
This comment has been removed by the author.
Zik Zahar said...

Kereta telah tukar engine dan dah endos..sekarang nk tukar hak milik kereta..owner baru mintak surat pengesahan tukar engine atau rayuan yg menyatakan telah menukar engine betul ka?

Rifaie said...

@fazdli, tinted kalau tak lulus boleh tanggalkan di puspakom, tak da masalah. sticker windsheild kalau kurang 1/3 cermin tak dak masalah jugak

@cik zahar, kalau dah endorsed sepatutnya dah dapat satu lampiran pengesahan dari puspakom, number engine baharu akan update pada geran

Hafiza Humaira said...

aku pernah dlu msa tukar enjin satria. Aku mnta halfcut 2 surat enjin skali msa aku beli pas 2 surat 2 aku buat 1 lgi salinan tpi yg ori aku bgi owner baru r yg slinan aku pgag mana r tau kot2 hilang plak mne nk cekau surat 2 dlam msa tdekat klau dh urgent. Surat 2 aku bgi msa dh terima byaran penuh jual satria. aku isi borang pindah milik kreta pas 2 pas dkt owner baru. Tpulang klau dia nk upah runner t kreta 2 msa check puspakom utk tukar milik bgi skali surat tukar enjin t puspakom siap2kn n result dri puspakom hntar plak ke JPJ utk urusan tukar nma.

Hafiza Humaira said...

aku pernah dlu msa tukar enjin satria. Aku mnta halfcut 2 surat enjin skali msa aku beli pas 2 surat 2 aku buat 1 lgi salinan tpi yg ori aku bgi owner baru r yg slinan aku pgag mana r tau kot2 hilang plak mne nk cekau surat 2 dlam msa tdekat klau dh urgent. Surat 2 aku bgi msa dh terima byaran penuh jual satria. aku isi borang pindah milik kreta pas 2 pas dkt owner baru. Tpulang klau dia nk upah runner t kreta 2 msa check puspakom utk tukar milik bgi skali surat tukar enjin t puspakom siap2kn n result dri puspakom hntar plak ke JPJ utk urusan tukar nma.

Hafiza Humaira said...

sdikit tmbahan. klau mna2 yg nk tukar/tmbh kuasa enjin 2 JPJ hnya benarkan pnambahan sbnyak 20-25% dri enjin asal. so maknanya klau cc 1.6 juz boleh naik kpda 1920cc atau 2.0cc je

zaini said...

kalau dkt bhagian bwh bonet ada lubang lepas tak?

zaini said...

kalau dkt bhagian bwh bonet ada lubang lepas tak?

Rifaie said...

@hafiza, terima kasih atas perkongsian :)

@zaini, lubang apa tu? air scoop?

salman said...

Salam bang. Utk interchange no, puspakom akan check apa kat kereta lama says & report apa yg diorg kuar kan? Tinted glass check sekali tak? Tinted sy mmg tak lepas ni tapi nak tau lah if utk interchange no tak kisah. Huhu

Rifaie said...

interchange tak salah saya dia akan buat b5 dan b7 sekali. tinted tu wajib dah bang, mana2 test untuk kereta private pun tinted mesti check punya hehe.