Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Review : Eagle Eye Headlight

assalamualaikum, mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2011, apa-apa pun aku ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua :) ok, dalam entry ni aku nak buat review berkenaan lampu projektor starline eagle eyes. kiranya ni review pertama dalam blog aku. terima kasih kepada sahabatku en wan3 yang memasang lampu ni, sebab aku sememangnya tak mampu nak memilikinya..hehe

ok, harga..kalau rujuk kepada laman web eagle eye di http://www.eagleeyes-asia.com ada dua harga, iaitu harga retail RM699 dan harga online RM599. kalau beli online, penghantaran adalah percuma ke semenanjung malaysia sahaja.


seterusnya spesifikasi..terdiri daripada projektor untuk lampu rendah menggunakan bulb H7 dan lampu tinggi dengan bulb H1 serta barisan LED ala audi bertindak sebagai parking light atau lebih senang dikenali sebagai lampu kecil



berikutnya adalah kerja-kerja pemasangan, bumper hadapan terpaksa ditanggalkan sebelum lampu lama dapat dikeluarkan. kerja-kerja pendawaian tidak sukar sebab kesemua sambung…

DIY Habuk Di Lampu Brek Ketiga

assalamualaikum, pernah tak sekali sekala anda jenguk ke lampu brek ketiga kereta anda, ada ke keadaannya macam gambar ni?

haa sekali dah penuh dengan habuk dan serangga kecil dalam tu, tak seronok dipandang kan? jadi kenalah buka dan cuci sedikit. macam mana cara dia? teruskan membaca yer...


ok nampak dua lubang tu, ada skru dalam tu, kena buka dulu..kemudian secara automatiknya lampu tu akan terbuka sekali.. hehe

ok, bila dah tanggal lap dengan berhati-hati. kalau rajin lap la cermin tu sekali, macam kat kereta aku ni cermin tu pun dah kabur dah. hehe

dah siap dilap cerminnya, bersih sudah..


ok sebelum dipasang balik ke tempat asal, pastikan getah lapik di bawah lampu ni dipasang balik, kalau tak pasang nanti takut ada bunyi vibrate pula.


pasang balik dengan berhati-hati, pastikan cangkuk tu dimasukkan ke lubang nya..pastu skrukan kembali.


haaa, kan dah bersih tu! selamat mencuba!

DIY : Persona Elegance Taillight Into Previous Version Persona

assalamualaikum, ini first DIY yang aku paparkan dalam blog ni yang tak ada kena mengena dengan kereta aku. Ini dari kereta member kelab aku, NPOC, saudara wan3 ~ kononnya special request la punya post ni
ok, kebetulan Allah mengurniakan beliau lebih rezeki maka beliau berhajatkan lampu persona elegance, untuk makluman en wan3 ni pengguna persona M line batch pertama yang lampu bulat-bulat macam mata kucing tu. Jadi setelah survey dijalankan, dia pun beli la satu lampu persona elegance untuk dipasang di kereta dia. Aku senaraikan secara ringkas detail DIY eh.
ok, untuk makluman beza lampu LED elegance ngn lampu persona biasa ialah pada jumlah wayar. lampu lama cuma ada 5 wayar, lampu LED elegance ada enam. lebih satu wayar grounding, jadi kerja untuk pasang lampu ni tak susah sangatla. Berkebetulan ada sorang lagi member NPOC yang memang dah pasang lampu elegance pada persona dia, jadi kami follow schematic wiring dia saja, senang kerja. hehe
kalau tak nak potong wayar dan sambung ke…

Masa dan waktu...

assalamualaikum, sedar tak sedar dah setahun enam bulan aku memiliki proton persona elegance. last week waktu basuh kereta saja la aku belek semua metal joint kat kereta aku, nampaknya dah ada simptom-simptom kecil karat dan bocor pada kereta aku. aduh sedihnya, sampai sekarang aku masih berfikir nak cari penyelesaian kepada masalah-masalah ni.
isu pertama : bocor
dikenalpasti berpunca dari getah yang dipasang pada A-pillar agak pendek dan menyebabkan air yang turun dari bumbung atau bahagian atas pintu tidak dapat dialirkan dengan sempurna. aku perasan masalah ni berlaku waktu hujan lebat yang lama, air terlalu banyak akan bertakung pada getah bahagian bawah pintu sebelah dalam kereta, lalu melimpah dan masuk ke bawah karpet kereta.

ini punca dia, dari A-pillar, getah tu mungkin kena dipanjangkan sikit



air terus turun ke bawah



bertakung di bahagian bawah pintu.



perhatikan air melimpah masuk ke dalam kereta



mengakibatkan karpet kereta basah.

setakat ni aku tak pasti sama ada masalah …