DIY Stereng Cover Persona

Assalamualaikum, 

Lama sungguh tak kemaskini, bukan tak ada bahan, tapi tak ada masa. Alhamdulillah, kali ini saya kongsikan satu lagi DIY saya, cover stereng persona.

Masuk ke usia 9 tahun ni, banyak bahagian kereta yang dah dimamah usia, tambah-tambah lagi "touch point" paling utama dalam kereta, stereng.

Stereng dah mula merekah dan pecah-pecah, maklumlah base line punya stereng material kemasan dia bukanlah yang sebaik high line.




Plan asal nak beli cover stereng macam selalu ada jual kat kedai aksesori tu saja. Balut dah siap boleh guna. Tapi asyik bertangguh nak kedai sebab tak ada masa. Suatu hari masa sedang melayari FB, ada satu page timbul kat timeline FB.

Korang boleh lawat link ni Cover-Steering-Murah-Jahit-Sendiri Ada beberapa pilihan warna, dan saya pilih warna hitam bersulam benang merah. Nampak sporty sikit hehe.


Jujur saya bagitahu, menjahit bukanlah kemahiran terbaik yang saya ada hehe. Mula-mula lepas tengok video tutorial yang penjual sertakan dalam Whatsapp, saya cuba buat dalam kereta, rasa tak selesa dan agak panas, maklumlah kereta parkir di bawah matahari. 

Maka saya buat keputusan untuk buka, dan buat di dalam rumah, barulah selesa hehe.



Selesai menjahit lebih kurang sejam, serius hasilnya tak sebaik yang saya tengok di photo / video dalam page FB tu, tapi memandangkan usaha sendirikan, kira oklah hehe. 


Secara keseluruhan, sekali pandang nampak kurang kemas, tapi bila dipegang, empuk dan lembut sekali hehe. Masuk bakul angkat sendiri. Sangat puas hati, grip steering rasa lebih selesa dan kemas.


Saya kongsikan foto akhir selepas selesai dijahit. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi penjual di link FB yang saya sertakan dalam post ini.

Comments