Skip to main content

DIY: Door gap?

Assalamualaikum, salam sejahtera.

anda ada masalah pintu tak rapat? ada gap? saya kongsikan satu solusi mudah untuk anda. kebetulan masalah yang sama berlaku pada kereta saya.



door gap pada kereta saya menyebabkan air masuk ke bahagian dalam kereta. jika diperhatikan jarak juga agak besar.


apa yang perlu anda buat adalah selaraskan kembali door hinge ni, kalau anda perhatikan betul-betul ada penanda pada bahagian atas dan bawah door hinge ni, itu sebagai asas kedudukan asal, tapi tidak semestinya tepat, namun boleh dicuba untuk diseleraskan ke kedudukan itu.


dapatkan pemutar skru yang sesuai dan dengan cermat longgarkan skru pada door hinge, cukup sekadar anda boleh selaraskan hinge tu dengan ketukan, jangan terlalu longgar. 


selaraskan pada kedudukan yang anda rasa sesuai. kemudian ketatkan skru sebelum anda uji. saya letakkan hinge tu pada kedudukan berdasarkan penanda pada badan kereta.


Alhamdulillah, pada cubaan pertama terus berhasil. pintu kembali rapat seperti kedudukan asal. setelah diuji beberapa kali, kedudukan tidak berubah, saya ketatkan terus door hinge.


saya turut membaiki pada pintu sebelah penumpang. kini masalah door gap telah diatasi sepenuhnya!



Comments

are din said…
info berguna :) tq
elrient said…
salam..kereta sy jg ada mslh door gap..sy ni sorang yg boleh dikatakan yg hnya tahu 35% sj tentang benda2gini..hinge door itu perlu diketuk kah? apa yg diketuk?..harap saudara dpt bg info kpd hamba yg krg ilmu ini
Rifaie said…
tak perlu ketuk, cuma longgarkn skru dia skit saja, kemudian adjustkan ke belakang sikit
hashimstyle said…
Saya nak tutup pintu selalu tak rapat..kena tolak dengan kuat baru rapat. masalah door gap jugak ke. dulu pintu ada langgar sesuatu sampai kena ketuk, bila dah ketuk jadi susah nak tutup pintu..
Rifaie said…
pintu depan atau blkg?

kalau pintu depan cuba tgk latch yang dekat badan keta, mungkin posisi dia agak kedalam, kena adjust.

kalau blkg, aku rasa agak normal sbb persona kalau pintu blkg kena kuat skit tutup.
Persona Base said…
Info yang sangat berguna.Boleh halang ke air masuk dengan cara ni?
Rifaie said…
stkt pengalaman aku, alhamdulillah, berhasil halang air masuk. tp dlm masa y sama aku check juga keadaan getah. cuma teori aku bila pintu tu lebih rapat, ruang antara getah dan pintu pun rapat, jd air tak masuk
Kure said…
Dah cuba try buat kt kete sendiri. Namun gagal sbb skru tu ketat giler..:(
Rifaie said…
hehe kena bawa ke bengkel tu.
mastura yusoff said…
Tq tuan. Semoga tuhan memberkati tuan. Masalah door gap persona saya settle.
Rifaie said…
@mastura, sama2
hasri muhd said…
Tq atas info.. Sy dah cuba buat n pintu jd rapat balk.. Tp lps seminggu dua renggang sket.. Mnta nasihat sket camne nk buat
Rifaie said…
Skru kurang ketat barangkali bang?

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.
Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.
Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.
Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.

Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.




Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sint…