Persona...Terpesona

Wednesday, October 16, 2013

DIY : Waja Windscreen Water Spray

Assalamualaikum, selamat sejahtera.

satu lagi DIY yang boleh dicuba di rumah, dengan kos minima. water spray untuk cermin hadapan, original yang dipasang pada persona adalah jenis dual point, maknanya ada dua titik semburan terus ke cermin. aku kurang gemar semburan jenis ni sebab air tak kena pada keseluruhan cermin.

makanya mengambil idea daripada seorang sahabat NPOC yang menukar spray asal ke model waja, cuma aku tak pasti model yang mana, tapi aku ada sertakan foto untuk yang nak mencari nanti, aku pun DIY menukar spray asal kepada spray waja.

Spray asal pada persona aku


mula-mula buka bonet, perhatikan betul-betul klip spray tu, cara tanggalkan ialah dengan mengepit klip tu, supaya boleh ditolak ke atas permukaan bonet.



tapi sebelum itu, cabut dahulu hos air, ini untuk memudahkan kerja-kerja mengganti spray

spray yang telah ditanggalkan

water spray asal

water spray proton waja


pasang water spray waja, cara pasang, undur semula langkah-langkah membuka spray asal. pastikan hos air disambung kembali sebelum diuji.




tiga foto di atas ni menunjukkan pattern semburan spray waja, nampak kan corak air kena hampir kesemua bahagian cermin? lebih senang kerja wiper mencuci cermin. selamat mencuba!



Video perbandingan semburan water spray asal dan baharu



4 comments:

nazz said...

Brp kos water spray waja ni?

Rifaie said...

dalam rm19-20

nazz said...
This comment has been removed by the author.
nazz said...

Sy pon dah convert nozzle waja tpi spray x menyeluruh..spray lebih ketengah tpi kuat smpai basah bumbung n cermin blakang..nape ye? Tekanan pump kuat ? Ade pengubahsuaian ke?