Persona...Terpesona

Friday, December 20, 2013

DIY Stereng Suprima S ke Persona

Assalam semua, hari ni post berkenaan DIY. Aku memang cukup minat dengan stereng suprima, selain faktor kemasan kulit, aku minat juga bentuk dan emblem proton yang nampak mewah dan premium ni. Alhamdulillah, ada  modal sikit, dapatlah aku beli stereng model ini daripada seorang penjual.

Ini masa mula-mula dapat, punyalah teruja. hehe



ok, stereng asal persona, boleh diganti terus dengan stereng suprima, tak perlu banyak kerja sebenarnya, dan boleh selesai dalam masa kurang sejam sahaja dengan peralatan yang betul. untuk makluman, persona aku model base line, jadi stereng kosong tanpa ada butang tambahan kecuali horn sahaja hehe.


Stereng Suprima S penuh butang dan paddle shift serta autocruise.

Walaupun stereng suprima ni penuh dengan pelbagai "jalan pintas" untuk fungsi audio dan transmisi, malangnya kita pemilik persona tak boleh menggunakannya. Cuma untuk model h-line boleh memanfaatkan autocruise, manakala airbag juga aku tak dapat pastikan boleh berfungsi atau tidak.



Langkah pertama tanggalkan penutup horn, caranya gunakan tork screw driver, lihat bahagian jejari stereng tu, ada dua skru tork yang perlu dilonggarkan. Selesai dibuka, tanggalkan juga wayar horn. Kalau model m-line dan h-line lagi banyaklah wayarnya hehe. 


Kemudian, dapatkan nat saiz 17 untuk menanggalkan skru utama yang menyambung stereng. Kalau dapat macam set yang aku guna ni lebih mudah untuk digunakan. 


Dengan cermat dan berhati-hati, longgarkan skru stereng. sebaiknya tayar dalam keadaan lurus, stereng juga begitu, tapi kalau stereng senget sikit pun tak apa, nanti kita betulkan.


Inilah rupanya selepas stereng ditanggalkan, biarkan clock spring dan wayar horn di tempatnya.


Masukkan stereng suprima, kalau boleh letakkan pada posisi sama sepertimana stereng asal ditanggalkan tadi. Kalau terlupa, masukkan terus aje hehe.


Modul airbag, rasanya wayar airbag kena diplugkan ke soket tengah tu. Aku tak dapat nak jawab, sebab model aku tak ada airbag.


Jangan lupa wayar horn, tanggalkan wayar hitam pada stereng suprima, kemudian gantikan dengan wayar horn persona bewarna hijau.


Inilah wayar horn asal persona, gantikan di wayar horn suprima. Sila uji sebelum anda menutup cover stereng nanti.


Laraskan skru, cuma jangan ketatkan, kita perlu pastikan stereng lurus sebelum kita kunci ketat sepenuhnya stereng.


Seeloknya kerja pengujian dilakukan di laluan lurus dan tidak ada kenderaan untuk keselamatan, kebetulan laluan hadapan rumah aku kurang sibuk dan lurus. Lihat kedudukan asal selepas dipasang, senget ke kanan. Jadi stereng perlu dilaras semula.


Ini hasil setelah stereng dilaras, setelah anda berpuas hati, barulah diketatkan nat tengah pada stereng tadi. Kalau senget sikit-sikit tak apa, nanti masa buat jajaran tayar di kedai, barulah dibetulkan semula.


pasang cover horn, ketatkan skru tork, saiz yang sama dengan stereng asal persona yang diganti tadi. Pastikan juga horn telah diuji dan berkeadaan baik.


Inilah rupanya stereng suprima di dalam proton persona, nampak ngam tak? hehe


Kesimpulan, pro dan kontra stereng suprima :

Pro :
1. Kemasan premium
2. Pegangan yang kemas dan selesa
3. Rupabentuk sporty

Kontra :
1. Soket audio tidak sepadan dengan radio persona, jadi anda kehilangan kawalan audio stereng
2. FUngsi airbag tidak dapat digunakan pada model base line
3. Autocruise hanya pada model persona SE dan Elegance H-Line
4. Paddle shift juga tidak boleh digunakan

64 comments:

Shahrul Aizam said...

Salam,nice bro,saya pon ada niat nak pasang kat persona saya.Nak tanya berapa price ek,saiz dia lagi kecik dari standed tak?

Rifaie said...

saiz sama, tp mmg nmpk mcm kecik sikit. harga dalam 250.00

Ah PauL said...

Hi,
does this steering come with Airbag?
do you have the photo of the airbag module?

Rifaie said...

yup. pls refer to the ninth picture

nazz said...

beli dimana steering ni? ori proton? murahnye rm250..

Rifaie said...

dpt dri kwn2

nazz said...

ooo..kalau kereta yg ber-air bag dan remote control..steering ni bole fungsi air bag n remote kabel yg dah ada?

nazri said...

kalau y ada airbag susah sket nk transfer sbb airbag tu melekat kat button horn.. kalo nk, kene beli module airbag untuk preve/suprima.. kalo tak, sensor airbag asyik menyala je.. masa aku pakai steering ni dulu, aku cabut je fius airbag tu.. settle masalah.. tp aku x berapa suka steering preve ni sbb tempat genggam dia tu kecik.. lagi sedap steering persona yang leather tu..

Rifaie said...

nazz, tak dapat nak sahkan, kena tunggu kawan2 dari spec tinggi pakai dulu la. stereng preve mmg dah siap airbag module, cuma soket dia tak pasti ngam atau tak dengan persona. mgkn boleh buka stereng persona y ada airbag utk check

SYAK Ekin said...

Salam bro Rifaie, saya juga berminat nak pasang stereng Suprima S ni..berkenan!..hihi kat Spare Part Shah Alam tu ada ker brg ni?kalau nak boleh ke oder dgn kawan bro..macam ner?

Rifaie said...

PM saya di FB.

SYAK Ekin said...

ok saya day add FB bro..apprve k..TQ!

Ahmad Firdaus Ismail said...

Tq bos.. dah siap psg.. airbag ngan audio panel pun soket dia sama.. button semua function elok..hehe

Rifaie said...

terima kasih atas feedback. semoga menjawab kemusykilan rakan-rakan lain

dinie muhaimin said...

bro... kalau pe b-line nak pasang sistem yg boleh bukak bonet pakai remote tu camana ye?

Rifaie said...

y tu kena dapatkan "gun" utk pasang di bonet, remote keta kena reprogram balik utk support release button. ataupun cara mudah, pasang alarm baru yang support bonet release

capt nizam said...

bole dapatkan contc x untuk berurusan nak beli stering suprima tuh...tq

Rifaie said...

https://www.facebook.com/mohd.azrul.3954?fref=ts

Nik M Izham said...

bro, mmg xde cara ke nk buat connection dr stering suprema ke radio klu persona base line?

Rifaie said...

ada, kena beli harness radio button, pastu tukaq clock spring m / h line

riezaro suarez said...

Saya ada jual steering preve n suprima ori 0186655108

rahman shafiee said...

Kalau transfer airbag, boleh membesar Tak airbag nya??? Or kalau cable cabut airbag xde apa2??? Risau tgh buka, tbe2 menyembur jew airbag

Rifaie said...

xdela, airbag tu dalam module, takkan meletup macam tu saja :)

Trouble Maker said...

bro , ni klau psang kat iswara dpt msuk tak ?

Rifaie said...

tak dapat nk jawab bro. iswara, tp saya rasa tak boleh masuk. kalau waja boleh.

Nurul Ashikin Mohamad said...

saya berminat nak pasang pada Gen 2 saya..ada no contact x?serius nk beli

Rifaie said...

boleh contact melalui link fb yang saya kongsi dalam komen

Nurul Ashikin Mohamad said...

Sy dah add fb tu tp x approve lg..ada cr lain utk contact dia?

mohd fakru razi mohd nawi said...

Saya pun nak pasang jugak pada waja.dah add fb tu. belum ada respon.

Rifaie said...

number dia 0176882652

Arzaq said...

Wayar horn hijau tu sambung kat mane bro?

Rifaie said...

Rujuk photo 10 dan 11

Fit Blur said...

Salam. Bro sy brkenan ar nak psang stering suprima. Smenjak test drive kreta suprima S. hehe sy owner Persona. Tapi sy ade tanye org kedai kalau nak tukar stering ni ade ape2 effect ke tak. Die ckp klau ade ABS, tukar stering nnti ABS tak leh function dah. So sy nak tau pndapat drpd you sndri betul ke? And skarang ni sy betol2 tngah cari steering Suprima S. Serious buyer ar. Sy dok area JB.

Rifaie said...

ABS ni sefaham saya tak related dengan stereng, tapi kalau SRS airbag related la. tapi bab airbag ni mulfunction atau tak saya tak boleh sahkan, cuma kawan2 yang model kereta ada airbag, bila diorang pasang streng suprima ni, lampu amaran airbag tu tak menyala la. connector airbag persona dengan suprima pun sama. jd kalau lampu tak mnyala tu, saya fikir tak ada masalah. tapi ini pndpt peribadi saja. bukan official dari pengeluar.

Fakhriy Fasyin said...

akum bro..dah tanyer dier tu x der stock la plk..
nak tanyer bro steering nie ader jual kt kedai maner2 ker?

Rifaie said...

alamak saya pun tak pasti la bang. dah cuba cari dalam mudah.my?

Firdz Izwa said...

Salam semua. Sy pn dh tukar stering persona asal kepada iriz. Mmg cun. Asal keta sy bline je.

Firdz Izwa said...

Salam semua. Sy pn dh tukar stering persona asal kepada iriz. Mmg cun. Asal keta sy bline je.

rizq aisyah said...

asalam..
brp modal tuk setting skali dia nye audio skali ye...
da pasang stering. tgl nk bg sume button function je....

tq

Rifaie said...

utk setting stereng tu perlukan harness dan clock spring. saya tak pernah cuba buat, dan tak pasti berapa kos dia

Muhamad Fairus said...

Selain persona model proton yg lain boleh x?cm neo o waja.ke stereng tu mmg fit sume jenis model proton?

Rifaie said...

stkt ni dh tgk iswara, perdana dan wira guna.

muhamad asraf said...

Button steering boleh fucntion tanpa tukar clock spring..sy dah buat kat persona baseline sy

Rifaie said...

bro share skit cara setup harness dari stereng ke radio. macam mana sambungan dia tu?

muhamad asraf said...

Bro bukak forum ppeoc..dlm tu ade

muhamad asraf said...

Steering switch

Rifaie said...

http://www.ppeoc.my/forum/26-do-it-yourself-diy/19619-steering-remote-control-untuk-radio-pe.html

ini ke?

sayaprihatin said...

Salam. Bro faie. Nak tanya kat mana nak beli ni. Ada org jual 400.

sayaprihatin said...

Salam. Bro faie. Nak tanya kat mana nak beli ni. Ada org jual 400.

Rifaie said...

kalau baca komen2 yang di atas tu, ada saya kongsikan satu contact person... 400? mahal gila skrg.. dulu saya beli 200 je. masa tu belum ramai y tukar steering mcm skrg

Albert Lim said...

Abang, bagaimana buka steering panel volume? Kena buka screw belakang steering panel? Ia pakai clip ker? Just cungkil panel sahaja? Persona saya ada airbag. Adakan airbag akan keluar sekali jika saya cungkil keluar panel tersebut?
Terima kasih :P

Rifaie said...

untuk steering persona atau suprima?

kalau stereng persona, kena buka cover horn dahulu. nnt akan nampak skru panel volume tu. airbag tu cabut kabel dia, pastu keluarkan elok2.

..Pn.Muda Eika.. said...

Sy mencri sgt stering tu... Kereta sy gen2.. Pliss kalau ada

Rifaie said...

https://www.facebook.com/arezham.lpizam?fref=ts

ini FB seller steering tu

Muhammad Suriadi said...

salam bro nak tanye bro masih pakai lagi ke stering preve tu kat pesona bro..?

Rifaie said...

dah tukaq bro, skrg pakai stereng h-line persona

alucard said...

sebab tukar?

Rifaie said...

sebab nak bagi nampak asal balik hehe... lagipun rasa mcm suprima tu tak match ngn dash persona

amir firhad said...

Salam bro. Sy berminat nk dpt kan steering preve . Boleh dpt contact tak?

Rifaie said...

saya dah tak ada contact bro, tapi boleh cuba cari dalam mudah.my, saya fikir dah ada ramai orang jual

Nor Helmi Mahmod said...

Salam ramadan. Tmpg tanya, dpt kat mane ye stering persona h line.. n berape harga? Berniat nk gnti stering yg da rabak tu.

Rifaie said...

saya beli yang terpakai dari mudah.my

fickz said...

Masuk saga flx rasa muat x
Hehehe

Rifaie said...

kalau saiz bosskit sama, sepatutnya ngam