Persona...Terpesona

Wednesday, October 16, 2013

DIY: Door gap?

Assalamualaikum, salam sejahtera.

anda ada masalah pintu tak rapat? ada gap? saya kongsikan satu solusi mudah untuk anda. kebetulan masalah yang sama berlaku pada kereta saya.



door gap pada kereta saya menyebabkan air masuk ke bahagian dalam kereta. jika diperhatikan jarak juga agak besar.


apa yang perlu anda buat adalah selaraskan kembali door hinge ni, kalau anda perhatikan betul-betul ada penanda pada bahagian atas dan bawah door hinge ni, itu sebagai asas kedudukan asal, tapi tidak semestinya tepat, namun boleh dicuba untuk diseleraskan ke kedudukan itu.


dapatkan pemutar skru yang sesuai dan dengan cermat longgarkan skru pada door hinge, cukup sekadar anda boleh selaraskan hinge tu dengan ketukan, jangan terlalu longgar. 


selaraskan pada kedudukan yang anda rasa sesuai. kemudian ketatkan skru sebelum anda uji. saya letakkan hinge tu pada kedudukan berdasarkan penanda pada badan kereta.


Alhamdulillah, pada cubaan pertama terus berhasil. pintu kembali rapat seperti kedudukan asal. setelah diuji beberapa kali, kedudukan tidak berubah, saya ketatkan terus door hinge.


saya turut membaiki pada pintu sebelah penumpang. kini masalah door gap telah diatasi sepenuhnya!



DIY : Atasi gegaran pada pintu kereta

Assalamualaikum...

dari masa ke masa, tahun ke tahun, mestilah ada alatan yang rosak kerana faktor masa dan usia, salah satu yang ketara adalah "door hinged" pada proton aku. mula-mula gejala yang paling mudah nak kesan adalah gegaran kecil bila melalui kawasan tak rata. 

setelah diperiksa, barulah nampak plastik alas pada door hinge dah rosak dan pecah. memandangkan bajet yang terhad, makanya aku gunakan penyelesaian sementara untuk masalah ini. 


tempat yang paling senang nak rosak adalah pada bahagian pemandu sebab pintu ini yang paling kerap digunakan, alat ganti boleh dibeli di kedai peralatan kereta, harga aku tak pasti tapi aku rasa tak mahal sangat la hehe. perhatikan plastik alas yang pecah tu.


ok, ni cara aku, dapatkan wire tape, memang ada yang sama lebar dengan lebar alas plastik tu, jadi memudahkan kerja. 


kemudian, balut plastik tu dengan cermat, ratakan wire tape tu betul-betul. jangan terlalu tebal, nanti pintu susah nak ditutup, memadai sekadar tebal sedikit dari plastik alas yang asal tu.


siap! cuma aku sengaja tebalkan supaya feeling bila tutup pintu tu macam guna toyota camry. hehe selamat mencuba :)

DIY : Waja Windscreen Water Spray

Assalamualaikum, selamat sejahtera.

satu lagi DIY yang boleh dicuba di rumah, dengan kos minima. water spray untuk cermin hadapan, original yang dipasang pada persona adalah jenis dual point, maknanya ada dua titik semburan terus ke cermin. aku kurang gemar semburan jenis ni sebab air tak kena pada keseluruhan cermin.

makanya mengambil idea daripada seorang sahabat NPOC yang menukar spray asal ke model waja, cuma aku tak pasti model yang mana, tapi aku ada sertakan foto untuk yang nak mencari nanti, aku pun DIY menukar spray asal kepada spray waja.

Spray asal pada persona aku


mula-mula buka bonet, perhatikan betul-betul klip spray tu, cara tanggalkan ialah dengan mengepit klip tu, supaya boleh ditolak ke atas permukaan bonet.



tapi sebelum itu, cabut dahulu hos air, ini untuk memudahkan kerja-kerja mengganti spray

spray yang telah ditanggalkan

water spray asal

water spray proton waja


pasang water spray waja, cara pasang, undur semula langkah-langkah membuka spray asal. pastikan hos air disambung kembali sebelum diuji.




tiga foto di atas ni menunjukkan pattern semburan spray waja, nampak kan corak air kena hampir kesemua bahagian cermin? lebih senang kerja wiper mencuci cermin. selamat mencuba!



Video perbandingan semburan water spray asal dan baharu