Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Modifikasi : Brek Cakera Belakang....

assalamualaikum...
pada pengguna persona model asas dan pertengahan, iaitu b-line dan m-line selain daripada kurang ciri-ciri keselamatan dan aksesori daripada model penuh, iaitu h-line, kekurangan daripada aspek pemanduan juga ada, salah satunya adalah daripada pemasangan brek drum menggantikan brek cakera. umum tahu sistem brek standard persona b-line dan m-line kurang memuaskan, aku sendiri pernah terlibat dalam kemalangan gara-gara brek yang "spongy". kena ditekan rapat-rapat baru terasa ada kuasa berhenti, kalau tak, tunggu sahaja hentam kereta di hadapan..hehe
jadi, alhamdulillah ada rezeki lebih sedikit,maka kerja lawatan bengkel ke bengkel pun dijalankan, hajat nak memasang brek disk ni dah lama aku angankan, baru sekarang tercapai. atas cadangan daripada seorang rakan, aku pilih sebuah bengkel di kawasan penaga untuk memasang brek untuk aku, bengkel tu juga bertanggungjawab mendapatkan brek belakang kereta aku daripada model lancer CK2. haa kalau nak tahu macam man…

Review : Bateri baharu!

Assalamualaikum...
masuk aje usia 2 tahun 8 bulan, akhirnya bateri asal persona aku rosak juga. mujurlah ada sahabat yang sudi menolak kereta aku di tengah-tengah malam sewaktu rosak, awal-awal pagi lagi aku dah kacau tuan rumah aku minta tolong "jump start" kereta aku..hehe, hidup aje kereta terus pecut ke kedai alat ganti kereta untuk dapatkan bateri baru. jenama pilihan aku asalnya adalah BOSCH, tetapi memandangkan stok tak ada, ditambah pula dengan usaha racun berterusan dari tauke kedai, maka aku ambillah Century Marathoner. 
Hasil survey aku nak kongsi skit, harga century di sekitar butterworth adalah dalam lingkungan RM240 hingga Rm270, yang ajaibnya RM270 tu harga yang aku dapat di kedai bateri yang mengedarkan jenama century ni, dan harga untuk trade in bateri lama adalah rm15 sahaja.
Jadi ronda punya ronda, singgah satu kedai lagi, North Malaya namanya, dapatlah harga RM240, trade in bateri lama, RM20 jadi kena bayar hanya RM220 sahaja. Bodek punya bodek, aku mint…

Review : HID 4300k Retrofit pada persona

assalamualaikum, modifikasi seterusnya adalah lampu HID berserta projektor, bezanya daripada kebanyakan lampu projektor di pasaran untuk model persona adalah ini dipasang secara "retrofit" dan bukanlah direka dari awal khusus sebagai lampu projektor.
sebenarnya modifikasi ni dah lama aku nak buat, tapi kerana kekangan kewangan dan faktor harga membuatkan aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. alhamdulillah, lepas hampir dua tahun aku menunggu, akhirnya cukuplah modal dan aku rasa harga pun dah agak munasabah untuk retrofit HID ni pada  persona aku.
aku pun tempah satu slot untuk pemasangan di SSTwo motorsport bukit tengah, pulau pinang. kedai ni biasanya memasang untuk model kereta mewah, tapi sebenarnya diorang ni tak kisah pun, semua kereta dilayan sama rata, semua customer diorang ramah. hehe
 kos? agak mahal daripada lampu eagle eye, sepasang lampu eagle eye kosnya rm 699.00, untuk lampu retrofit rm 750.00 di SSTwo. tapi jujurnya aku rasa berbaloi










setakat ni, a…