Skip to main content

Modifikasi : Brek Cakera Belakang....

assalamualaikum...

pada pengguna persona model asas dan pertengahan, iaitu b-line dan m-line selain daripada kurang ciri-ciri keselamatan dan aksesori daripada model penuh, iaitu h-line, kekurangan daripada aspek pemanduan juga ada, salah satunya adalah daripada pemasangan brek drum menggantikan brek cakera. umum tahu sistem brek standard persona b-line dan m-line kurang memuaskan, aku sendiri pernah terlibat dalam kemalangan gara-gara brek yang "spongy". kena ditekan rapat-rapat baru terasa ada kuasa berhenti, kalau tak, tunggu sahaja hentam kereta di hadapan..hehe

jadi, alhamdulillah ada rezeki lebih sedikit,maka kerja lawatan bengkel ke bengkel pun dijalankan, hajat nak memasang brek disk ni dah lama aku angankan, baru sekarang tercapai. atas cadangan daripada seorang rakan, aku pilih sebuah bengkel di kawasan penaga untuk memasang brek untuk aku, bengkel tu juga bertanggungjawab mendapatkan brek belakang kereta aku daripada model lancer CK2. haa kalau nak tahu macam mana rupa lancer CK, tengok foto bawah ni..hehe

Lancer CK2
jadi, secara ringkas lancer CK ni merupakan kenderaan pacuan semua roda, AWD (all wheel drive). maka, brek belakang yang aku guna untuk persona aku ni pun ada shaft pada bahagian breknya, mengikut kata formen, kalau nak aku boleh pasang gear belakang pada persona aku untuk convert persona aku jadi AWD, haha dah nak jadi rally la pulak...


Lancer CK, nampak tak lubang untuk shaft?

brek asal persona aku, drum brake

hehe saja capture...

kerja menanggalkan brek drum

untuk menggantikan brek drum kepada cakera ni, proses kerja agak rumit dan memakan masa panjang, kiraan aku berdasarkan kepada kepakaran formen, proses mengambil masa kira-kira 6 jam untuk pemasangan.


bahagian belakang dikosongkan untuk kerja-kerja memotong kabel

banyak barang hehe

seat persona base line senang je nak buka

kerja dimulakan dengan menanggalkan set tempat duduk penumpang belakang, kemudian centre console juga kena dibuka untuk memberi laluan kerja-kerja ubahsuai kabel brek tangan. selain kabel brek tangan, kabel brek belakang juga dibuka dan diganti baharu. kabel brek tangan yang asal kena diganti kerana tidak bersesuaian ukuran panjangnya.


kabel brake

kerja-kerja menanggalkan kabel

drum ditanggalkan selepas semua kabel dipotong

menanti brek baharu

disk brake

kerja-kerja memasang disk

sebelah pemandu

menyambung semula "joint"

sekadar berkhidmat selama 2 tahun 8 bulan sahaja

minyak brek spec DOT 4

Siap sebelah penumpang!

pandangan dari bawah kereta

memandangkan kerja-kerja dilakukan waktu malam, dan aku pun tak sanggup nak tunggu lama, aku tinggalkan kereta aku di bengkel, dan datang semula awal pagi esok. berikut adalah hasilnya sekali pemasangan cover caliper brembo..hehe


ganas tak?

brembo

ok, tugasan terakhir adalah memandu ke kedai tayar berhampiran untuk alignment, atas nasihat daripada formen kerana bahagian suspensi belakang telah diusik, maka kena buat semula alignment untuk langkah-langkah penjagaan tayar.




selesai alignment, tiba masa untuk menguji kecekapan brek, secara ringkas, kuasa brek meningkat agak ketara, tak perlu tekan lebih untuk rasa gigitan brek pad pada disc. mula-mula agak kekok sebab dah terbiasa dengan drum, jadi 15 minit pertama pemanduan tu aku nyaris buat brek kecemasan sebab belum biasa dengan kuasa brek baru. secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja dan output brek kereta aku. sekarang barulah tak risau nak memandu! 


selain peningkatan kecekapan brek, satu lagi yang turut meningkat adalah penampilan, dipasangkan dengan brek cover berwarna merah, nampak lebih garang dan sporty!

Comments

redzuan said…
just curious..brape kos keseluruhan penukaran n tempat?? klu x keberatan untuk share??
Pyanto said…
Salam tuan tanah,
Mesti lpstu brake smp terseret tayar ni..kehkehkeh
persona m & bline guna servo 1.3 yg kecik, lpstu master cylinder saiz 13/16" utk saga..sbbtu mmg spongy, kurg response & power. sy pun tgh riki2 nak tukar dulu set servo & master cyl yg beso skit,lpstu br upgrade disk. pelan2 kayuh hehehe
Rifaie said…
@ redzuan...
kos rm900, lokasi penaga, pulau pinang

@pyanto...
dulu ingat nk tukar servo jugak, tp memikirkan gaya punya pasal, masuk disc terus..hehe
redzuan said…
bro..klu xkeberatan bleh bagi contact no. kedai tue?? thanks 4 d info...=)..mcm teringin jugak..
Rifaie said…
boleh emel ke inbox saya, nnt saya bagikan
Haz said…
servo apa yang ngam untuk persona? Kalau amik servo dari waja atau gen2 ok x?
Rifaie said…
http://www.ppeoc.my/forum/roda-suspensi/80-convert-rear-drum-brake-to-disc-brake.html

dalam link ni ada perbincangn ttg braking persona, kalau rajin, cer baca satu persatu, ada bincang bab servo brek jugak
punk said…
Bro,
u hanya tukar set disc belakang je la??

Servo tu tak tukar?
Rifaie said…
servo tak tukar, dah rasa cukup dah dengan setup sekarang
Syllra said…
salam @rifaie..

saya nk tnya apa beza kalau kita pasang brake disc dengan rear arm dengan pasang disc je contohnye mcm eterna?

Boleh bagi taw nama kedai n contact kat penang?
Rifaie said…
syllra ada emel ke saya kn? sy dh reply pd emel
Syllra said…
da dpt emel..thanks rifae..
rear disk mivec nie dpt dr half cut kat penang kew?
sbb tgk kat epoh mahal sgt..hehe
Syllra said…
faie..hand brake ada problem tak kalau pakai disc..
Rifaie said…
yup halfcut dari penang. handbrake ok, mcm masa pakai drum jugak
Wan Jue said…
tumpang tanye, cover brembo tu dia pasang camne yer?caliper kena tebuk utk pasang ke atau pakai special gam jer?TQ
Rifaie said…
tebuk pada caliper
hanif hamid said…
Salam bang bleh dpat no fon brader bengkel tu x?
Rifaie said…
alamak... tak ada pula numb kedai tu. duk dekat area penang ka bro? kalau area sini, aku blh tunjukkan jalan ke kedai
Zaire said…
Salam bro, saya pakai persona m-line, masalah kereta saya brek selalu berbunyi, sebab rimas dgn bunyi saya tuka break disc dan break drum baru, upanyer bunyi lg, brake pad saya cuma guna yg harga rm80, pernah tanya kt sc proton dulu dia ckp kena guna yg harga rm300, bro tau masaalah brek persona berbunyi?
Rifaie said…
bunyi macam mana bang? bunyi mcm berlaga besi ke? saya pun pakai brake pad murah jugak, tak der bunyi pelik-pelik hehe... cuma tgk permukaan disc ada calar-calar tak? lagi satu bila brek kuat, stering gegar tak?
Zaire said…
Bunyi 'criiittt' yg nyaring, disc x calar, stering x gegar, td ada terbaca dkt blog EilaRazi pasal masalah bunyi ni, nanti ada masa sya cuba xperiment mcm apa yg dia buat pulak, apa2 nti saya update kt sini. Td saya baru lps servis aircond blower mcm yg bro tunjuk tu. Mmg terbaek! Hehee
Rifaie said…
cun! eloklah rujuk banyak tempat, lagi banyak solution kita boleh dapat :)
Che Gu Aien said…
Salam tuan tanah...pblem keta saya bila brek bunyi nyring macam berlaga besi....saya pakai persona b-line....hari tuu saya tukar brek pad sebb saya tukar bila guna brek tak lekat sgt time brek....waktu tuu sudaa bunyi jugaaa..pastu saya bjet konon2 dh tukar tak kan ada bunyi,tp still bunyi lagi kuat..sedih ase...brek pad tuu yg original..beli di sc inanam sabah nii..penh bwk kat bengkel biasa, dia kata original betull..sya bawak sebb tk tahan bunyi smbil buat allignment...saya tgok dia bukak brek pad siap gosok lagi kat simen dia kata nak aksi hilang apa ntah...dia tanya saya disc ni tak penah tukar kan..saya kata yaa.....saya geramm betul skrg dgan bunyi time brek nak2 turun bukit dari sekolah say...tp ada cikgu sekoalh saya kata kalau bunyi bukn original...peninggg laaa sya...
Rifaie said…
ok2.. bertenang hehe. bunyi tu bukan petanda tak ori bang. bunyi nyaring bermakna ada bendasing antara disc dan brake pad. mgkn habuk, mgkn serpih besi, mgkn juga penanda brek yang mcm klip tu terkena disc.

buka, blow balik dengan air gun, check betul2 ada tak silap pasang kat mana2 especially klip besi tu
Zaire said…
Salam semua... bunyi brek kereta saya dah 95% hilang, kira ok sgt la dari setiap kali brek asyik bunyik jer, hehehe. bawak pegi pomen mula2 dia pening gak apa yg berbunyi, last2 dia blow brake drum, kasi buang karat dan cat balik, lepas saya guna sehari dua tu bunyi ada lagi, tapi lama2 dah makin kurang... mungkin ikut luck gak kot... apapon kita cubalah 'try and error'.
Rifaie said…
terima kasih atas tips. habuk dalam brek drum la kiranya yang buat bunyi tu?
Zaire said…
Habuk tu antara salah satu sebab, yang lain tak dapat dipastikan apa puncanya.
Rifaie said…
terima kasih atas perkongsian :)
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Zila Zie said…
Salam...Boleh saya dapatkan contact no bengkel penaga tu? Saya pakai persona juga. Masalah brek bunyi kuat tambahan kalau waktu sejuk @ hujan. Tension saya. Saya 2 kali tukar brek pad y ori tapi still sama juga...
Zaire said…
Ni no contact pomen tu, 017-391 9278 En. Azmi, AAN Auto Garage Balakong Jaya, Selangor.
Rifaie said…
@zila

yang ni yang emel saya kelmarin kan?
Jojo Jojo said…
Salam tuan punya blog
.nak tanya..bila tukar brake drum ke cakera ne..kena buat permohonan dgn jpj dulu ke?..
Jojo Jojo said…
Salam tuan punya blog
.nak tanya..bila tukar brake drum ke cakera ne..kena buat permohonan dgn jpj dulu ke?..
Rifaie said…
tak perlu tuan.
Volstsbilizer 4 batter performance..klik www.fprxtreme.blogspot.com detail n testimoni...
batu jalanan~ said…
Assalam. Nk tanya bengkel tu buat lg x? Nk mintak contact number
Unknown said…
bos nk tnye sy pkai persona sv.. knp ye sy punye brake disc blakang mcm melekat ble tgh paking.. melekat ke disc ble handbrake dh lepas.. slalu kne ble paking luar rumah ble waktu hjn.. waktu xhjn ok pulak ble lepas handbrake tu.. mntk pandangan saudara yg tau info kt sy..
Rifaie said…
@batu jalanan, saya dah emel

@unknown, itu perkara biasa kalau saudara tarik handbrake agak ketat, brake pad tu kepit disc tu kuat skit. perkara biasa utk kereta yang guna disc brake belakang utk hand brake.
john kratos said…
Salam... Saya nak letgo disc proton persona saya... Persona saya ni dulu drum saya upgrade jadi disc... So sekarang nak letgo the whole set sbb nak pakai airtrek punye... Harga ye? Ermmm.... 300 dah la lepas tu ko carikla pomen yang pandai pasangkan....
john kratos said…
Salam... Saya nak letgo disc proton persona saya... Persona saya ni dulu drum saya upgrade jadi disc... So sekarang nak letgo the whole set sbb nak pakai airtrek punye... Harga ye? Ermmm.... 300 dah la lepas tu ko carikla pomen yang pandai pasangkan....
geeLasT said…
john kratos duk mne?

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 …