Major Servis 2 : Timing belt

Assalamualaikum,

Pertama sekali aku minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan janji untuk buat servis major timing belt di Proton atas alasan kekangan bajet dan masa. Namun, aku buat di sebuah bengkel dan aku memang cadangkan kepada sesiapa yang tinggal berhampiran untuk cuba bengkel ini. Review berdasarkan link http://faieelegance.blogspot.com/2014/09/review-bengkel-nusantara-auto-garage.html

dua link yang berkaitan sebagai rujukan
http://faieelegance.blogspot.com/2012/05/akhirnya-servis-80k-km.html
http://faieelegance.blogspot.com/2014/08/major-servis-kembali-kedua-kalinya.html


Ok, mengikut tertib yer. Mula-mula nak ganti minyak enjin, naik saja kereta ke ramp, angkat ke atas, terus terkejut tengok penapis minyak jadi macam ni. Barangkali dah tersumbat sebab kali terakhir minyak enjin diganti adalah lebih kurang 25k km yang lepas. Kalau korang tanya kenapa pakai sampai 25k km, jawapan paling jujur aku boleh bagi adalah kerana kesempitan bajet hehe. Jadi pastikan penapis minyak diganti setiap 10k km yer, jangan lajak banyak sangat.




Okeh, siap ganti minyak enjin dan penapis minyak. Di bengkel ini ada Shell Helix, Revenoil, VervX seingat aku. Jadi rangkaian pilihan yang agak banyak, semi dan full syn semua ada.

Sekarang kita masuk main course yer hehe. Major servis kali ni sangat-sangat ringkas berpadanan dengan bajet yang agak ketat. Aku cuma ganti timing belt dan accessory belt. Ini termasuklah bearing dan seal dalam mekanisme timing belt. Untuk timing belt aku guna kit dari Optibelt, jaminan selama dua tahun, kit mengandungi :

1. Timing belt
2. Tensioner bearing
3. 3 unit oil seal

Di bengkel ini, jaminan akan didaftarkan oleh bengkel, jadi tak perlu susah-susah nak isi borang segala. Rekod akan disimpan oleh bengkel. Andai ada masalah, boleh datang tuntut semula di pihak bengkel.




Selesai kit timing belt, untuk accessory belt, aku guna yang Proton, macam biasalah, brand Mitsubosha hehe. 



Lepas accessory belt ditanggalkan, benda pertama paling jelas kelihatan, rekahan di alur belting. Ini petunjuk yang mengesahkan belt memang perlu diganti. Untuk rekod, belt ini digunakan lebih kurang 90k km, diganti masa servis major timing belt kali pertama.



Kemudian, timing belt ditanggalkan, agak mengagumkan bila dilihat keadaan fizikal belt nampak masih boleh digunakan mungkin untuk jarak 7-8k km lagi. Aku bagi andaian je sebab masa ganti belt ni memang formen Proton ada bagitau belt ni boleh bertahan lebih kurang 100k km.



Sebelum belting baharu dipasang, oil seal mesti digantikan. Kelihatan ada lelehan minyak enjin di sekeliling seal, menandakan keadaan yang dah tak berapa baik. Jadi dalam timing belt kit memang dan diberikan bersama seal ini.





Seal yang lama dikeluarkan, kemudian lelehan minyak enjin dibersihkan dahulu sebelum seal baharu dimasukkan.


Bearing timing belt juga digantikan. Kalau sebelum ini aku pakai alat ganti original proton yang mana bearing ni buatan Jepun, kali ni kita cuba buat Jerman pula hehe.

Selesai semua alat ganti atas ini diganti baharu, tibalah masa timing belt baharu dipasang juga. Kali ini kita bagi peluang jenama Jerman pula berkhidmat di Persona aku.





Alang-alang dah angkat kereta, aku ronda la bawah kereta, saja check semua joint dan bushing, terlihat sepasang bushing di suspension belakang, nampak dah hampir haus. Cuma belum rasa kesan semasa memandu lagi, jadi lepas ni kena bersiap sedia dengan kemungkinan untuk ganti bushing baharu. Dan agak mengagumkan bila tengok keadaan bushing dan joint selepas lebih kurang 180k km kereta ni dipandu atas segala macam permukaan jalan. Thumbs up Proton!



Beralih ke hadapan, rupanya formen sambil-sambil tu check sama keadaan bateri. Alhamdulillah masih dalam keadaan optimum. Kalau korang berkunjung ke bengkel ini, boleh mintak diorang check. Percuma sahaja.



Apa beza servis major timing yang pertama dengan kali ni? Banyak bezanya. Kalau korang baca balik entry lama major servis, benda yang aku skip kali ni antaranya :

1 Water pump
2 Flush coolant

Alasan? Selain kekangan bajet, aku rasa water pump aku masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk beberapa ketika lagi hehe. Pakai agak je tu.


Ini soalan paling popular, kos? Okey aku tak leh kongsikan bil aku atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi secara kasar kos untuk semua kerja-kerja ni

1 Timing belt kit RM300
2 Oil filter RM12
3 Minyak enjin RM108
4 Accessory belt RM69,54
5 Seal belt RM14.36
6 Labor RM120.00

Jumlah besar RM623.90. Kalau tolak minyak enjin dan oil filter, jadinya RM503.90 untuk servis major timing belt kali kedua. Kos tak termasuk labor adalah RM383.90



Comments

Pyanto said…
Biar betik 25K km! haha.. mmg tuan ni berhati kering.. kenape pulley waterpump pun tanggal skali ye?
Rifaie said…
jangankan betik, papaya pun betul juga. pulley waterpump? tanggal sbb nak mudahkan kerja, lagipun memang accessory belt tu diganti juga
Unknown said…
Salam paie..nk tya..1st major servis nk tukaq apa barang?
Rifaie said…
http://faieelegance.blogspot.my/2012/05/akhirnya-servis-80k-km.html

boleh rujuk sini