Skip to main content

Major servis kembali! Kedua kalinya timing belt personaku.

Assalam, selamat sejahtera.

Menyepi agak lama kali ini, mungkin sebab cik Persona tak ada masalah kut hehe. Tapi nampaknya dalam seminggu dua ni memang nak telan duit gaji dengan kadar yang agak banyak sebab nak kena ganti "timing belt" untuk kali kedua. 

Macam biasa, kena merancang bajet dahulu, jadinya siang tadi aku ke Pusat 3S Proton di Juru Autocity untuk dapatkan sebutharga kerja-kerja mengganti "timing belt". Kalau ada yang masih ingat posting yang terdahulu untuk servis "timing belt" semasa mileage 80k km.

Link di sini - akhirnya-servis-80k-km

Jadi kali ni kita buat perbandingan kos servis untuk dua tahun lalu dengan tahun ini. Secara kasar memang ada penurunan kos yang agak besar, dan ada beberapa item yang dijadikan optional bukan lagi wajib.


Ok, foto yang di atas ni sebutharga baharu yang aku dapat dari Proton. Ada dua kos di situ, satu RM 552.60 dan satu lagi RM 802.45. Perbezaan lebih kurang RM 250.00.

Ok sekarang kita tengok senarai kos yang aku bayar dua tahun lalu.



1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                   RM31.59
7. Procare Advance                    RM150.00
8. Timing belt campro                RM123.03
9. Cam Oil Seal                          RM29.24
10. Crankshaft Oil Seal               RM47.98
11. Aircond belt                          RM69.54
12. Bolt                                       RM1.03
13. Water pump campro             RM220.56
14. Filter Assy Injection              RM37.58
15. Tensioner camshaft drive     RM143.54

Total Parts dan Labor : RM 981.63

Discount Daring Card :  RM 91.23 - 
Gov Tax :                      RM 12.96
Rounding :                    RM 0.01

Grand total : RM 903.35




Jadi apa yang kekal di sini? 

Procare advance RM 159.00 (naik RM 9.00)
Timing belt Campro kit RM 323.03 (naik RM 200.00)
Aircond belt RM 69.54 (harga kekal)
Bolt RM 1.03 (harga kekal)

Optional 
Coolant RM 29.29 (harga kekal)
Water pump campro RM 220.56 (harga kekal)

Ok, sekarang mesti tertanya kenapa kos timing belt campro naik sampai RM200.00. Jawapannya sebab yang ini bukanlah PW811498, tapi kit baharu, PW898044, timing belt campro kit. Mengikut penasihat servis (SA), kit ni bukan sahaja timing belt, tapi juga item-item lain yang mustahak digabungkan dalam satu. Sebab tu lah harganya naik. Dan kita boleh tengok senarai item yang perlu diganti pun berkurang agak banyak.

Kesimpulannya, harga baharu ni lebih berpatutan dengan menumpukan kepada alat ganti yang perlu dan penting untuk diganti.  Dan seperkara lagi, harga ini tak termasuk harga minyak enjin, untuk syntium semi syn 800, harganya RM112.00. Namun demikian kalau dikira selepas ditolak kos optional tetap juga murah,

Insya Allah, saya akan kembali servis major di proton untuk kerja mengganti timing belt, pada saya lebih mudah dan senang saya serahkan kereta saya pada juruteknik yang telah dilatih khusus untuk kereta saya. Bukan memperkecilkan formen lain, cuma saya fikir itu yang terbaik untuk persona saya.

Saya akan kongsikan lebih butiran berkenaan timing belt campro kit selepas servis major nanti. Terima kasih.

Comments

Thanks for your ideas. You can also find the details on Drive Parts Direct, at the Synchronous belt. Drive Parts Direct aims to provide you with a convenient “one stop shop” for all your Power Transmission component requirements.

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 …