Skip to main content

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 RM123.03
9. Cam Oil Seal                         RM29.24
10. Crankshaft Oil Seal              RM47.98
11. Aircond belt                        RM69.54
12. Bolt                                    RM1.03
13. Water pump campro           RM220.56
14. Filter Assy Injection            RM37.58
15. Tensioner camshaft drive   RM143.54


Total Parts dan Labor : RM 981.63
Discount Daring Card : RM 91.23 - 
Gov Tax :                     RM 12.96
Rounding :                   RM 0.01


Grand total : RM 903.35

kalau kita rujuk pada jumlah asal yang dicadangkan oleh proton, jumlahnya RM 1276.70. Jauh beza tu, RM 373.35  hehe. Berikut pula senarai servis yang aku kecualikan :

1. Engine oil - Sebab bawa minyak sendiri
2. X1R engine treatment - memang tak pernah ambil
3. Antibac - belum perlu kut
4. Spark plug - 100k nanti ganti
5. Brake fluid - ganti masa tukar brake pad nanti

Jadi mahal atau murah, anda tentukan lah sendiri. Pada aku kalau dikirakan dengan keselesaan, alat ganti tulen, mekanik mahir pada aku dah dikira berpatutan dah.

di bawah saja aku kongsikan foto-foto semasa servis.

masuk servis jam 0850

Aircond belt ditanggalkan dahulu

Cover timing belt ditanggalkan


Timing belt dah ditanggalkan


Timing belt kanan, aircond belt kiri

Kata formen, cara mudah nak kenal keadaan timing belt ni, tengok pada jalur-jalur atas belt, kalau ada jalur-jalur macam ni, bermakna belt dah perlu diganti.

Di Juru 3S, anda boleh melihat dengan lebih dekat kenderaan anda

Water pump lama, penuh karat jer
Water pump baharu
Keadaan enjin setelah tensioner, belting dan timing cam ditanggalkan
Timing belt baharu dipasang
Cer perhati betul-betul brand apa?

kalau kita rujuk gambar, brand yang tertera pada belt ada Mitsuboshi, bukan Mitsubishi yer. aku ada buat googling sikit, ni infonya --> Mitsuboshi Belt kiranya produk ni dari Jepun, cuma kalau rujuk pada packaging, made in singapore hehe 

Belting aircond pun dari Mitsuboshi
Packaging timing belt
Engine mounting
Belting selesai dipasang
ok, item berikutnya ini permintaan khas daripada aku sendiri, tak ditawarkan dalam pakej servis. aku minta ganti fuel filter, tujuan ni saja nak ganti baharu sebab yang sedia ada ni aku dah guna sejak 85k km yang lepas, mungkin dah penuh keladak dalam filter tu.

Fuel Filter
Fuel filter lama

Kerja-kerja mengganti

Siap!

Running Engine

Beginilah lebih kurang kisah servis 80k untuk persona manual. harga yang aku paparkan ni mungkin berbeza bagi pengguna yang tidak memilik Daring Card, kad ini menawarkan diskaun 10% ke atas alat ganti dan caj perkhidmatan di proton 3S. kalau ada card ini, pastikan diguna sebaik mungkin :)

Insya Allah jumpa lagi...

aku tinggalkan korang dengan dua keping foto, perbandingan bearing yang baharu dan sudah digunakan sejauh 85k km, bezanya pun tak jauh mana, keadaan bearing lama pun masih baik. kalau diperhatikan foto ni betul-betul, korang pasti akan jumpa sebab apa parts ni tahan lama, tengok-tengok la yer :)


Bearing baharu..
Bearing lama...





Comments

artakuz said…
Salam bro, mcmana nak dptkan Daring Card tu?
Rifaie said…
sepatutnya masa beli keta, salesman dah register kan sekali. tapi kalau tak register, borang boleh ambil di proton edar SC. tpi sekarang proton dah tak keluarkan dah card ni.
tauge said…
sebab apa bearing tu tahan lama??
seal warna coklat tu?
speedrider said…
Tahan lama sebab MADE IN JEPANGGGGG :)

Kalau register beli dengan EON punya salesman, register SAHABAT EON. Dapat diskaun 5% di EON Service Center.
Rifaie said…
@tauge, mcm speedrider bgtau, sebab made in japan :)
Zatil Hulwani said…
mak oii...bole tahan jugak harganye...hehe
Rifaie said…
haha kalau boleh tahan tak pa lagi..jangan tak boleh tahan..jenuh!
Zatil Hulwani said…
huhuhu...ni nak sebis 40k punye...adoiyai..nak wat kat geng PRG...aritu geng PPEOC sebis dalam 300+...
Muhammad said…
Salam... berapa agak2 kalau tukar bearing depan? sudah ada bunyi time cornering
wan sgmt said…
bro dok seberang jaya kat mana? ada masa boleh minum2..
Rifaie said…
@zatil hulwani, sayang kereta punya pasal, kenalah berhabis skit. hehe

@muhammad, bearing mana? CV Joint?

@wan smgt, aku duk area perai
Zatil Hulwani said…
rifaie: kalau servis 40k ape yg paling penting kt tukar ea?
Rifaie said…
mcm biasalah, minyak enjin. tp since 40k ni servis major, proton biasa akan rekomen minyak enjin, transmisi, spark plug, air filter.
nurul akhar said…
brapa lama servis 80k?tggu ctu ok?
Rifaie said…
lebih kurang 2 jam stgh utk servis tunggu sini
aiem said…
engine mounting tkr jgk ke
aiem said…
engine mounting tkr jgk ke
Rifaie said…
engine mounting belum pernah tukar lagi hehe
Sir Dm_terrer86 said…
Salam...
Nak tny.. kalau ganti belting dgn timing belt..
Perlu ke set computer box pd kete?
Sbb baru baru.. ada tukar belting ngn timing belt.. enjin mcm ada mati mati lah..
Tlg inpom kn..
Rifaie said…
tak perlu tuan. tak perlu usik apa2 pada ECU kereta. semua kerja mekanikal saja. cuba check balik pemasangan.
aLipH said…
Info yg berguna tuan..sy pn pkai persona elegance..dh tiba masa utk tukar timing belt...
Rifaie said…
harap membantu :)

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…