Persona...Terpesona

Tuesday, September 23, 2014

Review Bengkel : Nusantara Auto Garage

Assalamualaikum

Kali ni entry yang pertama kali dibuat, review bengkel hehe. Asalnya aku nak buat major servis timing belt di Proton, tapi memandangkan rakan-rakan rekomen untuk cuba bengkel ni, maka aku cubalah juga. Kalau yang biasa dengan Taman Kelasah, Seberang Jaya, mesti pernah nampak Pusat Servis SM Nusantara, kedudukannya tepi Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang, juga bersebelahan Hospital Seberang Jaya.

Awal tahun ni kalau tak salah aku, bengkel ni berpindah ke lokasi baharu, Wakaf Setee Aishah. Aku kongsikan foto dari Google Maps, tapi masa ni bengkel belum siap lagi hehe. Lokasi tepi PLUS susur keluar Seberang Jaya arah selatan. Landmark paling popular, Jeruk Madu Pak Ali. Koordinat boleh rujuk foto di bawah.


Okeh, sebelum semua keliru nanti, aku jelaskan dahulu, bengkel ini asalnya pusat servis yang dilantik Proton, namun kini telah beralih menjadi bengkel bebas. Makanya bukan sekadar model Proton sahaja, model selain itu pun boleh masuk. Jangan gelak kalau aku kata nak servis BMW dan Ferrari pun boleh juga.


Jadi bersandarkan kepada formen sedia ada yang memang ada pengalaman servis model Proton, maka aku cubalah buat servis major di sini. Tapi bab servis tu, nanti kita kongsi dalam entry yang lain. 


Secara ringkas, aku kongsi pengalaman aku servis kali pertama di sini. Bengkel ini ada 2 service bay, juga dua formen, tapi keadaan sekitar nampak kemas dan bersih. 


Ruang menunggu ada di tingkat atas, lengkap penghawa dingin dan televisyen. Ada cermin besar untuk kita tengok kereta yang sedang diservis. Sambil menunggu boleh minum dan makanan ringan juga disediakan. Buku-buku berkaitan otomotif dan bisnes pun ada termasuk akhbar harian.



Haa, untuk kaki FB, wassap dan seumpamanya, wifi percuma turut disediakan di ruangan menunggu. 


Turut dipamerkan sijil-sijil kemahiran milik formen yang bekerja di bengkel ini.


Dua orang formen yang tekun membaiki kenderaan. 


Okeh, ringkasnya, layanan di sini mesra, cekap dan agak pantas. Boleh buat temujanji awal sebelum datang servis. Harga insya Allah berpatutan sesuai dengan kualiti servis. Banyak juga servis tambah nilai yang diberikan berdasarkan foto-foto di atas. Formen juga berpengetahuan luas dan sedia melayan soalan-soalan dari pelanggan.


Mudah cerita, dari pengalaman aku sendiri, memang sangat digalakkan untuk korang cuba bengkel ini. Kalau ada nak bertanya atau buat tempahan, boleh hubungi penyelia bertugas, En Shameer di talian 01empat-74dua37lapan2 atau talian 04-3838146

8 comments:

Pyanto said...

Nampak kemas & professional bengkelnye. Tak banyak bengkel bumi yang macam ni.

Rifaie said...

haaa kalau duduk berdekatan bolehlah datang melawat

Chairol Nixam said...
This comment has been removed by the author.
Chairol Nixam said...

Nak tanya mcmmana nak pasang CAI tanpa guna soket fog lamp?, tak mau mcm abang buat pada kereta abang tapi masih kekal nampak tanpa sebarang modikasi, nak nampak masih suci, haha...

Rifaie said...

sorok belakang grill pun blh...

Chairol Nixam said...

Abg ada contoh gambar x? Senang nak buat nanti... boleh jadi reference pada saya nanti...

Rifaie said...

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/t1.0-9/p480x480/564568_591616880896555_379419782_n.jpg?oh=4317740dda2346f16ea10d2ad55bc13e&oe=55022954&__gda__=1426868773_8d49caf3f2e14721bd9cc7f5cd3abec0

boleh view tak photo ni?

Chairol Nixam said...

Terima kasih, Boleh.
ohhh mcm tu... ok, kalo kat bumper proton persona elegant boleh kut... nak cuba dulu...