DIY Lampu belakang Persona Elegance dengan harness Non-Elegance

Assalam, DIY sekali lagi. Kali ini kita buat versi rojak. Lampu belakang persona elegance dengan harness lampu persona pre-elegance hehe.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah, sepasang lampu elegance, sepasang harness lampu pre-elegance atau non-elegance, black tape, tork screw saiz 20 serta 10, dan wire stripper.

Maaf yer, foto senget, blogspot ni tak ada option untuk rotate foto.

Lampu
Harness
Mula-mula kita kena buka lampu untuk keluarkan board LED, board ni disambung ke harness menggunakan soket 3 pin, memandangkan harness kita tak ada soket tu, jadinya kita akan potong soket tu dan buat sambungan terus.




Soket ini terpaksa dipotong. Begitu juga dengan soket lampu brek di harness. Cara nak kenal soket mana yang kena dipotong, soket bulb tu ada tiga wayar berwarna hitam, hijau dan hijau berjalur putih.
Socket 3 pin elegance
Soket bulb di harness yang kena dipotong
Selesai dipotong, kita akan sambungkan wayar antara board LED dan harness. Di board LED ada tiga wayar berwarna merah, hitam dan hijau. Di harness pula ada tiga wayar berwarna hitam, hijau dan hijau berjalur putih.


Wayar merah untuk brek, wayar hitam untuk ground dan wayar hijau untuk lampu ekor / malam.


Wayar hitam untuk ground, hijau untuk brek dan hijau jalur putih untuk lampu ekor / malam.


Jadi kaedah sambungan dia begini, 
  • LED Board > Harness
  • Hitam > Hitam
  • Merah > Hijau
  • Hijau > Hijau jalur putih


Selesai sambungan pastikan balut dengan wire tape dengan kemas dan rapi.

Okey memandangkan harness ini bukanlah padanan dengan lampu elegance, makanya soket untuk bulb pun bukanlah plug and play. Jadi tugas seterusnya agak memerlukan kreativiti dan alatan seperti kikir dan pisau.





Dua foto pertama di atas menunjukkan soket asal sebelum dipotong. Dua foto seterusnya pula soket sudah dipotong dua latch dan lubang pada lampu diubah suai untuk memasukkan baki dua latch supaya boleh dipasang rapat dengan lampu. Latch dan macam mana lubang tu nak dibuat aku serahkan pada kreativiti korang. Tapi kena ingat soket lampu isyarat dan undur memang terpaksa diubah suai untuk dipadankan pada housing lampu.




Marking putih dibuat sebagai penunjuk untuk latch dimasukkan sebelum dipusing ke posisi lock. Proses ni kena dilakukan pada keempat-empat soket lampu isyarat dan undur. 

Peringatan, bulb lampu undur mesti ditukar dari 12v 20w kepada 12v 10w kerana saiz kepala bulb lebih kecil dan bulb asal tidak muat ke slot kecuali ditukar kepada bulb lebih kecil.



Selesai pendawaian, pemasangan diuji dan hasilnya, dapatlah lampu elegance dipasang dengan menggunakan harness lampu non elegance.

Berbaloi atau tidak DIY ini?
Jawapan aku terpulang, kalau bajet terhad untuk beli harness elegance pada harga RM45 sebelah, inilah alternatifnya, cuma kerja agak rumit dan memakan masa. Kalau minta tolong rakan barangkali kena belanja makan sikitlah hehe.

Kalau tak nak kaedah ni, belilah harness elegance, cuma kena ganti di soket kepala harness untuk sambungan ke kereta sahaja. Boleh rujuk pautan ini http://faieelegance.blogspot.com/2011/12/diy-persona-elegance-taillight-into.html

Sekian.

Comments

Unknown said…
Tq bro terbaeeekk
Unknown said…
APA NMA BGKEL TUAN..LOKASI DIMNA
Rifaie said…
tak der bengkel tuan, buat di rumah saja
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Salam bro..harness lampu belakang beli kat mn?sy kat sabah dh try cari tak dapat..pergi proton ckp tak da jual..sy nak beli harness lampu belakang persona sv..
Rifaie said…
saya beli di proton shoppe. ada jual harness dia. dulu harganya rm45 sebelah
Unknown said…
byak tukar kereta tiap2 forum bos huhu
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Menjadi terbaik bro