Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

DIY : Ganti LED Module Lampu Belakang Elegance

Assalamualaikum...

Ini entry pertama aku untuk 2013, kali ni kita DIY cara ganti LED module lampu belakang elegance. Aku rasa ramai yang tahu salah satu masalah biasa pada model elegance adalah lampu brek yang malap atau terbakar. Aku pun hairan kenapa proton tak buat recall untuk kes ini sebab sepanjang pengamatan aku, aku nampak kes seperti ni pada model exora juga.
kalau ada yang masih ingat ada rakan aku yang pasang lampu elegance pada persona model terdahulu, > Link di sini... Lampu elegance dia juga menghadapi masalah yang sama. Bimbang dengan kemungkinan bahaya yang mungkin timbul, dia cari inisiatif untuk ganti LED tu ataupun dengan set lampu baharu.
Harga untuk sebuah Persona LED Module kalau dibeli di proton adalah RM248.00. Agak mahal, kalau kereta anda masih ada jaminan, guna saja jaminan tu. Tapi kalau dah tak ada, terpaksalah cari alternatif lain. Rakan aku ni bernasib baik sebab ada sahabat yang lain dah ganti lampu belakang persona dia sebab lampu elegance dia pecah…