DIY Steering Audio Control Proton Persona

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buat pengguna Proton Persona Base Line macam saya sendiri, kadang-kadang tu teringin juga nak ada audio control dekat stereng, teringin nak DIY. Hari tu ada member nak jual stereng Persona High Line, aku pun belilah, sebab nak DIY menda ni.

Rujukan aku di link ni, credit kepada forumer Fuad Ended -> http://ppeoc.my/forum/do-it-yourself-diy/19619-steering-remote-control-untuk-radio-pe.html jadi sambil baca blog ni, rujuk juga di forum PPEOC tersebut untuk lebih jelas dan lebih foto.


Nampak macam rumit, tapi sebenarnya taklah, cuma perlukan dua wayar sahaja, yang leceh cumalah nak routing wayar tu dari stereng ke radio sebab kena buka banyak skru hehe.


Mula-mula selesaikan persiapan wiring dahulu. Nak bagi kemas gunalah connector pin yang sesuai supaya senang nak tanggal bila perlu.



Kena buka radio dan penutup hon stereng dulu. Sediakan tork screw untuk stereng.




Ok selesai wiring. Nampak macam post ni kurang informasi kan? Saja ja saya buat macam ni supaya anda rujuk di link yang saya dah berikan di atas.

Selamat mencuba! :)

Comments

Unknown said…
Salam...sy nk tanya, persona auto, ms enjin xhidup, bila masuk reverse gear, ada bunyi buzz dkt gearbox lbh krg 3-4 saat..
Unknown said…
Azizul. Dalam blog persona kwan dah tlog jwabkan. Enjin off msuk gear mmg ada bnyi geseran isyarat dari sensor
Rifaie said…
Azizul, saya harap jawapan Hafiza tu cukup untuk menjawab persoalan awak, saya pakai manual, jadi susah nk jawab soalan ni hehe
nazz said…
Salam, bukan dulu bro dah tukar stereng preve ke ?
Rifaie said…
hehe jual kat member stereng tu, dia duk mintak. kita pakai stereng persona balik haha.
boyroy said…
ada x cara nk pasang rear bumper led reflector
Rifaie said…
@boyroy,
reflector yang mana?
wan sgmt said…
Salam, fius box untuk cigarett 12v power tu kat mana ek? tak jumpe plak..
Rifaie said…
@wan smgt, dekat dalam kereta, sebelah pemandu, dekat2 throttle, dinding fender tu.
Mohd Shukur said…
Connector horn dan audio kat steering persona tu sama tak macam steering preve?
Rifaie said…
@ShuqFaqat,

Tak pasti tuan, saya tak pernah tengok yang preve punya socket type.
David said…
tuan, connector tu boleh DIY cruise control tak?
Rifaie said…
Cruise control? Cruise control lebih dari wiring tuan, kena setup dalam ECU sekali. Tak boleh enable setakat wiring sahaja. Kena reprograming ECU, silap2 kena tambah extra module.