DIY Throttle Body

Assalam dan selamat sejahtera. DIY kali ini berkaitan dengan komponen dalam enjin campro itu sendiri. Kali ini kita cuba cuci throttle body. Memandangkan dah empat tahun sejak dibeli memang aku tak pernah cuci  TB ni, maka kali ini aku nak cuba DIY cuci TB ni. Tak perlu banyak perkakasan sebenarnya, cuma spanar saiz 8 dan 10 sahaja.

Hehe maaf ruang enjin kereta rally memang kotor.

Untuk enjin campro IAFM, TB terletak di belakang kotak penapis angin. Jadi untuk mengakses TB, kena keluarkan kotak penapis angin dahulu, tak nak buka pun boleh, tapi nanti ruang jadi agak sempit dan terhad.

Tanggalkan juga paip laluan angin ini.

Inilah dia TB, tersorok sedikit, di atas link stereng kuasa.

Tak kotor sangat pada aku walaupun dah empat tahun dipandu, dengan jarak perbatuan lebih kurang 150 ribu KM. Tapi kalau dibersihkan lebih baik kan.

Kerja-kerja menanggalkan TB, ada empat skru semuanya, buka dengan cermat dan berhati-hati takut skru terjatuh di celah ruang enjin.

Jangan lupa tanggalkan juga satu soket dan satu paip getah di badan TB sebelum skru dibuka

Ok, rupa TB di luar enjin kereta, baru nampak kotornya hehe

Ini rupa inlet ke IAFM, jangan lupa lap dengan kain kering dan bersih.

Part number TB campro IAFM. Jenama BOSCH tu.



Untuk mencuci TB, digalakkan dapatkan TB cleaner di kedai alat ganti. Tapi memandangkan kerja aku ni ad-hoc, tak sempat nak mencari di kedai, aku cuci dengan petrol dan berus sahaja. Namun, ada pendapat yang tidak menggalakkan kaedah ini. Jadi dapatkan TB cleaner.Amcam? berkilat macam baharu tak?


Pasang semula TB, pastikan semua paip dan socket dipasang semula, skru dengan ketat dan kemas. Jangan terlalu ketat sangat, rosak "trip" skru nanti.


Pasang semula kotak angin dan sambungan ke TB, pastikan semua komponen yang ditanggalkan tadi dipasang dengan kemas dan rapi. Selesai pemasangan, jangan terus hidupkan enjin. TB perlu diset semula terlebih dahulu mengikut kaedah berikut.

  1. Masukkan kunci, pusing kunci sehingga posisi ON, maknanya semua lampu amaran menyala, jangan hidupkan enjin. Tunggu untuk 2 minit lebih kurang. Kemudian tutup kembali suis kunci.
  2. Dengan posisi kunci OFF, pijak paddle minyak sehingga habis, dan pusing semula kunci kereta ke posisi ON. Tunggu sekitar 10 saat. Anda akan mendengar bunyi "buzzing" dari ruang enjin.
  3. Lepaskan paddle minyak, kemudian cuba hidupkan enjin kereta anda.
Selamat mencuba!



Comments

Unknown said…
asslamualaikum bang..sy dh ikut cara kat atas utk cuci trottle body..tp selepas reset dan engine hidup,rpm jd gila..naik turun..x idle..
Rifaie said…
alaikumsalam, cuci dengan apa throttle body tu? ada kena bahagian electronic board dia tak?
Zeff Al-Qadry said…
Assalam, Persona tahun 2010. Masalah rpm tak idle, dlm jam selalu mati enjin. Tapi boleh start semula. Off aircond, kurang sikit problem RPM. Selalu terjadi bila cuaca panas dan dalam traffic jam.
Saya telahpun hantar ke workshop dan mekanik cuci TB. Selepas tu jadi semula. Nasihat mekanik,tukar TB(lebih kurang RM1k lebih).

Boleh dapatkan pandangan dan nasihat Tuan.

Terimakasih.
Rifaie said…
ada member pernah kena situasi ni. kalau nak ganti TB memang agak mahal, blh cuba cari yang terpakai, harga dalam 250-300 mcm tu. sebelum tu nak tanya, Fuel rail dah check dah?
Zeff Al-Qadry said…
Blm check fuel rail. Di bahagian mana tu?
Rifaie said…
bhgn blkg, atas enjin. tapi kes mcm ni selalu related ngn TB la.. kalau ada rakan-rakan model y sama, leh la pinjam dan swap dulu tgk
Mr SF said…
salam tuan,
saya mempunyai masalah yang sama.lepas tukar tb & sensor pedal situasi yg sama berulang.minta nasihat tuan.terima kasih
Rifaie said…
situasi apa tu bang?
Mr SF said…
situasi seperti En Zeff
Rifaie said…
saya tak pernah kena situasi ni, tp rakan saya pernah alami, dan masalah dia selesai selepas tukar throttle body dia
Unknown said…
Xtau le kes sm ke x...brmula taun lepas sy tuko intake besi.kete sy persona elegence taun 2012.milage da smpe 220k.mmg xde pilihn da sbb kete buat kje..utara sltn..kes ni da dkt setaun gak la smpe skrg.sbb ms tuko intake pomen tu service tb.lps tu pkai smggu 2 timing da gile.pstu bwk g kdai mmber cucok cmptr tunner.haaa...lgsung xle bca tb katanye...udah...snpe skrg tmn xtuko2 g.sbb mahei kn mende tu...
minta pertolongn n penjelasan tuan...
Rifaie said…
member pernah kena, kes tukaq fuel rail. kesudahannya meme tukar TB, tapi beli yang terpakai je la. abisla dalam 250 mcm tu
Unknown said…
Tuan..
nak tanya sikit..
throttle body persona ni boleh direpair tak??ada pomen yg boleh repair ka?
Rifaie said…
susah nak cakap tuan. sebab ada komponen elektronik. saya tak pasti kalau ada bengkel yang boleh baiki
Aizatijat96 said…
throttle body kalau kotor ape kesan dia eh cm prsona saya timing rndah n ble on econd engine mcm nk mati sbb tb kotor ke?
Cashzine said…
Salam tuan,sy mengalamai masalah bila start engine logo chek engine akan kluar dan kereta akan terus ter injut injut masa jalan,adaka masalah ini berkaitan dgn tb juga?tp bila off engine rehat skjp dan hidupkan semula logo cek engine tetap ada cuma kereta da xinjut dan bila logo ni menyala pickup kereta mcm lembab minta pandangan tuan
Rifaie said…
aizat,

kalau kotor biasa ni, rasanya takkan effect sampai RPM rendah. dah tengok spark plug / ignition coil?

farhan,
tak semestinya. mungkin kena hantar kereta ke bengkel untuk buat scanning. dari situ boleh tahu apa sebab lampu check engine menyala
Unknown said…
salam bang..nak tanye la..krete sy punye chek engine menyale..kdng2 bile tekan pedal minyak x de respon..matikn..on balik die ok tp chek engine tetap ade..knp ye
Unknown said…
salam bang..nak tanye la..krete sy punye chek engine menyale..kdng2 bile tekan pedal minyak x de respon..matikn..on balik die ok tp chek engine tetap ade..knp ye
Rifaie said…
eloklah bawak ke proton atau bengkel yang ada PDT scanner. bila dah scan baru kita leh tahu apa masalah dia. mgkn spark plug problem, mgkn ignition coil problem. jadi elok scan dulu.
Unknown said…
Kalau rpm jd rendah bile on ekon try pasang FICD toyota utk maintain kn rpm ble idle..fungsi dia boleh google..hihi..tp elok tukar tb sbb mmg tb da kong klu mcm tu..klu pakai cable boleh repair part dia..campro punye pki sensor tu yg xboleh repair..kalau ade yg boleh repair bgtaw ye..
Unknown said…
Kalau rpm jd rendah bile on ekon try pasang FICD toyota utk maintain kn rpm ble idle..fungsi dia boleh google..hihi..tp elok tukar tb sbb mmg tb da kong klu mcm tu..klu pakai cable boleh repair part dia..campro punye pki sensor tu yg xboleh repair..kalau ade yg boleh repair bgtaw ye..
Rifaie said…
apa benda FICD toyota tu bang? plug n play ke?
Unknown said…
Kalau nk tb sentiasa bersih..pasang oil catch tank..connect paip drpd breather head yg ke intake tb tu..sbb jd hitam dan kotor drpd breather..
Unknown said…
Kalau nk tb sentiasa bersih..pasang oil catch tank..connect paip drpd breather head yg ke intake tb tu..sbb jd hitam dan kotor drpd breather..
Rifaie said…
Berapa kos tu bang?
Unknown said…
bro nk tny? beli tb hrga 250 2 kt mna? kedai mne 2 bro? boleh bg location? mtk tlg bro.. wasap sy 0138926471
Unknown said…
assalam bang nk tny bang beli TB 2 hrga 250 2 kt mana bang? sy nk beli jgk.. 0137926471 klu abg free text sy bang kt wasap kedai mana 2..
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Rifaie said…
bukan saya yang beli, member yang beli. dia beli dari mudah.my
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Ada jual yg ori aku search google siap no part brag PW lah. Hrga baru RM350.00 ok r murah n tjamin masih baru n ori. Boleh search dkt mudah,aladin,lelong n dll
Unknown said…
2 harga promosi klau xpromosi RM500++ gak. Ambil baru r takut yg scondhand nsib xbaik kong blik cam aku dlu msa IAFM rsak ada org nk jual yg scond tpi pk2 blik xpe kmpul modal amik baru snag puas hti kng pkai yg scond buatnya nsib xbaik 2 3 bulan rsak plak dh kne tukar g.Alang2 hrga xjauh sgt beza boleh amik baru order dkt part proton(beli sndri dkt wakil jualan brag proton) jgn order dkt vendor coz hrga dh lain xpun tpi klau nk pkai scond pun xslah juz ikut nsib klau dpt yg ok r.Sbnarnya aku search boleh je sensor dkt TB ditukar juz xtau hrganya je r. Plihan d tgan anda.
Unknown said…
Saya pakai persona iafm, kalau pakai tb gen2 boleh tak?
Rifaie said…
saya rasa boleh, kalau gen2 iafm jugak. kalau non iafm / cps saya tak pasti. tapi kalau part number sama, insya Allah ngam
buah catur said…
Salam bang,nk mntak pendapat skit,kete sye lpas matikan enjin susah nk hdupkan blik,kene tggu 5-10 mnit bru bleh hdup,ade yg sruh buat grounding wire,tpi kdang2 mslah same jdi,susah nk hdup,mtk tlng bgi pendpat
Rifaie said…
susah nak hidup balik? crank ada bunyi? atau macam mana jadi bila start?
Unknown said…
Tekan minyak, jadi free walaupun ada gear.. tak ada respon minyak.
buah catur said…
Boleh start tpi enjin tak nak hidup bos,tggu 5-10mnit bru bleh hidup,mule2 ingat myak tak naik,bile cek oil pump ok je
Rifaie said…
@izwan, saya tak pernah kena situasi macam tu. mgkn ada komponen yang dah nk mula rosak. kereta ni drive pakai wire, mgkn blh cuba troubleshoot pada paddle minyak

@buah catur, mungkin starter problem?
Unknown said…
Salam tuan
Kete sy br pas overhoul
Mslh nye..kete sy jd semput2
Pomen kate tb
Minta pencerahan kit tuan
Rifaie said…
yup blh jadi TB, blh jd fuel pump, blh jadi fuel rail. tp memandangkan baru overhaul, kemungkinan besar TB lah
Unknown said…
Salam...nak tanya.kalau sensor pd throttle body rosak mmg ada effect pd gear ke?kereta gen2 auto(campro)
Unknown said…
Kalau Boleh nak cuci throttle body tu, jangan buka @ cabut sensor. yg lekat kt ctu, sbab nanti enjin korang idle dye x tentu, skejap naik skejap turun.. cuci je cam gtu dah, sembor ke pkai tb cleaner kt lubang2 sensor tu dah.. JGN Cabut seonsor.
Rifaie said…
@mohd asrol, saya tak pasti, tapi setakat saya tahu saya rasa tak ada effect pada transmisi sebab ada control unit yang berbeza untuk transmisi. boleh rujuk pada yang lebih pakar.

@mohmad azurol, terima kasih untuk tips :)
Unknown said…
selamat sejahtera.saya pakai produa viva..saya nak tanya sebab apa bila kita pandu masa kita tngah drive masa nak tukar gear atau berhenti..saya dah tak tekan minyak tapi rpm saya tinggi lambat turun…masa drive je..kalau masa parking tekan minyak ok je..xda masalah..cuma masa tngah drive tu…dah lepas minyak tpi rpm masih tinggi lambat turun..apa masalah dia..
Rifaie said…
@unknown,
kalau kereta masih bergerak, normal rasanya kalau RPM tu turun perlahan sebab dia selari dengan putaran enjin dan kelajuan semasa kereta
Unknown said…
Salam bang, sy guna saga blm. Masalah sy ialah apabila sy tekan minyak utk memotong, lampu check engine menyala. Bila menyala, sy matikan engine n rehat dalam 5 minit dan start engine semula, check pun terpadam semula. Kejadian ni jd ketika tekan minyak utk memecut. Pantang tekan lbh sikit, mesti menyala check engine. Apa masalahnya bang?
Unknown said…
Salam...bang...mcmne nk adjust pedal response....bleh ajar x
Unknown said…
Utk pengetahuan, kalau rpm turun naik, bunyi enjin tersedak, check engine light nyala, check OBD keluar fault code "Throttle Positioning Sensor", boleh la tukar baru. Beli original, jgn used sbb sensor TPS persona integrate ngn TB tu sendiri dan kita nak pakai lama. Benda ni tak boleh direpair (cuci je boleh). Alang2 cuci TB tu boleh juga buka MAP sensor sebelah intake utk dicuci jgk.

Kereta tuan2 diluar sana yg nyala lampu check light, cepat2la bwk bengkel check OBD. Jgn main agak je tukar sana sini. Mcm saya, dpt tahu check light nyala sebab soket sensor CPS longgar. Masalah semput bknnya TB semata2. Mu gkin juga fuel filter sumbat, fuel pump@wiring kong, spark plug dah hitam legam, sensor (5 semuanya) rosak dan mcm2 lagi. Harap membantu la ye.