Persona...Terpesona

Friday, January 31, 2014

DIY Throttle Body

Assalam dan selamat sejahtera. DIY kali ini berkaitan dengan komponen dalam enjin campro itu sendiri. Kali ini kita cuba cuci throttle body. Memandangkan dah empat tahun sejak dibeli memang aku tak pernah cuci  TB ni, maka kali ini aku nak cuba DIY cuci TB ni. Tak perlu banyak perkakasan sebenarnya, cuma spanar saiz 8 dan 10 sahaja.

Hehe maaf ruang enjin kereta rally memang kotor.

Untuk enjin campro IAFM, TB terletak di belakang kotak penapis angin. Jadi untuk mengakses TB, kena keluarkan kotak penapis angin dahulu, tak nak buka pun boleh, tapi nanti ruang jadi agak sempit dan terhad.

Tanggalkan juga paip laluan angin ini.

Inilah dia TB, tersorok sedikit, di atas link stereng kuasa.

Tak kotor sangat pada aku walaupun dah empat tahun dipandu, dengan jarak perbatuan lebih kurang 150 ribu KM. Tapi kalau dibersihkan lebih baik kan.

Kerja-kerja menanggalkan TB, ada empat skru semuanya, buka dengan cermat dan berhati-hati takut skru terjatuh di celah ruang enjin.

Jangan lupa tanggalkan juga satu soket dan satu paip getah di badan TB sebelum skru dibuka

Ok, rupa TB di luar enjin kereta, baru nampak kotornya hehe

Ini rupa inlet ke IAFM, jangan lupa lap dengan kain kering dan bersih.

Part number TB campro IAFM. Jenama BOSCH tu.



Untuk mencuci TB, digalakkan dapatkan TB cleaner di kedai alat ganti. Tapi memandangkan kerja aku ni ad-hoc, tak sempat nak mencari di kedai, aku cuci dengan petrol dan berus sahaja. Namun, ada pendapat yang tidak menggalakkan kaedah ini. Jadi dapatkan TB cleaner.Amcam? berkilat macam baharu tak?


Pasang semula TB, pastikan semua paip dan socket dipasang semula, skru dengan ketat dan kemas. Jangan terlalu ketat sangat, rosak "trip" skru nanti.


Pasang semula kotak angin dan sambungan ke TB, pastikan semua komponen yang ditanggalkan tadi dipasang dengan kemas dan rapi. Selesai pemasangan, jangan terus hidupkan enjin. TB perlu diset semula terlebih dahulu mengikut kaedah berikut.

  1. Masukkan kunci, pusing kunci sehingga posisi ON, maknanya semua lampu amaran menyala, jangan hidupkan enjin. Tunggu untuk 2 minit lebih kurang. Kemudian tutup kembali suis kunci.
  2. Dengan posisi kunci OFF, pijak paddle minyak sehingga habis, dan pusing semula kunci kereta ke posisi ON. Tunggu sekitar 10 saat. Anda akan mendengar bunyi "buzzing" dari ruang enjin.
  3. Lepaskan paddle minyak, kemudian cuba hidupkan enjin kereta anda.
Selamat mencuba!



42 comments:

haris sandora said...

asslamualaikum bang..sy dh ikut cara kat atas utk cuci trottle body..tp selepas reset dan engine hidup,rpm jd gila..naik turun..x idle..

Rifaie said...

alaikumsalam, cuci dengan apa throttle body tu? ada kena bahagian electronic board dia tak?

Zeff Al-Qadry said...

Assalam, Persona tahun 2010. Masalah rpm tak idle, dlm jam selalu mati enjin. Tapi boleh start semula. Off aircond, kurang sikit problem RPM. Selalu terjadi bila cuaca panas dan dalam traffic jam.
Saya telahpun hantar ke workshop dan mekanik cuci TB. Selepas tu jadi semula. Nasihat mekanik,tukar TB(lebih kurang RM1k lebih).

Boleh dapatkan pandangan dan nasihat Tuan.

Terimakasih.

Rifaie said...

ada member pernah kena situasi ni. kalau nak ganti TB memang agak mahal, blh cuba cari yang terpakai, harga dalam 250-300 mcm tu. sebelum tu nak tanya, Fuel rail dah check dah?

Zeff Al-Qadry said...

Blm check fuel rail. Di bahagian mana tu?

Rifaie said...

bhgn blkg, atas enjin. tapi kes mcm ni selalu related ngn TB la.. kalau ada rakan-rakan model y sama, leh la pinjam dan swap dulu tgk

Mr SF said...

salam tuan,
saya mempunyai masalah yang sama.lepas tukar tb & sensor pedal situasi yg sama berulang.minta nasihat tuan.terima kasih

Rifaie said...

situasi apa tu bang?

Mr SF said...

situasi seperti En Zeff

Rifaie said...

saya tak pernah kena situasi ni, tp rakan saya pernah alami, dan masalah dia selesai selepas tukar throttle body dia

Khairul Izwan said...

As salam

Khairul Izwan said...

Xtau le kes sm ke x...brmula taun lepas sy tuko intake besi.kete sy persona elegence taun 2012.milage da smpe 220k.mmg xde pilihn da sbb kete buat kje..utara sltn..kes ni da dkt setaun gak la smpe skrg.sbb ms tuko intake pomen tu service tb.lps tu pkai smggu 2 timing da gile.pstu bwk g kdai mmber cucok cmptr tunner.haaa...lgsung xle bca tb katanye...udah...snpe skrg tmn xtuko2 g.sbb mahei kn mende tu...
minta pertolongn n penjelasan tuan...

Rifaie said...

member pernah kena, kes tukaq fuel rail. kesudahannya meme tukar TB, tapi beli yang terpakai je la. abisla dalam 250 mcm tu

MUHAMMAD SHAHZAIN ABU BAKAR said...

Tuan..
nak tanya sikit..
throttle body persona ni boleh direpair tak??ada pomen yg boleh repair ka?

Rifaie said...

susah nak cakap tuan. sebab ada komponen elektronik. saya tak pasti kalau ada bengkel yang boleh baiki

Aizat Ijat said...

throttle body kalau kotor ape kesan dia eh cm prsona saya timing rndah n ble on econd engine mcm nk mati sbb tb kotor ke?

farhan amiziey said...

Salam tuan,sy mengalamai masalah bila start engine logo chek engine akan kluar dan kereta akan terus ter injut injut masa jalan,adaka masalah ini berkaitan dgn tb juga?tp bila off engine rehat skjp dan hidupkan semula logo cek engine tetap ada cuma kereta da xinjut dan bila logo ni menyala pickup kereta mcm lembab minta pandangan tuan

Rifaie said...

aizat,

kalau kotor biasa ni, rasanya takkan effect sampai RPM rendah. dah tengok spark plug / ignition coil?

farhan,
tak semestinya. mungkin kena hantar kereta ke bengkel untuk buat scanning. dari situ boleh tahu apa sebab lampu check engine menyala

Ansa Ruddin said...

salam bang..nak tanye la..krete sy punye chek engine menyale..kdng2 bile tekan pedal minyak x de respon..matikn..on balik die ok tp chek engine tetap ade..knp ye

Ansa Ruddin said...

salam bang..nak tanye la..krete sy punye chek engine menyale..kdng2 bile tekan pedal minyak x de respon..matikn..on balik die ok tp chek engine tetap ade..knp ye

Rifaie said...

eloklah bawak ke proton atau bengkel yang ada PDT scanner. bila dah scan baru kita leh tahu apa masalah dia. mgkn spark plug problem, mgkn ignition coil problem. jadi elok scan dulu.

Zulhilmi Nizam said...

Kalau rpm jd rendah bile on ekon try pasang FICD toyota utk maintain kn rpm ble idle..fungsi dia boleh google..hihi..tp elok tukar tb sbb mmg tb da kong klu mcm tu..klu pakai cable boleh repair part dia..campro punye pki sensor tu yg xboleh repair..kalau ade yg boleh repair bgtaw ye..

Zulhilmi Nizam said...

Kalau rpm jd rendah bile on ekon try pasang FICD toyota utk maintain kn rpm ble idle..fungsi dia boleh google..hihi..tp elok tukar tb sbb mmg tb da kong klu mcm tu..klu pakai cable boleh repair part dia..campro punye pki sensor tu yg xboleh repair..kalau ade yg boleh repair bgtaw ye..

Rifaie said...

apa benda FICD toyota tu bang? plug n play ke?

Unknown said...

Kalau nk tb sentiasa bersih..pasang oil catch tank..connect paip drpd breather head yg ke intake tb tu..sbb jd hitam dan kotor drpd breather..

Saifulbahari Semut said...

Kalau nk tb sentiasa bersih..pasang oil catch tank..connect paip drpd breather head yg ke intake tb tu..sbb jd hitam dan kotor drpd breather..

Rifaie said...

Berapa kos tu bang?

Tok Janggut said...

bro nk tny? beli tb hrga 250 2 kt mna? kedai mne 2 bro? boleh bg location? mtk tlg bro.. wasap sy 0138926471

Tok Janggut said...

assalam bang nk tny bang beli TB 2 hrga 250 2 kt mana bang? sy nk beli jgk.. 0137926471 klu abg free text sy bang kt wasap kedai mana 2..

Tok Janggut said...
This comment has been removed by the author.
Rifaie said...

bukan saya yang beli, member yang beli. dia beli dari mudah.my

Hafiza Humaira said...
This comment has been removed by the author.
Hafiza Humaira said...
This comment has been removed by the author.
Hafiza Humaira said...

Ada jual yg ori aku search google siap no part brag PW lah. Hrga baru RM350.00 ok r murah n tjamin masih baru n ori. Boleh search dkt mudah,aladin,lelong n dll

Hafiza Humaira said...

2 harga promosi klau xpromosi RM500++ gak. Ambil baru r takut yg scondhand nsib xbaik kong blik cam aku dlu msa IAFM rsak ada org nk jual yg scond tpi pk2 blik xpe kmpul modal amik baru snag puas hti kng pkai yg scond buatnya nsib xbaik 2 3 bulan rsak plak dh kne tukar g.Alang2 hrga xjauh sgt beza boleh amik baru order dkt part proton(beli sndri dkt wakil jualan brag proton) jgn order dkt vendor coz hrga dh lain xpun tpi klau nk pkai scond pun xslah juz ikut nsib klau dpt yg ok r.Sbnarnya aku search boleh je sensor dkt TB ditukar juz xtau hrganya je r. Plihan d tgan anda.

Mohd Zafie Nazimuddin said...

Saya pakai persona iafm, kalau pakai tb gen2 boleh tak?

Rifaie said...

saya rasa boleh, kalau gen2 iafm jugak. kalau non iafm / cps saya tak pasti. tapi kalau part number sama, insya Allah ngam

buah catur said...

Salam bang,nk mntak pendapat skit,kete sye lpas matikan enjin susah nk hdupkan blik,kene tggu 5-10 mnit bru bleh hdup,ade yg sruh buat grounding wire,tpi kdang2 mslah same jdi,susah nk hdup,mtk tlng bgi pendpat

Rifaie said...

susah nak hidup balik? crank ada bunyi? atau macam mana jadi bila start?

Mohd Izwan bin Abd Latiff said...

Tekan minyak, jadi free walaupun ada gear.. tak ada respon minyak.

buah catur said...

Boleh start tpi enjin tak nak hidup bos,tggu 5-10mnit bru bleh hidup,mule2 ingat myak tak naik,bile cek oil pump ok je

Rifaie said...

@izwan, saya tak pernah kena situasi macam tu. mgkn ada komponen yang dah nk mula rosak. kereta ni drive pakai wire, mgkn blh cuba troubleshoot pada paddle minyak

@buah catur, mungkin starter problem?