Ganti Absorber Link Proton Persona - Bunyi Ngek Ngok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masuk mileage lebih kurang 220,000 km ada bunyi ngek ngok dari bahagian belakang. Bunyi kuat tambah-tambah bila langgar speed bump atau masa naik dan turun kereta, paling ketara bila naik sorang-sorang tanpa penumpang.

Jadi saya bawa ke satu bengkel yang dicadangkan seorang rakan untuk diperiksa.



Formen pun mula kan operasi hehe



Selepas dibelek-belek, nampaknya absorber link dah rosak, getah bushing dah terkoyak menyebabkan bahagian besi pada link bergesel pada bracket. Sebab itulah terhasilnya bunyi ngek ngok tu.



Jadi isu sebelah pemandu dah dikenalpasti, sekarang formen check sebelah penumpang pula.



Formen kata sebelah penumpang nampak ok lagi, tapi memandangkan aku nak jimat upah pasang, aku minta ganti dua-dua belah sekali.



Foto atas sebelah penumpang, foto bawah sebelah pemandu.





Ini foto absorber link yang paling rosak teruk, bahagian sebelah pemandu haha. Maklumlah lebih berat :P








Alhamdulillah, selamat diganti. Lepas ganti kereta rasa kejap sedikit dan senyap macam sedia kala hehe.


Comments

Melly Melody said…
workshop ni dekat mana ? bagus ea..harga tulang anjing tu berapa ?
Rifaie said…
@melly, sekitar sg petani. harga saya pun dah lupa, tapi kalau tak salah dalam 60-70 mcm tu
Unknown said…
Ni org panggil tulang anjing..baru jgk tukar ni..
Rifaie said…
yeszaa tulang anjing, tapi kalau pegang tak payah sertu haha
MOHD FIRDAUS said…
bengkel ni kt belakang taman sinar intan ni..formen dia jjur..tapi bos dia jnis tapau
Rifaie said…
mungkin hari tu saya buat dengan formen la kut, harga pada saya berpatutan, kerja pun kemas.
Unknown said…
Workshop ni di sg petani dekat mana ya....
zyklon089 said…
Kereta saya myvi 1.3 model lagi best. Sy suda tukar arm boost belakang dan depan. Tapi setelah tukar kepada yang baru,masalah baru lagi muncul.tak cukup setengah jam pandu kereta. bunyi baru lagi kedengaran seperti bunyi kipas kapal terbang datang dari bahagian belakang kereta. Saya jadi buntu + sakit kepala.kos tukar arm boost saja suda cecah rm500.sekarang timbul lagi masalah lain tapi sy x tahu apa lagi masalah kereta saya sekarang. Ada sesiapa yg mengalami masalah seperti saya,? tolong share infonya.
Rifaie said…
@dsya kir,
Kawasan sungai petani selatan, taman sinar intan. lebih kurang macam tu lah

@zyklon089,
Boleh jadi bearing tayar yang berdengung tu
Unknown said…
Hello saya baru juga tukar tulang anjing atas bawa kreta waja.. sbelah kanan tapi masih mengeluarkan bunyi.. absorber ok lagi.. apa masalahnya lg ni bantu2 dulu tq
Rifaie said…
@Dickson, sebenarnya banyak lagi joint getah kat bahagian suspension kereta, kena check tiap2 join tu, kadang2 fizikal nampak elok, tapi kalau ada air/lembapan dalam getah tu kadang2 boleh jadi bunyi jugak sebab karat.