Skip to main content

200k km mileage


Alhamdulillah, salam Ramadhan al Mubarak kepada semua penganut Islam yang berpuasa. Lama sangat tak ada entry, dan entry kali ni pun biasa saja. Tak ada yang istimewa sangat. Masuk usia 5 tahun Persona aku, baru-baru ni mileage dah mencecah 200k, ketika entry ditulis mileage dah masuk 201,000km dah pun hehe.

200,000km dalam masa 5 tahun, lebih kurang 40k km setahun, atau 3,333km sebulan, ke mana aku dah pergi? Semenanjung Malaysia dah habis pusing, termasuk selatan thai. Hehe.

Masalah? Ada la bunyi rattling kat bahagian vent aircond, itu pun minima saja. Suspension ada bunyi sikit-sikit bila lalu speed bump. Selain itu, tak ada bunyi pelik-pelik kedengaran.

Servis? Normal servis, minyak enjin, filter, spark plug. Timing belt dah buat dua kali. Waterpump masih guna yang dari timing belt masa pertama kali tukar, tensioner pun dari mileage 40k, sebab pernah claim masa dalam warranty, ada bunyi cengkerik sikit-sikit bila buka aircond.

Major problem? Alhamdulillah belum ada, power windows pun masih asal dari kilang, tak pernah rosak, kecuali ada sekali regulator terjatuh sikit, cuma skrukan semula bagi ketat saja. 

Alhamdulillah, semoga terus berkhidmat dengan baik. Nak jual pun rasa sayang sangat dah. Agaknya pakai selagi masih dalam keadaan baik lah, kalau tidak pun sampai habis loan hehe.

Comments

Zulkifli Ahmad said…
Assalamualaikum bro, nk tny skit, penah buat DIY utk speaker dpn dak? Klu penah nk mntk tlg tunjuk ajaq cmna nk buat.. tq
Terima kasih tuan di atas perkongsian yang bermanfaat.. saya juga pengguna Proton Persona sejak 7 tahun yang lalu.. blog tuan banyak membantu saya.. terima kasih.
Rifaie said…
Tuan Zulkifli Ahmad,

Waalaikummussalam, speaker depan saya DIY juga, tapi masa tu belum kaki menulis blog lagi hehe. Saya beli speaker asal persona tapi yang terpakai, tarik wiring dari radio. ada la kerja-kerja teknikal sikit kena buat.

TUan Mohd Fairus,

Alhamdulillah, sama2. sekadar berkongsi yang termampu
Zulkifli Ahmad said…
Tuan Rafaie,

Memang kena tarik wayar dari radio ka? Sbb ada yg kata dah mmg ada wayar kat tepi pintu, cuma kena korek2 sikit, sbb dia balut dgn wayar power window etc. btui ka camtu? mohon penjelasan tuan. Tq.
Rifaie said…
kalau model awal 2010, saya rasa ada. tp kalau dah model sekarang ni barangkali dah dibuang. macam dulu, model 2010 ada wire foglight sekali soket lagi.. masuk 2012 dah xdak wiring tu dah. kalau ada wayar di pintu sekalipun, kena ada kemahiran nak kenal pasti wire tu nnt hehe

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.
Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.
Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.
Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.

Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.




Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sint…