Persona...Terpesona

Thursday, March 5, 2015

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.

Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.

Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.

Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.


Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.





Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sintetik harganya RM158.00.



Okey, fokus semula pada kerosakan. Pemeriksaan awal mendapati kebocoran berpunca dari oilsump sendiri. Mungkin gasket dah bocor kata formen. Kesan minyak dibersihkan. Cadangan asal formen nak ganti gasket, kemudian bila dia nak longgarkan skru gasket, didapati ada beberapa skru dah longgar sedikit. 

Jadinya teori bertukar, barangkali bocor berpunca dari skru yang dah longgar, ada ruang pada sambungan antara enjin dan oil sump jadi sebab tu berlaku kebocoran. Macam mana boleh longgar? Mungkin faktor penggunaan kereta, dipandu hari-hari di laluan tak rata jadi gegaran tu menyebabkan skru tu lama-lama longgar. Oil sump ni memang tak pernah diusik sepanjang pengetahuan aku, 5 tahun dan hampir 200,000 km.

Kesimpulan, formen ketatkan skru semula, kemudian enjin dihidupkan untuk beberapa ketika dan dipantau di sekitar oil sump untuk melihat sekiranya ada punca kebocoran. Setelah berpuas hati tiada kebocoran baharu dikesan, formen cadangkan aku guna dahulu sambil pantau takat minyak enjin dan datang semula ke bengkel dalam seminggu dua ni untuk pemeriksaan susulan.








Tamat cerita leaking untuk sementara, Sekarang fokus kepada isu suhu enjin yang naik turun tak menentu. Setelah semua sambungan hos diperiksa, tiada kebocoran dikesan. Namun, ada satu simptom yang dapat dikesan, kipas radiator tak berpusing sewaktu enjin hidup. Cuma kipas aircond sahaja yang berfungsi.

Jadi kesimpulannya kenapa suhu boleh naik turun tiba-tiba sahaja adalah kerana bila enjin overheat, kebetulan kipas aircond berpusing untuk menyejukkan kabin kereta jadi radiator disejukkan sedikit kerana bantuan kipas aircond. Bila kipas aircond berhenti, suhu akan naik semula. Begitulah kitarannya sekiranya aircond digunakan. Seandainya aircond dimatikan, enjin akan overheat. 

Persona Elegance kiranya agak beruntung sebab kipas radiator dan aircond adalah berasingan, jadinya sewaktu kipas radiator rosak, suhu enjin disokong oleh kipas aircond. Walaupun tidak seratus peratus membantu, setidaknya dapat mengawal suhu enjin dari terus overheat.

Tapi kalau anda pengguna Persona edisi awal, kipas pada radiator cuma ada satu sahaja.




Memandangkan bajet yang agak ketat, aku dikira bernasib baik sebab kebetulan ada radiator terpakai di bengkel. Kerja-kerja "swapping" kipas dengan segera dimulakan.



Walau bagaimanapun, ada cabaran menanti, rupanya buatan radiator tak sama. Radiator terpakai itu keluaran APM manakala kereta aku Denso. Jadi rangka dan motor kipas juga berbeza, tapak skru juga ada sedikit perbezaan. 

Setelah sesi "brainstorm" selama beberapa minit, keputusan dibuat untuk mengambil keseluruhan "assembly" kipas dari radiator APM dan dipasang pada radiator Denso dengan sedikit ubahsuai pada tapak skru.
Kipas dari radiator APM sedang ditanggalkan
Radiator APM
Kipas radiator Denso
Radiator Denso
Motor denso yang lebih kecil
Motor APM
Atas, kipas Denso dan bawah kipas APM
Cubaan memasukkan motor APM ke braket kipas Denso

Apa-apa pun aku mohon maaf sebab tak dapat sertakan foto kerja "swapping" dan "finishing" kerana terpaksa meninggalkan bengkel atas urusan kerja. Secara keseluruhan masa overheat selesai, dan masalah leaking masih dalam pemantauan.

Sekian.

3 comments:

Hazli Haqimi said...

Salam bro..milage dah 200k kene service oil sump..wajib utk campro..sekadar nasihat..nnt kena full overhaul..huhu

Hafiza Humaira said...

Npe xtukar motor fan je?Aku prnah terjadi Temp naik g SC check mtor fan rsak on aircond Temp naim off baru ok blik n juz tukar mtor fan ori proton jnama bosch RM350 xyah tukar fan set smua tpi member ckp klau bli sparepart bwah RM200 huhu dah tdesak tukar je.

Rifaie said...

@hazli, terima kasih utk info. aku tak tahu lak mcm tu, mileage dah 250k ni. nak servis apa oil sump tu? mohon share skit

@hafiza, kalau tengok pada cerita tu, sebab tak dapat motor fan jenama yang sama, aku model denso, yang aku dapat model APM, tu terpaksa swap sekali housing motor hehe.