Enjin personaku berbunyi....

Assalam,

Kalau nak dikira, kurang lebih lima tahun aku memandu kereta aku, tak pernah lagi kedengaran bunyi pelik dari enjin. Jangankan IAFM, teppet pun elok je diamnya. Alkisah di satu malam yang hening, masa tu aku nak keluar makan malam, hidup saja enjin kereta, aku terdengar bunyi ni.



Masa tu apa lagi, kelam kabut matikan enjin. Terus buka bonet, dah macam doktor dah, semua dibelek, semua ditekan, semua diketuk-ketuk. Tapi bunyi tak hilang juga. Bunyi seolah macam ada skru yang tertanggal dalam enjin kereta, makin pedal minyak ditekan, makin rancak bunyi tu. 

Memandangkan aku tak ada pilihan selain menyerahkan kepada yang pakar, maka kereta terus dihantar ke Nusantara Auto Garage. Dah jadi bengkel panel untuk kereta aku dah memandangkan formennya yang berpengalaman membaikpulih model keluaran Proton.



Mula-mula sekali cover atas engine dibuka, pemeriksaan di sekitar kawasan enjin dan IAFM. Tak ada benda yang longgar atau tertanggal ditemui


Kemudian di sekitar timing belt, sama, tak ada yang luar biasa.


Kemudian, keputusan untuk membuka keluar accessories belt dibuat. 



Aksesori belt dikeluarkan.


Kemudian, formen hidupkan enjin. Eh, bunyi enjin kembali normal. Makanya punca masalah berjaya dikecilkan skopnya. Teori awal formen, mungkin kena tengok di water pump atau pulley di enjin. Nak dijadikan cerita sambil tangan memusingkan pulley secara manual untuk mengesan punca bunyi, kelihatan sebutir batu kecil dalam laluan accessory belt.


Usaha mengeluarkan batu kecil itu dilakukan, kemudian accessory belt dipasang semula untuk diuji. Alhamdulillah, bunyi aneh dari enjin dah tiada. Hehe tersengih aku sorang-sorang. Aku rasa batu tu mungkin datang dari tempat kerja memandangkan laluan ke tempat kerja aku memang melalui kawasan berpasir dan berbatu.



Selesai semua, formen lap sikit enjin dan tambah air dan apa yang perlu. 


Terima kasih Nusantara Auto Garage! 

Comments

holiday inn said…
as salam Rifaie bleh sy tahu tak kat mana bengkel krta ni? sy area kulim.

satu lg kreta pesona sy dh dua kali tukar crak sensor pertama jg di tengah jalan n pomen bt di tepi jalan tanpa tuning n selepas 3 bln pesona sy jadi balik sintom sintom mcm crak sensor nak rosak (abs,pintu,hand break menyala dan aircond on off) dlm 2 3 saat ok n lama sikit jadi balik kdang kadang lama br jd pi bengkel cek dia kata crak sensor problem dan tukar selepas 2 minggu hand break menyala n air cond on off jd balik mcm ari tu tp sekali je n x jd lg sehingga comment ini di beri leh tau tak apa yg masaalah
Rifaie said…
worksyop ni di wakaf setee aishah, masuk dari lot kedai, sebaris dgn jeruk madu pak ali, tapi kedai ni di hujung blok. mgkn boleh p check kereta dekat diorang sbb diorang specialist proton
speedrider said…
berapa harga labor cost chek ni Paie
Rifaie said…
depa kata bg la berapa pun. aku bagi rm20 sebab tgk teruk smpi kena buka mounting...
Jian said…
Hi bro,

Macam mana buka cam gear cover tu?
Sebab aku pernah cuba tapi kena ditahan oleh engine mounting besar tu.

Sila ajar.
Thank you.
Rifaie said…
cam cover? yang mana satu bro?

top cover engine, buka skru je. yang timing belt punya cover tu pun pakai skru je.. cuma jadi sempit sebab ada paip aircond