DIY : Ganti bateri kunci "central locking"

Assalam semua. Entri DIY kembali lagi hehe. Satu ciri-ciri standard bagi semua model Persona adalah kunci sepusat (central locking). Sistem ini membolehkan kunci kenderaan dibuka dari luar secara kawalan jauh "remote". Namun, dari masa ke semasa, bateri yang digunakan untuk sistem ini akan menjadi lemah dan kehabisan kuasa. Antara simptom yang dikenalpasti menjadi keperluan untuk menggantikan bateri adalah :


  1. Central locking gagal diaktifkan melalui kunci
  2. Jarak yang lebih hampir diperlukan untuk mengaktifkan central locking
  3. Sistem penggera tiba-tiba berbunyi selepas kereta dikunci beberapa ketika

Oleh itu, anda perlu menggantikan bateri di dalam kunci. Saiz bateri adalah saiz CR2016, boleh didapati di kedai-kedai kamera ataupun kedai jam. Harga bergantung kepada jenis dan barangkali lokasi kedai juga. Saya memperoleh bateri pada harga Rm10 seunit, dan anda memerlukan dua keping bateri bersaiz CR2016.



Cara membuka kunci, terdapat satu skru di bahagian belakang, buka dengan cermat dan pisahkan bahagian "faceplate" dan "backplate".




Seperkara yang perlu diberikan perhatian khusus, pastikan cip "immobilizer" tidak tertanggal atau hilang. Sekiranya halang, anda tidak akan dapat menghidupkan kereta anda, cip ini terletak di lokasi backplate sebelah bawah. Rujuk foto di bawah untuk lebih maklumat. 


Seterusnya ganti bateri anda, keluarkan yang lama, masukkan yang baharu, pastikan bahagian terminal positif menghadap ke atas untuk kedua-dua set bateri tadi. Setelah dipastikan pemasangan anda kemas, baharulah dipasang semua kedua-dua "faceplate" dan "backplate" kunci bersama, kunci dengan kemas dan ketat. Pastikan juga immobilizer berada di lokasi asal kunci.



Akhir sekali, uji pemasangan anda pada kereta anda. :)


Comments

Budak Kampung said…
Tuan..agak2 persona bline ni bole mod seat belakang supaya boleh lipat x? Kalo tuan tau boleh share yer.. tq
Rifaie said…
haha seat belakang base line ni fix, dah diskru pada frame kereta, kalau nk buka juga, kena buka skru dulu. cuma satu benda nk share, kalau nk boleh lipat juga, kena pasang seat belakang m/h line pada kereta
ali said…
Terima kasih..Entry yang bermanfaat
arshad_selayg90 said…
Ptut la tukat bteri kunci tak hidup terus engin... Ada immobilizer cip apa jadah ntah... Canggih gak persona ni eh. Ada sistem komputer box cip bagai...huhu..
arshad_selayg90 said…
Ptut la tukat bteri kunci tak hidup terus engin... Ada immobilizer cip apa jadah ntah... Canggih gak persona ni eh. Ada sistem komputer box cip bagai...huhu..
arshad_selayg90 said…
Ptut la tukat bteri kunci tak hidup terus engin... Ada immobilizer cip apa jadah ntah... Canggih gak persona ni eh. Ada sistem komputer box cip bagai...huhu..
Rifaie said…
hati2 jangan tercicir immobilizer tu, tak hidup kereta nnt :P
apis said…
Ty bos.. Xtau plak bateri dia cepat habis.. Tak sampai 2 tahun dah kena tukar.. Tekan2 xnk unlock.. Ingat kunci rosak ke apa.. Baru nak gegar proton center :p
Rifaie said…
hehe biasalah boss... lambat cepat ikut cara penggunaan kita
Unknown said…
Asmlkm semua..just nak bertanya, dalam seminggu dua ni saya perasan bila saya nak lock dan unlock Persona saya, tak semua tombol pintu tu terbuka..kadang2 terbuka 3, 1 x terbuka..kadang2 terbuka 2, 2 lagi x terbuka..adakah punca dari bateri kunci tu? Dari mula beli kereta tahun 2012 sampai hari ni x pernah tukar lagi bateri tu..mohon info dari tuan2 semua..ty
Rifaie said…
alaikummussalam, saya fikir tak. mungkin kena tgk actuator pada pintu
Unknown said…
Salam All,

Saya baru beli Persona Elegance (2013 Model), jarak Alarm dia tak jauh la.. jarak 6 Meter dah tak dapat (Bateri Baru). memang cam tu ke ? atau ada problem ? Please Guide..
Rifaie said…
try dari sudut mana bang? transmitter central lock proton ada kt bonet belakang. cuba try dari belakang keta
Shuk said…
kalau ada lock yg tak terbukak tu kena check piston kunci yg fungsinya tolak lock tu... ganti piston tu ok la dia nnt
Rifaie said…
piston tu nama asal dia door actuator kalau tak salah, ada jugak yang panggil door gun
Unknown said…
Kereta saya ad sesetengah tempat x blh nk lock pkai remote..blh bg sebab die x?bteri bru tukar
Unknown said…
Kereta saya ad sesetengah tempat x blh nk lock pkai remote..blh bg sebab die x?bteri bru tukar
Rifaie said…
sesetengah tempat tu maksudnya?

sesetengah jarak?
sesetengah bahagian kereta?
sesetengah pintu?

hehe
Unknown said…
Sy gagal unlock persona sy..ada bunyi "trrrrrt trrrrt" adakah kerana bateri remote?..
Rifaie said…
bunyi tu dari mana? remote?

kalau guna kunci boleh?
Unknown said…
& ada yg pnggil center log.
Unknown said…
& ada yg pnggil center log.
Unknown said…
As salam...mntok tnyo pado smuo yg thu hrgo tuk manifold inteke tuk persona berapo satu,ado bunyi bising@menukang doh d manifold kereto.
Unknown said…
As salam..nak tnye tuan..knapa saya nk bukak kunci guna manual tp x boleh...
Rifaie said…
@ridzuan, intake magnifold persona agak mahal kalau beli dari proton shoppe, harga lebih kurang 600++, saya cadangkan tuan google workshop zordaq motorsport untuk dapatkan harga lebih murah kalau tuan tinggal sekitar lembah klang

@unknown, manual? maknanya masukkan kunci kat pintu driver ke?
Unknown said…
Saya ada problem dgn lock/unlock, bila unlock lepas tu buka pintu kereta, pastu jadi lock balik
Rifaie said…
@zafie, lock lepas masuk dalam keta ke?
Unknown said…
biasa masa bukak pintu, pintu lock, pintu driver boleh buka masalah yg lain jadi lock
Rifaie said…
ikut apa yang saya faham, macam masalah central locking?
Unknown said…
Salam
Maaf nak Tanya
Kunci Kereta persona sy tak boleh buka unlock Dgn cara manual
Tapi guna remote Blh
Apa masaalah nya, SB jika battery habis x Blh buka pintu
Terima kasih
Abi Rahman said…
salam bro rafie...sy nak tanya,skrg ni kereta persona saya B-line (M)kunci dan buka scara manual,tak boleh pakai button..kalau cuba tekan,nanti kluar lampu kelip2 kat dashboard...apa puncanya ye? kena ganti bateri jugak ke? ke mslh dari dalam kereta sndiri? wiring contohnya...help me pls
Unknown said…
Hi Bro Abi Rahman , saya penah kena masalah yang sama, biasanya salah satu pintu masih detect tak tutup, cuba check bonnet depan kereta di bahagian motor viper ada satu suis, mungkin suis tu patah atu motor viper punya nut longgar sebab mounting suis tu dikepilkan sekali dengan suis tu
Rifaie said…
@az mar, kalau guna kunci tak boleh? means dah masukkan kunci, pastu tak boleh unlock? macam tu?

@abi rahman, lampu kelip2 kat dashboard maknanya alarm activated dan belum di reset. masuk kunci, pusing smpi on, jangan start, kemudian tekan button yang ada icon titik dekat2 hazard light tu, tgk lampu tu terpadam atau masih berkelip tak. mungkin cakap zafie tu ada betulnya.
zakwan said…
salam. saya punya kunci klu lock auto hanya pintu driver shj yg fungsi, kalau manual, dua pintu depan shj yang berfungsi. los tu ada kelip merah dan kereta tak boleh start. lps tu bunyi horn dia tak mcm biasa, mcm bunyi hotn yg sakit tekak. apa masalah ye. kalau
Rifaie said…
@zakwan, kalau kunci sebelah pemandu tu ditekan dengan tangan, semua pintu terkunci tak?
zakwan said…
@rifaie, tak terkunci jugak, tapi tak pe tuan, lps saya ganti bateri semua dah ok. tak cukup power rupanya. Terima Kasih atas respon balas tuan.
Rifaie said…
alhamdulillah, maaflah sebab tak dapat membantu, tapi lega bila tahu dah selesai :)
Unknown said…
Assalamualaikum...nk tanye...sape tau kenape alarm persona sy tetiba bukak sendiri & tutup sendiri..
Rifaie said…
selalu parking tengah panas ke
Unknown said…
salam,keta persona saya tak leh lock guna remote. masa check kunci tukang kunci kata remote ok. so agakny apa problem pada keta lak?terima kasih
Rifaie said…
@mior, saya pun tak pasti, tapi boleh mula check fius utk central locking dulu, blh jadi juga transponder / receiver signal pada kereta ada masalah. cuma saya tak pernah alami, jadi saya tak pasti.
Unknown said…
Assalamualaikum. Kedua dua kunci tak berfungsi walaupun dah tukar battery. Terpaksa guna manual. Pergi tnya kedai, dia cakap kena tukar alarm satu set. Ada cara lain yang lagi murah tak?
Rifaie said…
@farid, apa yang jadi kat kereta?
Unknown said…
Kereta sy xbleh pki remote knp yek?sbb bateri ke? Lpas tu pki kunci pun xbleh.Mhon bantuan?
Unknown said…
Kereta saya xbleh buka pintu pki remote td.Knp yek?adakah sbb bateri...lpas tu buka pki kunci pun tak boleh pusingkn kunci...mhon bantu dn tnjk ajar
Unknown said…
maybe battry dah week kot
Rifaie said…
cik firdaus ni salah kunci kereta agaknya, kunci di pintu tu mekanikal saja, tak perlu bateri pun kalau nk buka guna keyhole tu. mungkin ketat sikit?
Unknown said…
Asalamualaikum bang..nak tnye.. sye lock kete pka remote.pastu alarm bunyi.. tgk kat meter xde lak simbol pintu xtutp.. lepas 5thun jdi camnie..sampi hon pon rosak..hehhehe.. knpe bang.. ???
Unknown said…
cuba tengok switch di ruang enjin, kadang2 switch tu rosak, atau bolt di viper motor longgar (Persona 2007-2016)
Assalamualaikum bang nak tanye kalau tekan remote tapi alarm tak berfungsi.. Dah tukar bateri baru masih sama.. Agak2 ape masalah ye
Rifaie said…
@ewan 88,
boleh cuba idea Mohd Zafie Nazimuddin tu, kat bonet pun ada switch untuk trigger alarm

@perniagaan online,
barangkali remote dah rosak, pernah kena air ke?
wasil said…
Assalamualaikum tuan. persona sy ni xtaulh pa problem,bile lock pki alarm xboleh pdhl bateri ade je lg baru tuka,pstu sy lock lh cara manual buh kunci kt pintu tu pusing then elok je semua pintu terlock kemudian lps 2-3 hari sy buat gitu,pintu dah xmau lock,dia just lock kt pintu driver je lg 3pintu xterlock..ape kh masaalh kereta sy tu ye tuan..hope dpt bntu,klu pi kdai agak2 berapa kos yg perlu sy kluarkn ye?
Rifaie said…
@wasil, saya bukan pakar, tapi kalau saya mungkin saya akan check dulu fius/relay yang berkaitan dengan central locking, kalau ok, saya check actuator / gun yang tolak / tarik lock pintu
Rifaie said…
@wasil, lagi satu, kalau masa memandu, bila tekan brek semua pintu terkunci serentak tak? ataupun kalau unlock guna butang dekat power window tu, semua terbuka?
Fatimah Kamsani said…
Salam.. Spatutnye keempat2 lock akan naik/turun apabila kita buka pintu secara manual iaitu mengunakn kunci..( dah bertahun2 guna manual)..sbb bateri remote dah abis dan xbole nk buka skru.. Tp guna kunci spare (remote) xda masalah..
Tetapi sejak minggu lepas hanya belah driver berfungsi.. 3 lagi lock xnaik/turun..
Unlock guna Butang dekat power window pon x berfungsi, xda tindakbalas.. Dan secara automatic bila tekan brek, dia xkan autolock..
SESIAPA PERNAH ALAMI MASALAH SEBEGINI?
TOLONG SY, BANTU SY.. TERIMA KASIH..
Unknown said…
Aslkum tuan, saya nk tnya.. kereta myvi 2008 saya ni bila nk lock dengan remote. Dia akan lock tapi lampu harzand n alarm skali akan main... so.. saya kna lock by manual..bila nk buka pon sama. Harzard lamp n alarm alan main skli.. aduihh.. apa sakitnya pakk
aps_rocks said…
itu bateri kereta nak kong tu. tukar bateri je
Krazxers said…
Bang nak tanya, kereta model persona sv bila buka tgok transmitter takde plastic battery holder tu takpe ke?
Unknown said…
Assalammualaikum....
Ingin bertanya,tekan remote ada kelip2 lah lampunya tu tapi lock pintu still x boleh bukak....masalah batery remote jugak ke tu.....
Unknown said…
Assalammualaikum....
Ingin bertanya,tekan remote ada kelip2 lah lampunya tu tapi lock pintu still x boleh bukak....masalah batery remote jugak ke tu.....
zakwan said…
kena tekan lama2 dan lampu kekal x berkelip baru boleh bukak pintu. itupun kena cuba berkali2. baru2 ni saya tukar bateri, masalah2 tu selesai. kalau tak selesai maksudnya ada yang tak kena dgn receptor yg terletak dkt boot belakng. teralih atau rosak.
Rifaie said…
@Fatimah Kamsani,
Saya buat andaian sahaja ni, barangkali ada masalah wiring di main control switch, iaitu suis dekat pintu driver.

@Unknown,
Ini pun saya suspect wiring. Alarm standard myvi?

@Krazxers,
Plastic battery holder? Yang mana satu eh?

@Unknown,
Mungkin battery dah lemah, cuba dari jarak dekat ke? Ataupun boleh try dari sekitar kawasan bonet, sebab receiver remote ada dekat area tu.

@Zakwan.
Setuju, biasanya disebabkan bateri sahaja
Anonymous said…
Salam En. Rifaei,

Masalah saya sekarang ni pintu xbbole bukak pakai remote juga pakai manual...kete xjalan dan bateri dah kong, nak tukar bateri nak unlock pintu terus xbole..sama juga dengan manual.. bateri remote kunci saya dah tukar..musim pkp ni kete tak jalan..dan ni yang berlaku...mohon pendapat tuan segera...saya nampak nk kena cungkil dah pintu ni kan antara solusinya..
Vampire said…
Assalam..nk tny..alarm kereta saga sy tu dh tukar lain.mslhnya klu lock,dlm 5 minit cmtu dia auto unlock.nape yer?