Persona...Terpesona

Friday, January 31, 2014

DIY Head Cover Gasket Replacement

Assalam dan selamat sejahtera. Antara masalah biasa enjin campro adalah kebocoran di sekitar head cover bahagian atas enjin. Punca kebocoran adalah daripada kegagalan head gasket menahan aliran minyak dari melimpah keluar dari bahagian sambungan antara head cover dan block enjin. Penyelesaian adalah dengan menggantikan semula head gasket tersebut dan mengemaskan sambungan antara kedua-dua bahagian.

Mula-mula kena cari head gasket dan gam gasket dahulu. Harga head gasket bergantung kepada jenama, kalau yang third party dalam lingkungan RM30. Kalau original proton, harga mungkin tinggi sedikit.

Cara mengenalpasti masalah ini adalah dengan melihat di head cover, ada lelehan minyak berkumpul di dinding luar block enjin kereta. Maknanya berlaku kebocoran.

Situasi sama turut dapat dilihat di bahagian sisi kanan enjin.

Jadi macam biasalah, tanggalkan kotak penapis angin dahulu. Kemudian dua paip yang bersambung dengan head cover. Tanggalkan dengan cermat.



Kemudian, buka coil plug di atas enjin, kalau rajin, bolehlah sama tengok keadaan spark plug. Barangkali sudah perlu diganti.


Tanggalkan juga sensor minyak enjin, pastikan o-ring berwarna kuning tidak tertinggal dan dipasang semula nanti.


Berpandukan rajah di atas, cewahhh... ada 11 skru tidak termasuk skru sensor minyak enjin. Jadi ada 12 skru yang mesti ditanggalkan sebelum cover boleh dibuka. 


Selesai semua skru dibuka, dengan berhati-hati menggunakan pemutar skru philips dan penukul, ketuk pemutar skru dengan cermat di sekitar tapak bawah head cover. Maaf lupa nak sertakan foto sebab teruja nak buka cover. Umpil perlahan-lahan dan cermat. Jangan ketuk terlalu kuat.

Rupa engine block selepas head cover diumpil keluar.

Bahagian yang ditanda adalah kawasan kebocoran minyak enjin. Baru aku tahu rupanya tiada gam gasket diletakkan di sekitar kawasan itu. Sekadar bergantung sepenuhnya pada head gasket sahaja.

Cuma ada empat kawasan diletakkan gam, di sekitar pulley timing belt sahaja.

Barang-barang lain disusun di tepi ruang kerja hehe.




Foto-foto menunjukkan kawasan kebocoran sekitar block enjin. Memang agak ketara namun Alhamdulillah, tak dak pengurangan jumlah minyak enjin yang banyak.

Tanggalkan head gasket yang lama.

Panjang macam usus perut daaa...

Bersihkan bahagian atas enjin block





Kerja-kerja memasang head gasket yang baharu. Pasangkan mengikut bentuk longkang yang sedia ada, dan pastikan ngam-ngam dan rapat. Jangan ada lebihan yang terkeluar dari laluan longkang. Mesti cukup-cukup aje. Hehe.



Letakkan gam gasket sedikit. Jangan banyak sangat, nanti masuk ke ruangan minyak enjin pula.


Pasang semula cover ke block enjin. Pastikan spark plug dan coil plug dipasang rapat dan kemas. Semua paip disambung semula. Uji enjin anda untuk beberapa hari untuk melihat kalau-kalau masih berlaku kebocoran. Untuk kes saya, Alhamdulillah tiada lagi masalah kebocoran di sekitar kawasan block enjin.

Selamat mencuba!

11 comments:

Ishane85_MVi said...

Salam. Bagaimana cara nak tanggalkan coil plug persona? Payah sangat la na tanggal. Terlalu ketat.tq...isane

Ishane85_MVi said...

Salam. Bagaimana cara nak tanggalkan coil plug persona? Payah sangat la na tanggal. Terlalu ketat.tq...isane

Rifaie said...

coil plug ke spark plug? coil plug ada klip kat tepi dia, tp tak lah ketat sngt hehe.

Unknown said...

Gam tu disapu keliling or ada part 2 jew..

Amirul Aiza said...

Gam tu disapu keliling or ada part 2 jew..

Amirul Aiza said...

Gam tu disapu keliling or ada part 2 jew..

Rifaie said...

saya sapu balik kat kawasan yang disapu asal dari kilang. tak sapu keliling semua

HERORISAN PARUKA said...
This comment has been removed by the author.
Fab Furq said...

Guna wrench

Ishane85_MVi said...

Maksud saya coil plug yg getah panjang tu...bgmana nak cabut...sangat ketat getah tu.

Rifaie said...

@ishane85 ketat sangat ke? saya paksa tarik hari tu, agak ketat tapi masih blh keluar. kalau ketat sangat, saya fikir biarlah formen saja yang buatkan, takut ada parts yang patah nanti susah pulak