Alkisahnya filem penapis cahaya (tinted)

assalamualaikum,

modifikasi ke atas kenderaan persendirian sememangnya menarik dan biasanya kita melakukan sebagai kepuasan diri. ubahsuai ringkas yang sering dilakukan pemilik adalah pemasangan pelekat penapis cahaya (tinted).

tinted terdiri dari pelbagai warna dan tahap penapisan. antara spesifikasi utama yang dilihat biasanya tahap penembusan cahaya (visible light transmission VLT) dan tahap penolakan infra merah (infra red rejection IRR). faktor-faktor ini mempengaruhi kualiti dan harga tinted. semakin tinggi kualiti, semakin mahallah tinted itu, apatah lagi jika disertakan bersama ciri-ciri anti pecah dan kecurian.

namun begitu, di negara ini, terdapat garis panduan khusus untuk pemasangan tinted. menurut halaman JPJ tinted diukur pada tahap VLT. untuk cermin hadapan dan belakang tahap VLT adalah 70% manakala sisi adalah 50%. ini bermakna anda hanya boleh memasang tinted yang kadar gelap atau penolakan cahaya sebanyak 30% pada cermin hadapan dan belakang dan 50% untuk cermin sisi.

dijadikan kisah, sahabat saya ditahan oleh JPJ kerana disyaki menggunakan tinted yang tidak mematuhi spesifikasi. maka notis arahan pemeriksaan telah dikeluarkan oleh JPJ mengarahkan kenderaan terbabit dihantar ke unit automotif untuk pemeriksaan JPJ.



dua foto di atas diambil sewaktu pemeriksaan pertama dengan tinted masih dipasang, keputusan ukuran menggunakan mesin mendapati tahap VLT di cermin sisi hanyalah 39% manakala di bahagian cermin belakang 41%. JPJ mengarahkan agar tinted ditanggalkan dan diperiksa semula. dua pilihan diberikan, tinted ditanggalkan terus pada hari itu, atau ditanggalkan di luar dan dibawa semula untuk diperiksa. saya memilih untuk membawa pulang dan menanggalkan di kedai luar sahaja.


selang beberapa hari, saya kembali ke JPJ untuk pemeriksaan kedua. kali ini cermin bebas daripada tinted. namun demikian hasil ukuran menggunakan alat khas menyukat VLT mengejutkan saya. keputusan di cermin belakang dan hadapan menunjukkan 76% VLT, bukannya 100%.

saya merujuk dengan beberapa orang sahabat, rata-rata memberikan pendapat mungkin cermin standard persona sudah dilengkapi penapis UV menyebabkan nilai VLT menurun ke tahap 76%. 



berita kedua menambah episod kejutan, walaupun kenderaan telah dibawa untuk pemeriksaan dan lulus selepas kali pertama, saman tetap dikeluarkan atas sebab pemilik kenderaan telah ingkar notis. ini kerana kelewatan kenderaan dibawa untuk pemeriksaan, saya telah memberikan alasan kesibukan kerja sebagai punca kelewatan.


atas alasan saya, saya diminta menunggu di bilik temusiasat untuk bertemu dengan ketua jabatan siasatan dan menerangkan sendiri alasan saya. Alhamdulillah, setelah berpuas hati dengan penjelasan saya, saman ditarik balik. saya secara terus bertanya kepada beliau spesifikasi tinted yang diluluskan oleh JPJ.

beliau menjelaskan JPJ tidak pernah memperakukan mana-mana jenama tinted sebagai sah atau mematuhi spesifikasi. namun beliau mencadangkan mana-mana pemilik kenderaan yang berhasrat memasang tinted dan selaras dengan spesifikasi JPJ agar membawa sampel tinted pilihan ke unit automotif untuk pemeriksaan terlebih dahulu. sekiranya lulus, baharulah dipasang pada kereta.


alhamdulillah, akhirnya pemeriksaan memuaskan dan aku dibenarkan pulang tanpa dikenakan saman. aku sertakan pautan ke laman sesawang JPJ untuk rujukan bersama

http://www.jpj.gov.my/web/guest/pemasangan-cermin-gelap




Comments

Pyanto said…
Tak sangka pulak cermin asal aje dapat 76%!
Klu gtu hampir semua tint yg high quality kt Msia ni xboley pakai la.. konpom2 akan exceed 70/50% VLT value tu..
Hmm, kene email MSG & MCIS la buat enquiry brape spec VLT pada cermin ori tu.. nothing specified yg cermin tu dah ada sikit VLT filtering..
Rifaie said…
76% VLT... maknanya hanya blh tambah tinted dalam 24% je. ngam2 50% VLT... hehe
speedrider said…
Tq atas info ni Paie