Skip to main content

Coretan 100,000 km perbatuan...

Assalamualaikum,

Setelah memiliki persona selama dua tahun empat bulan, akhirnya persona aku mencecah 100,000 km perbatuan (mileage). Rasa gembira dan senang sebab persona aku sangatlah kurang kerenahnya dan masalah. Ramai sahabat yang bertanya, pendapat aku tentang persona setelah 100,000 km. Jawapan aku? 

  1. Setup kereta masih dalam keadaan asal kecuali ditukar rim dan tayar
  2. Aku masih servis kereta aku di pusat servis proton
  3. Cuma pernah buat tuntutan jaminan dua kali, satu untuk "auto tensioner" dan "air vent" tengah kereta sahaja.
  4. Tidak ada modifikasi pada asas enjin kecuali pada bahagian ekzos.
  5. Tiada alatan prestasi (performance parts) yang dipasang pada kenderaan.
  6. Tiada masalah tingkap kuasa
  7. Tiada bunyi-bunyi "rattling" pada dalaman dan luaran kereta
  8. Pengendalian masih terbaik, suspensi juga masih mengekalkan keselesaan pemanduan
  9. Lampu-lampu, indikator, dan aksesori masih berfungsi dan berkeadaan baik
  10. Mudah cerita, hampir "zero problem" kecuali daripada dua tuntutan jaminan yang dinyatakan awal tadi




 

Ketika coretan ini ditaip, kereta aku dah mencecah 105,000 km perbatuan di jalan raya, masih gagah, masih selesa dan masih berkuasa seperti dahulu. Aku bangga memiliki satu produk keluaran tempatan seperti proton persona aku. 

Mula dari saat ini, aku sudah bersedia untuk menghadapi sebarang "major breakdown". Sekiranya berlaku, akan aku coretkan di sini sebagai rujukan kita bersama. I love persona!!!


Comments

speedrider said…
aku pun sayang dengan persona. memang best dan puas hati. malangnya jodoh aku dengan Persona tak lama :(
Rifaie said…
tak apa la musyrif, insya Allah semua ada hikmah, mungkin Allah nak bagi hang jalan beli keta lagi besar..hehe esok lusa nk tambah famili member lagi :)
Pyanto said…
Salam bro,

Baguslah kereta anda masih mantap & problem free.
Dah sampai 100k km mileage ni brapa bnyk kali tukar brek pad (front & rear)? Absorber still cun? dan macam mana start pagi2/cold start? hyd lifter pun berbunyi tak?.
Rifaie said…
brake pad depan baru tukar sekali @ 50k km, dalam masa terdekat ni akan tukar utk kali kedua, brek belakang belum lagi sebab drum tahan lama.. absorber still cun, stiff.. pagi2 start mcm biasa, sekali crank je...hyd lifter?
Haz said…
Rifaie: Pyanto maksudkan hydraulic lifter berbunyi tak? lifter ni kalau tersumbat dia berbunyi cam mesin jahit.. selalu jadi kat enjin-enjin mitsu..
Rifaie said…
bunyi knocking dari IAFM tu ke?
Haz said…
Bukan.. yang ni bunyi dari cylinder head engine..

saya rasa hydraulic lifter kereta bro tak berbunyi sebab bro memang jaga enjin.

Selalu problem ni jadi bila kita tak servis ikut time sampai minyak hitam dah mula menghasilkan residual..

apa-apa pun tahniah sebab PE bro dah sampai 100k.. saya pun pengguna PE manual tahun 2011. Memang puas hati dengan kereta ni.. yang penting jaga maintenance je.. mesti tak mengecewakan..
Rifaie said…
sy doakan agar PE anda juga sentiasa dalam keadaan baik :)
Elicy said…
Persona saya dh mencecah 108888.almost 5 yrs.

2010
berlaku accident..motor langgar kt tepi.claim waranty (almost sebulan br setel)

2011
tukar sebijik bateri.(slps 3 thn lebih)
power window belakang.(still under waranty,sbb service kat EON je.

2012
tukar tayar (dh hampir botak)

waranty until 3 yrs,tp saya ambik extended waranty until 5yrs.so..bulan 4 2013 ni abis la waranty.lps ni tk p kot service centre.
alhamdullillah enjin smooth.
i love my persona.
wan sgmt said…
untung la korang.. PE aku byk problem major gak.. tp nsb bek dlm sbb dlm waranty.. la ni banyak bunyik 'cengkerik' kat stereng ngan tayar dpn belah pemandu mcm bunyik besi bersanggit.. da tukar pad pun sama lg.. huhu.. tp still baik lg lah..
Rifaie said…
biasalah bro, tak ada y sempurna :)

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Akhirnya! Servis 80k KM

Assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P

ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...

berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton

Item dan harga:

1. Procare Basic                         RM66.00
2. Gasket, Drain Plug                  RM3.32
3. Oil filter                                  RM12.22
4. Radiator Coolant                    RM29.29
5. Air filter                                  RM16.71
6. Gear oil                                  RM31.59
7. Procare Advance                   RM150.00
8. Timing belt campro                 …