Persona...Terpesona

Friday, June 8, 2012

DIY Bomb Sticker

Assalamualaikum...

bosan-bosan hari ni, seorang sahabat ajak ke kedai sticker, nak beli bomb sticker katanya. Akhirnya pilihan dibuat, alih-alih dimintanya aku untuk pasangkan pada kunci kereta dia. Aku pun tak berapa nak cekap pasang sticker, tapi dek kerana permintaan seorang sahabat, aku cubalah...

Haa cer cari mana kunci kereta?

Untuk lekatkan sticker dengan mudah, kunci kereta tu kenalah ditanggalkan dari segala keychain dan "isi perutnya". Nak tanggalkan tak susah, cuma ada satu skru di belakang, kemudian keluarkan litar elektronik serta cip immobilizernya sekali. Hati-hati dengan cip tu, kalau hilang, alamatnya tak hidup kereta nanti.

Dari kanan, cip immobilizer, skru belakang dan litar kunci berpusat (Central locking)

Seterusnya adalah adegan melekat sticker, berbekalkan sedikit pengalaman bidan terjun, aku pun memulakan dengan berhati-hati, kerja-kerja melekat dibantu dengan sebilah pisau, gunting dan "heat gun" untuk memudahkan kerja-kerja melipat dan melentur sticker.
 
Selesai bahagian belakang kunci
Buat bahagian hadapan pula, kalau anda cekap, cuba cari mana bahagian belakang kunci dalam foto ini
Bahagian hadapan kunci
Selesai!
Pasang balik isi perut kunci
Jangan lupa selitkan cip immobilizer balik

Alhamdulillah siap!
Terus buat lagi satu set! hehe
Alhamdulillah, lebih kurang dalam sejam, siaplah sticker bomb untuk dua set kunci kereta, hasil kerja agak memuaskan walaupun ada kekurangan sedikit di sana-sini, setidak-tidaknya bolehlah buat sahabat aku tu tersenyum sedikit :)

4 comments:

speedrider said...

Ada sticker bomb black and white, cantik gak

Rifaie said...

ada, rega murah skit dari y warna

ld said...

salam bro,
aku ada email ke arfaie_amd [at] yahoo.com,
arfaie [at] putera.com.

nak tanya pendapat bro :)

-shah

Rifaie said...

rasanya aku dh reply dah...