Info : Servis 80k Persona Manual (Pusat Servis Top Zone)

assalamualaikum

cakap berkenaan servis, tak dinafikan setiap kenderaan perlu mengikut servis tetap secara berjadual. ada sesetengah model kenderaan perlu diservis tiap 5 ribu KM, atau 10 ribu KM atau 15 ribu KM dan ada juga setiap 20 ribu KM. walau apa pun, sebaiknya ikutlah jadual servis kenderaaan anda. Ini bukan sahaja membantu anda mengawal selia kenderaan malah meningkatkan jangka hayat enjin dan juga menjamin kesahihan jaminan kenderaan anda daripada pengeluar.

kali ni, aku nak sentuh berkenaan servis 80 ribu KM proton persona campro manual. kiranya ini servis major pertama paling penting untuk model kenderaan ini. banyak parts yang kena diperiksa, diganti dan diservis. kos juga adalah lebih tinggi dari minor servis. memandangkan betapa kritikal dan mahalnya servis kali ni, aku pun meronda di dua buah pusat servis, sekadar nak ambil quotation dan gambaran kerja-kerja servis sahaja. apa yang aku akan senaraikan di sini adalah sekadar rujukan dan harga sebenar atau harga akhir tertakluk pada pusat servis dan jenis perkhidmatan yang korang akan pilih.

pusat servis pertama, Top Zone auto parts. lokasi di seberang jaya bersebelahan carefour seberang jaya. butiran servis tak cukup terperinci tapi aku cuba senaraikan apa yang aku dapat.

Description dan harga


1. Radiator Coolant + battery water RM 29.29 + RM 4.00
2. Engine Oil RM 103.00
3. Oil filter RM 12.22
4. Gasket Drain Plug RM 3.32
5. Screen Wash RM 5.71
6. Spark plug RM 38.00
7. Brake oil RM 10.90
8. Manual Gear Oil RM 60.00
9. Fuel filter RM 32.90
10. Air filter RM 16.71
11. Labor  RM 100.00
_______________________
jumlah RM 416.05

pakej 80 ribu KM ni juga membabitkan penggantian timing belt dan accessory belt. di Top Zone aku tak dapat detail terperinci untuk kerja-kerja ni. cuma yang pasti harga yang diberikan tidak termasuk penggantian water pump dan tensioner.

harga yang diperoleh adalah RM 590.00 termasuk kos upah.

jadi secara kesimpulannya jumlah besar bagi servis 80k di Top Zone adalah RM 1006.05. jumlah ini mungkin besar bagi sesetengah orang. kalau aku sendiri, ada beberapa benda yang aku akan skip untuk kurangkan kos. berikut adalah apa yang aku akan ambil.


Description dan harga


1. Radiator Coolant + battery water RM 29.29 + RM 4.00 *Skip - sebab air dalam radiator masih dalam keadaan baik
2. Engine Oil RM 103.00
3. Oil filter RM 12.22
4. Gasket Drain Plug RM 3.32
5. Screen Wash RM 5.71 *Skip
6. Spark plug RM 38.00 *Skip - akan diganti pada servis 100k (kali akhir ganti pada 60k)
7. Brake oil RM 10.90 *Skip - akan diganti sekali dengan brake pad (100k)
8. Manual Gear Oil RM 60.00
9. Fuel filter RM 32.90 (Yang ini boleh skip sekiranya dah diganti pada servis 60k, tapi aku tak skip sebab belum ganti)
10. Air filter RM 16.71
11. Labor : RM 100.00
_______________________
jumlah baharu RM 328.15

jadi jumlah keseluruhan kalau servis di pusat servis Top Zone adalah RM 918.15. Anda boleh jimat RM 87.90

lampiran sebut harga daripada Top Zone

Top Zone SC



Comments

speedrider said…
tq untuk info.

Untuk major service 20K haritu pun, aku banyak skip benda untuk kurangkan kos.

Tapi tersilap pulak pi tukar plug pada 10K km. hampeh betul Service Advisor time tu
Rifaie said…
xpa, lepas ni kena lebih prihatin dan berhati-hati
VanillA said…
salam...kalau servis major 20000km pula berapa ye?
Rifaie said…
20k km aku kena dalam 200 mcm tu rasanya..aku skip benda yang tak perlu, lagipun kereta manual murah skit dari auto disebabkan harga minyak gear manual murah
Unknown said…
aku rse better ko jgn skip slalu sgt la klu ko ade duit. mcm radiator coolant tu aku rse better ko tukar je setiap 20k. sbb experience aku sblum2 ni, asik nk jimat je, take out semua bnde remeh temeh, last last enjin aku yg kong. punca? bnyk kwn2 aku yg jd pomen kate, sbb bende2 yg remeh temeh ni le. filter, coolant, gasket, plug.....pk dua kali sblum decide, kereta bkn ko yg buat, tp kilang yg buat. die lg tau ape yg kete ko perlu dan xperlu.. bkn ko yg mnentukn.... think twice!!
Rifaie said…
terima kasih atas padangan bro, skip bkn skip mcm tu je, tp atas pemerhatian juga. coolant pun kalau dah nmpk keladaknya, aku tukaq jugak. Alhamdulillah, walaupun selepas 85k km, bila buka water pump utk ganti masa major servis, xnmpk sgt karatnya. tp apapun, pendapat diterima, terima kasih.
Ashadi said…
Tukar gear oil selalu pakai berapa liter ye?
Rifaie said…
@ashadi,

kalau tak salah saya, kalau ganti biasa dalam 2.5 liter macam tu untuk manual.