Review : Eagle Eye Headlight

assalamualaikum, mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2011, apa-apa pun aku ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua :) ok, dalam entry ni aku nak buat review berkenaan lampu projektor starline eagle eyes. kiranya ni review pertama dalam blog aku. terima kasih kepada sahabatku en wan3 yang memasang lampu ni, sebab aku sememangnya tak mampu nak memilikinya..hehe


ok, harga..kalau rujuk kepada laman web eagle eye di http://www.eagleeyes-asia.com ada dua harga, iaitu harga retail RM699 dan harga online RM599. kalau beli online, penghantaran adalah percuma ke semenanjung malaysia sahaja.



seterusnya spesifikasi..terdiri daripada projektor untuk lampu rendah menggunakan bulb H7 dan lampu tinggi dengan bulb H1 serta barisan LED ala audi bertindak sebagai parking light atau lebih senang dikenali sebagai lampu kecil

packaging

out of the box..

belakang lampu
H1 bulb untuk lampu tinggi

H7 bulb untuk projector



berikutnya adalah kerja-kerja pemasangan, bumper hadapan terpaksa ditanggalkan sebelum lampu lama dapat dikeluarkan. kerja-kerja pendawaian tidak sukar sebab kesemua sambungan adalah "plug and play" sahaja.

lampu lama...
bumper diturunkan..

kerja-kerja menanggalkan lampu

lampu lama selesai ditanggalkan
Pemasangan lampu baru
Selesai dipasang...


lampu lama...
prestasi? secara keseluruhan adalah memuaskan dan ternyata lebih baik dari lampu-lampu yang memiliki rekabentuk yang sama tapi daripada pengeluar yang lain. lampu-lampu ini dipasarkan pada harga lebih rendah daripada jenama eagle eyes tapi eagle eyes memberi lebih nilai kepada perbelanjaan anda dengan kualiti pencahayaan yang lebih baik.

lampu rendah, perhatikan cut off line lampu projektor

lampu tinggi
lampu rendah

lampu tinggi

cut off yang lebih baik daripada lampu-lampu keluaran pesaing lain, cahaya lebih fokus dan tidak berselerak sekaligus membantu penglihatan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

imej atau penampilan ditingkatkan dengan pemasangan LED sebagai parking light yang sekali pandang ala audi..lihat imej di bawah...






akhir sekali, sekadar peringatan terdapat model lampu seperti ini yang mendakwa ianya keluaran eagle eyes. sebagai langkah berjaga-jaga saya paparkan beberapa image untuk memudahkan anda mengenali lampu eagle eyes yang asli

tulisan jenama eagle eyes pada hadapan lampu

pelekat hologram pada bahagian atas lampu

pelekat jaminan dan nota penting pada bahagian bawah lampu..

sebagai rumusan, jenama eagle eyes memberikan anda pulangan lebih untuk wang anda, dengan tempoh jaminan yang lebih panjang serta kualiti pencahayaan untuk kereta anda. rekabentuk yang menarik dan mampu menaikkan imej kereta anda. sekian review saya...

Comments

aReils said…
This comment has been removed by the author.
azrynk said…
aq pki eagle eyed...smpi skrg aq heran knp cut off mcm tue,x straight...mcm ade bukaan dlm 170 darjah...upe nye mg mcm tue...
Rifaie said…
lampu projektor local/taiwan mostly mmg mcm ni..solution nk cover tmpt yang tak kena suluhan tu, pasang fog light ler..hehe
SyazaLuqman said…
eagle eye lepas x jpj?
Rifaie said…
lepas, asalkan HID tu suhu dia 4300k ke bawah
Unknown said…
Eagle Eyes dgn lampu biasa lepas JPJ. HID 4300K dan ke bawah lepas JPJ? Tetapi jika kita pasang HID with Eagle Eyes, warranty 18 bulan itu automatik void.
Rifaie said…
terima kasih atas perkongsian mr Sasi :)
Rifaie said…
y ni insya Allah lepas, dah lebih 2 tahun pakai, tak kena tahan JPJ lg hehe