Skip to main content

DIY Keyring Dimmer...

assalamualaikum...

kalau korang ingat dalam post lepas, aku ada tunjuk satu picture barang yang aku beli dari proton shoppe..so tadi petang, ada kelapangan skit aku pun mula lah projek DIY. projek kali ni melibatkan keyring ataupun tempat ignition kereta. kalau korang tengok model wira/perdana ada lampu pada tempat slot kunci ni, malangnya kat persona tak der, so aku cuba DIY berdasarkan diagram yang aku dapat dari member forum PPEOC, fuad_ended...

so apa benda yang kena ada?

1. timer ignition key ~ PW547182
2. LED strip
3. wire lebih kurang 1 meter

so punca letrik aku ambik dari lampu tengah punya wiring, untuk tengok wiring tu korang kena buka pillar A sebelah penumpang, ada dua wire warna biru dan merah, itulah wire lampu tengah..tap dari situ, berdasarkan diagram di atas. sorilah aku tak sempat snap gambar masa buat wiring sebab hujan lebat, aku kelam kabut nak siapkan lampu.. hehe

testing testing

aku pasang kat A-pillar

tengok video yer..



Comments

paly said…
This comment has been removed by the author.
paly said…
fuh...teranya bro afaie ni....
KH said…
macam mana ko sembunyi wayar dari.. pillar a penumpang hingga ke keyring? jauh tu..
Rifaie said…
aku ikut blkg glovebox, blkg aircond console, pastu masuk kt stering punya neck
David said…
Bang mmg pro giler!
Rifaie said…
saya still belajar :)
David said…
Bang.. 1 meter wire tu beli kat proton juga?
Rifaie said…
wire tu boleh dapatkan kt kedai letrik
Quick Silver said…
Nak tanya ckit ni, Proton Shoppe tu kat SC proton taman inderawasih tu ke? Saya dah pi round kat kawasan tu, yg ada cuma Proton SC je. Saya nak beli timer relay tu.
Rifaie said…
proton shoppe kt kawasan perindustrian perai..tepi tayarmart, sebelah SC volvo/renault
as'kum.... saya dah buat LED kat keyring tu... tapi bila nak pasal timer tak jadi pulak...
tokey kedai tu pun heran apesal tak jadi, kami ikut litar yg blog bro ni..
tapi tokey tu amik wiring dari bawah stereng, bukan dari pillar...
ada sekali tu mcm nak jadi dah, tapi bila bukak pintu tak menyala, tutup.. tunggut dalam 15sec dia menyala pulak... kami dah try terbalikkan pun still tak dapat... ada advise tak?
Rifaie said…
seeloknya buatlah kt pintu sebelah penumpang hadapan. sebab dekat situ ada sensor utk door open warning.
irwan said…
bro modal beli barang berapa?
barang ape je beli
Rifaie said…
modal ko kena beli timer tu dalam 15 rggt, pastu LED la, setengah kaki utk lubang kunci, wayar dalam 3 meter cm tu
irwan said…
mne nk cr ek dimmer tu
Rifaie said…
boleh cari di proton shoppe

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.
Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.
Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.
Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.

Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.




Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sint…