radiator padding?



assalamualaikum, salam ramadhan..

dah lama tak update post kt sini, sibuk dengan urusan kerja..sibuk2 mcm mana pun kereta tetap kena servis sebab itulah nadi pekerjaan aku yang sangat memerlukan kereta. so hari ni aku nk share berkenaan padding pada radiator persona elegance.

ada kes, di mana bahagian plastik yang menempatkan kipas penghawa dingin pada radiator akan melengkung dalam satu tempoh jangka masa, menyebabkan kemungkinan plastik tu "menikam" radiator kereta anda. masalah ni tak wujud pada persona generasi terdahulu sebab model ni tak der kipas aircond yang dipasang pada model persona elegance.

aku memang sedar masalah ni dah selalu check engine radiator aku untuk pastikan keadaan plastik dan radiator dalam keadaan baik dan selamat. ada beberapa kes yang aku dah dengar dari sahabat2 aku yang guna model elegance yang radiator bocor atau kemek sbb plastik tu melengkung.

so, proton ambik tindakan proaktif dengan memasang sejenis getah / padding antara kedua-dua bahagian ni untuk elakkan sentuhan/contact sekaligus memungkinkan kerosakkan serius pada radiator pada jangka masa panjang. aku puji langkah ni cuma silapnya, pada kes aku sendiri..

kisahnya, 20 0gos aku anta PE aku untuk servis major 60k..selepas adjust quotation rm 181.20 jumlahnya servis pun bermula. dah mmg jadi tabiat aku duk depan keta tgk techinician servis, sebab aku tak nak tech terlebih isi minyak enjin. selesai servis, aku pun tunggu giliran untuk bayar, dan balik

kira-kira jam 4 petang, service advisor dari Juru SC call dan maklumkan tech ada pasang radiator padding pada kereta aku dan terlupa nak masukkan dalam bil. aku bagitau balik, aku tak request padding radiator untuk kereta aku, dia cuma minta maaf sebab tak inform awal dan minta aku jelaskan bayaran 11.85 untuk kos padding tu

aku dengan segera buka engine bay. setelah aku amati betul, aku jumpalah padding yang dimaksudkan tu. fizikal macam getah insulate paip aircond je, dan proton charge lebih kurang rm6 untuk seunit, diorang pasang dua keping di radiator dan charge aku rm12. memang panas je aku tengok..





so 21 ogos, aku ke Juru SC, mintak penjelasan kenapa benda ni dipasang tanpa persetujuan aku dan dicharge ke bil aku tanpa dimaklumkan. penjelasan diorang, tech terlupa nak inform masa pasang benda tu, aku soal balik sepanjang aku berada waktu servis kenapa tech tu tak bincang/consult dengan aku sbelum pasang padding tu. akhirnya cuma dpt jawapan, kami minta maaf encik. so aku request proton SC untuk buka balik padding tu.



so, pandangan aku. kalau korang rasa korang perlu benda tu untuk melindungi radiator korang, pasangla padding tu. kalau korang nk berjimat, pergi kedai hardware, beli je dan DIY sendiri. kalau korang rasa korang rajin nk check radiator tu tiap2 minggu mcm aku, tak perlulah korang pasang.. angkat bonet, tanya poket la yer..sekian.

Comments