sinar 12 rabiul'awal...

hari ni 15 februari 2011..kalau bulan islam nyer 12 rabiul'awal..tarikh ini tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...lahirnya rasulullah pada 12 rabiul'awal pada tahun gajah. pada sesetengah org, hari ni cuma hari cuti biasa..duduk di rumah, berehat.

ada juga sesetengah orang, bangun awal, ke masjid atau surau..sertai perarakan sempena maulidur rasul..slogan sambutan maulidur rasul tahun ni, satu malaysia, satu ummah..cantik temanya tapi setakat mana kita cuba ambil masa berfikir hikmah kenapa kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita..

kalau semalam, 14 feb adalah hari valentine atau hari kekasih yang masyarakat sini sedia maklum difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan sebagai haram untuk diraikan oleh masyarakat islam..hari ini juga, 15 feb atau 12 rabiul'awal lebih tepat juga sebenarnya hari kekasih..

kenapa dikatakan hari kekasih? sebabnya, rasulullah S.A.W junjungan besar kita adalah kekasih allah..cinta kita kepada rasulullah juga sama seperti cinta kepada Allah S.W.T...maka hari ini wajar juga diraikan seperti hari kekasih..cuma kaedah sambutan tu berbeza la dengan hari valentine, ini pendapat aku laa..

lahirnya nabi di dalam masyarakat arab jahiliyah, kaum quraish bangsa baginda sendiri ketika di dalam keadaan moral yang sgt teruk..martabat wanita direndahkan, dihina..anak-anak perempuan dianggap sebagai bala, beban maka dibunuh hidup-hidup..sistem keadilan yang sgt lemah, penindasan, tipu beli dalam urus niaga, pendek kata segala kejahilan, kemaksiatan berlaku di kala itu..

maka firman allah, tidak kami utuskan kamu wahai muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam..bukti lahirnya nabi bukan utk kaum quraish, bukan utk bangsa arab, bkn utk negara mekkah sahaja, bahkan utk segenap umat manusia..

apa iktibar yang boleh kita ambil? jangan sekadar berarak smbl berselawat..ke masjid dengar ceramah dan bila pulang..esok nya hari kita kembali melakukan perkara yang ditegah allah. sambutan maulidur rasul sebaliknya perlu dijadikan sebagai refreshment utk diri kita supaya kembali mengamalkan sunnah nabi dan sifat-sifat terpuji. jadikan selawat sebagai ungkapan di bibir setiap hari..sifat-sifat terpuji nabi kita pamerkan kepada orang laen sebagai ikutan, dan penganut agama laen juga akan lebih tertarik kalau mereka maklum inilah akhlak islam yang sebenar.

sunnah-sunnah nabi mana yang mampu kita amalkan, yang tak mampu jangan kita perlekehkan..sekian...

Comments