Skip to main content

DIY LED stripe..Audi style

kembali lagi dengan DIY segmen..ini pun satu idea yang aku dah lama pikir..LED stripe untuk nampak mcm audi effect..cuma bezanya dengan kebanyakkan mod pada persona, diorang prefer ikut curve pada bawah lampu..aku lak ikut curve pada eyelid lampu..

ok, menda yang kena ada utk DIY ni...

1-led stripe, sepasang..beli la yang mana korang suka, pnjg mana terserah pada citarasa..aku gune sekaki je..
2-3m double sided tape..
3-eyelid persona

cara pasang? hmm basic wiring je la pun..terserah nk smbg wayar LED tu pada lampu kecik atau foglight..mcm aku, aku smbg pada lampu kecik. hati2 time potong wayar tu, pastikan korang seal balik dengan tape betul2..takut nnt terbuka balik, ataupun short circuit

pasang ikut curve eyelid persona tu..itu style aku la, kalau korang ada style laen pun blh je :p cuma pasang led stripe ni luar lampu, so double sided yang kuat tu penting supaya LED tu tak tercabut bila kena air ataupun masa korang drive laju..utk lebih info, rujuk picture2 kat bawah ni..selamat DIY

nie idea asal..

contoh pada kereta member aku..



ini pada kereta aku..


di siang hari..




dan d malam hari..




Comments

sharmin said…
bro! brape sepasang LED stripe 2??
Rifaie said…
dia ikut ukuran kaki..sekaki rm15, so dua kaki rm30
bro..katne nak dptkan eyelid warna bronze garnet & brapa rate price dia
Rifaie said…
err..aku ada belikan utk member aku dulu..chiffon green keta dia..eyelid aku beli kaler itam, Rm37..pastu antar spray kaler chiffon rm30.
umai said…
bro, kat mana nak dpt eyelid tu bro? puas dah round tp xde.. ada pun xsama mcm bro punya..
Rifaie said…
eyelid ni ko tak jumpa? pelik tu
Ram Prasad said…
LED tu pasang luar ke dlm bro?
Rifaie said…
yang ni saya pasang luar bro. tapi sekarang dah pasang kt dalam hehe
Ram Prasad said…
Bro kalo nak dapat eyelid warna chiffon green....berape? Nak pasang kat tempat bro boleh?
Rifaie said…
setahu saya dalam market tak ada warna chiffon green, tapi tak pasti sebab lama dah saya tak beli. dulu belikan untuk kawan, hantar kedai cat ke warna chiffon tu.

Popular posts from this blog

DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 
Apa itu B5? Mengikut laman puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan. Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya. Mana-mana individ…

Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.



Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lok…

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.
Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.
Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.
Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.

Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.




Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sint…