Assalamualaikum...
Ini entry pertama aku untuk 2013, kali ni kita DIY cara ganti LED module lampu belakang elegance. Aku rasa ramai yang tahu salah satu masalah biasa pada model elegance adalah lampu brek yang malap atau terbakar. Aku pun hairan kenapa proton tak buat recall untuk kes ini sebab sepanjang pengamatan aku, aku nampak kes seperti ni pada model exora juga.
kalau ada yang masih ingat ada rakan aku yang pasang lampu elegance pada persona model terdahulu,
> Link di sini... Lampu elegance dia juga menghadapi masalah yang sama. Bimbang dengan kemungkinan bahaya yang mungkin timbul, dia cari inisiatif untuk ganti LED tu ataupun dengan set lampu baharu.
Harga untuk sebuah Persona LED Module kalau dibeli di proton adalah RM248.00. Agak mahal, kalau kereta anda masih ada jaminan, guna saja jaminan tu. Tapi kalau dah tak ada, terpaksalah cari alternatif lain. Rakan aku ni bernasib baik sebab ada sahabat yang lain dah ganti lampu belakang persona dia sebab lampu elegance dia pecah. Jadi disebabkan kami cuma nak module LED saja, jadi kami belilah lampu yang pecah tu dengan harga yang munasabah hehe...
foto di bawah ini, menunjukkan bahagian belakang lampu LED elegance, untuk makluman, penutup LED module dan skru LED module ni adalah dari jenis tork screw, jadi pastikan ada pemutar skru tork. Tak boleh guna pemutar skru yang biasa.
|
Belakang lampu persona elegance |
|
Gunakan pemutar skru tork |
|
LED Module... |
Untuk skru di penutup ada tiga, juga tiga lagi di bahagian dalam LED module. Buka dengan cermat sebab ada LED di sebalik litar, takut-takut pecah nanti. hehe
|
LED module dari hadapan... |
|
LED module bahagian litar |
|
Pepasangan untuk diuji... |
cara untuk tanggalkan lampu belakang, di bahagian tepi sempadan bonet dan lampu ada dua skru, manakala di dalam bonet, ada satu tombol, tanggalkan ketiga-tiga ini untuk akses ke lampu, tapi kalau anda bercadang nak tanggalkan lampu daripada kereta untuk lebih selesa, anda kena buka penutup plastik yang ada di dalam bonet kereta tu.
|
Ok! |
|
Siap! |
Akhirnya selesailah pemasangan LED module. Tips dari aku, buka dengan cermat, pasang dengan cermat. :)
Comments
@ tuan pencuri emas, tuan di area mne??
tq.
Saya tak pasti kalau boleh bypass, diod tu disitu ada fungsi dia, untuk lepaskan satu arah aliran elektrik dan sekat satu arah lagi. Kalau kita bypass, mungkin kita enable satu arah sahaja secara terus. Mungkin selesai, mungkin tidak. Nasihat saya, lebih baik ganti diod tu.