DIY : Ganti LED Module Lampu Belakang Elegance

Assalamualaikum...

Ini entry pertama aku untuk 2013, kali ni kita DIY cara ganti LED module lampu belakang elegance. Aku rasa ramai yang tahu salah satu masalah biasa pada model elegance adalah lampu brek yang malap atau terbakar. Aku pun hairan kenapa proton tak buat recall untuk kes ini sebab sepanjang pengamatan aku, aku nampak kes seperti ni pada model exora juga.

kalau ada yang masih ingat ada rakan aku yang pasang lampu elegance pada persona model terdahulu, > Link di sini... Lampu elegance dia juga menghadapi masalah yang sama. Bimbang dengan kemungkinan bahaya yang mungkin timbul, dia cari inisiatif untuk ganti LED tu ataupun dengan set lampu baharu.

Harga untuk sebuah Persona LED Module kalau dibeli di proton adalah RM248.00. Agak mahal, kalau kereta anda masih ada jaminan, guna saja jaminan tu. Tapi kalau dah tak ada, terpaksalah cari alternatif lain. Rakan aku ni bernasib baik sebab ada sahabat yang lain dah ganti lampu belakang persona dia sebab lampu elegance dia pecah. Jadi disebabkan kami cuma nak module LED saja, jadi kami belilah lampu yang pecah tu dengan harga yang munasabah hehe...

foto di bawah ini, menunjukkan bahagian belakang lampu LED elegance, untuk makluman, penutup LED module dan skru LED module ni adalah dari jenis tork screw, jadi pastikan ada pemutar skru tork. Tak boleh guna pemutar skru yang biasa.

Belakang lampu persona elegance

Gunakan pemutar skru tork

LED Module...

Untuk skru di penutup ada tiga, juga tiga lagi di bahagian dalam LED module. Buka dengan cermat sebab ada LED di sebalik litar, takut-takut pecah nanti. hehe

LED module dari hadapan...

LED module bahagian litar

Pepasangan untuk diuji...

cara untuk tanggalkan lampu belakang, di bahagian tepi sempadan bonet dan lampu ada dua skru, manakala di dalam bonet, ada satu tombol, tanggalkan ketiga-tiga ini untuk akses ke lampu, tapi kalau anda bercadang nak tanggalkan lampu daripada kereta untuk lebih selesa, anda kena buka penutup plastik yang ada di dalam bonet kereta tu. 
Ok!

Siap!

Akhirnya selesailah pemasangan LED module. Tips dari aku, buka dengan cermat, pasang dengan cermat. :)

Comments

FROZENinHELL said…
betul ler.. lampu led persona aku 3 bulan dh out.. nasib ada warranty..
Rifaie said…
mslh ni kt exora bold pun bnyk
Euphoria Hana said…
tau tak harga lampu depan berapa? baru accident ni..huhuhu
Rifaie said…
kalau tak salah di SC dalam rm170. lupa dah.
Unknown said…
lampu menjadi malap disebabkan beberapa komponen pada papan litar rosak.komponen mungkin di perbuat dari china.setakat ni dah banyak saya gantikan komponen tersebut.harga tak sampai pun rm5 tk campur upah.bawa lampu belakang saja pun boleh..saya ada byak stok komponen tersebut.kalau yang dah ganti lampu baru tu,,lampu lama boleh di hidupkan semula.
Rifaie said…
wah menarik. blh share nama komponen yang bermasalah tu?
syam said…
blh repair sendiri ke?hanya lampu brek sebelah kiri x nyala. biasa rosak apa , komponen elektronik @ led tebakar?
trojan5 said…
Slm.... camner sy no contact? Exora sy dh xnyale lampu brek..
Unknown said…
camana nak bukak lmpu belakang tu, aku dah bukak semua skru, masih mcm sangkut kat bahagian tepi hujung, lampu xleh tarik keluar.. knp eh?
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Rifaie said…
semua skru dah buka? ada tiga skru semuanya, kalau dah buka, tapi ketat juga, kena tekan bahagian tepi lampu tu sikit, kadang2 sangkut lock kat situ. cermat-cermat buka takut pecah
Trex.ious said…
Aku punye lmpu blkg kiri.. on lmpu x brape nk idup.. sekelumit je chaya led tu antara nak x nak je hdup.. tapi bile tekan brek terang bnderang plk.. ngape eh? X pe.. bro da bg guide diy bleh try diagnose pe pnce nanti.. huhu
Rifaie said…
itu maknanya ada komponen elektronik yang rosak. kena diganti.
Ambisan said…
Tuan, kalau buka penutup plastik dalam bonet, lagi mudah untuk tanggalkan lampu ke? Saya dah buka ketiga-tiga skru. Tapi, masih susah untuk tanggalkan lampu.
Rifaie said…
penutup plastik tu tak bersangkut dengan lampu, saya fikir kalau ditanggalkan pun, tak membantu jugak. lampu tu memang agak ketat kalau nak cabut, pastikan tarik betul2 lurus ke belakang, kalau senget ke tepi dia jadi lebih ketat.
Unknown said…
@ aslkm tuan rifaie, utk exora bold cmne?? adakah sme?? lampu sblh kiri malap..

@ tuan pencuri emas, tuan di area mne??

tq.
Rifaie said…
sama bang. skrg ni tak salah saya dah boleh baiki tanpa tukaq board. kena ganti satu komponen atas board tu. tapi komponen mana satu, saya tak pasti
Unknown said…
Utk kereta persona, kalau lampu brek atau lampu tail xmenyala, kemungkinan salah satu dari 3 diode in4007 dah rosak. Boleh gnt idengn komponen diode yg baru.
Rifaie said…
@awey kathy, nice, terima kasih atas perkongsian. lama juga duk mencari info begini.
Unknown said…
bole saya tau saiz apa pemutar skru tork? nnti test DIY
Rifaie said…
@Bertrand Ng, saiz 10 dan 20.
Ajery said…
Boleh bypass x diode yg rosak tu?...
Rifaie said…
@Ajery,
Saya tak pasti kalau boleh bypass, diod tu disitu ada fungsi dia, untuk lepaskan satu arah aliran elektrik dan sekat satu arah lagi. Kalau kita bypass, mungkin kita enable satu arah sahaja secara terus. Mungkin selesai, mungkin tidak. Nasihat saya, lebih baik ganti diod tu.
Imran said…
Sy nk thu mcm Mne nk cabut socket wire pada Led board,Sbb sy beli lampu baru (plug & play), perlu ke sy gunakan pmutar skru tork utk mubuka cover Led board atau, socket wire blh dicabut / dipasang socket wire tanpa membuka cover led board tersebut.
小强爸爸 said…
Hi, nak tanya disini, tuan tahu belakang bonet dalam lampu setelah tukar pun tak penyala, adakah tuan tahu macam mana tukar?
Ayiem_naz said…
Salam tuan, dimana sy boleh dapatkan led board tu.. sy punya dh tak menyala dah.. pergi eksersori pun payah nak dapat led board persona tu.. blh suggestkan kedai tak? Atau kedai2 di area kuantan pahang nie ..