alhamdulillah, akhirnya cukup juga modal nak servis untuk 80k, walaupun servis pada mileage 85k, tapi tak kisahlah, asalkan servis :P
ok, setelah ditimbang-timbang, aku memutuskan untuk servis di 3S Juru Autocity. Temujanji pada jam 8.30 pagi dibuat pada 3 Mei 2012. Selesai proses "check in" kereta, aku dihidangkan dengan sarapan pagi, sebakul biskut dan secawan kertas milo hehe...
berikut aku senaraikan "work order" yang aku pilih untuk persona aku, sebagai perbandingan korang boleh rujuk pada post terdahulu, post terdahulu berkenaan servis 80k di Proton
Item dan harga:
1. Procare Basic RM66.00
2. Gasket, Drain Plug RM3.32
3. Oil filter RM12.22
4. Radiator Coolant RM29.29
5. Air filter RM16.71
6. Gear oil RM31.59
7. Procare Advance RM150.00
8. Timing belt campro RM123.03
9. Cam Oil Seal RM29.24
10. Crankshaft Oil Seal RM47.98
11. Aircond belt RM69.54
12. Bolt RM1.03
13. Water pump campro RM220.56
14. Filter Assy Injection RM37.58
15. Tensioner camshaft drive RM143.54
Total Parts dan Labor : RM 981.63
Discount Daring Card : RM 91.23 -
Gov Tax : RM 12.96
Rounding : RM 0.01
Grand total : RM 903.35
kalau kita rujuk pada jumlah asal yang dicadangkan oleh proton, jumlahnya RM 1276.70. Jauh beza tu, RM 373.35 hehe. Berikut pula senarai servis yang aku kecualikan :
1. Engine oil - Sebab bawa minyak sendiri
2. X1R engine treatment - memang tak pernah ambil
3. Antibac - belum perlu kut
4. Spark plug - 100k nanti ganti
5. Brake fluid - ganti masa tukar brake pad nanti
Jadi mahal atau murah, anda tentukan lah sendiri. Pada aku kalau dikirakan dengan keselesaan, alat ganti tulen, mekanik mahir pada aku dah dikira berpatutan dah.
di bawah saja aku kongsikan foto-foto semasa servis.
masuk servis jam 0850 |
Aircond belt ditanggalkan dahulu |
Cover timing belt ditanggalkan |
Timing belt dah ditanggalkan |
Timing belt kanan, aircond belt kiri |
Kata formen, cara mudah nak kenal keadaan timing belt ni, tengok pada jalur-jalur atas belt, kalau ada jalur-jalur macam ni, bermakna belt dah perlu diganti.
Di Juru 3S, anda boleh melihat dengan lebih dekat kenderaan anda |
Water pump lama, penuh karat jer |
Water pump baharu |
Keadaan enjin setelah tensioner, belting dan timing cam ditanggalkan |
Timing belt baharu dipasang |
Cer perhati betul-betul brand apa? |
kalau kita rujuk gambar, brand yang tertera pada belt ada Mitsuboshi, bukan Mitsubishi yer. aku ada buat googling sikit, ni infonya --> Mitsuboshi Belt kiranya produk ni dari Jepun, cuma kalau rujuk pada packaging, made in singapore hehe
Belting aircond pun dari Mitsuboshi |
Packaging timing belt |
Engine mounting |
Belting selesai dipasang |
Fuel Filter |
Fuel filter lama |
Kerja-kerja mengganti |
Siap! |
Running Engine |
Beginilah lebih kurang kisah servis 80k untuk persona manual. harga yang aku paparkan ni mungkin berbeza bagi pengguna yang tidak memilik Daring Card, kad ini menawarkan diskaun 10% ke atas alat ganti dan caj perkhidmatan di proton 3S. kalau ada card ini, pastikan diguna sebaik mungkin :)
Insya Allah jumpa lagi... |
aku tinggalkan korang dengan dua keping foto, perbandingan bearing yang baharu dan sudah digunakan sejauh 85k km, bezanya pun tak jauh mana, keadaan bearing lama pun masih baik. kalau diperhatikan foto ni betul-betul, korang pasti akan jumpa sebab apa parts ni tahan lama, tengok-tengok la yer :)
Comments
seal warna coklat tu?
Kalau register beli dengan EON punya salesman, register SAHABAT EON. Dapat diskaun 5% di EON Service Center.
@muhammad, bearing mana? CV Joint?
@wan smgt, aku duk area perai
Nak tny.. kalau ganti belting dgn timing belt..
Perlu ke set computer box pd kete?
Sbb baru baru.. ada tukar belting ngn timing belt.. enjin mcm ada mati mati lah..
Tlg inpom kn..
kalau bukan dari aircond atau dari getah pintu, saya tak pasti dari mana lagi punca air. sebab kalau bocor disebabkan getah pintu ni satu masalah biasa untuk persona
getah bingkai ke? kalau kedai aksesori dalam 40-50 ringgit.
@madey Crow,
Masuk air kat kawasan mana tu?
Betul tu jue, itulah punca paling kerap jadi kalau bocor pada pintu persona.
Yang tu sebenarnya harga labor package. Makin banyak labor yang perlu, makin mahal harga package tu. Bahasa mudah, harga upah.