DIY - Ganti Seal Belt Cover

Assalamualaikum semua, kali ini saya nak kongsi berkenaan Seal Belt Cover, seal ni letaknya di penutup timing belt enjin kereta sebelah kiri. Fungsi seal ini untuk melindungi gap antara penutup timing belt dan head cover enjin. 

Memandangkan usia kereta saya yang sudah hampir mencecah 9 tahun, dengan kepanasan ruang enjin, maka inilah rupanya seal tu. Kebanyakkan bahagian span dah pecah / retak dan hilang. Sampaikan boleh nampak timing belt kat sebelah dalam hehe.



Seal saya beli di Proton Shoppe, part number PW811679. Beli satu dah cukup untuk keseluruhan panjang belt cover ni. Harga tak sampai RM 7 termasuk SST.



Untuk langkah penggantian, kena buka dahulu belt cover ini. Ada tiga skru di sebelah sisi, kalau tak salah saiz lapan macam tu lah. Tanggalkan tiga-tiga skru ni kemudian dengan cermat keluarkan perlahan-lahan, hati-hati ada satu getah pelapik di bahagian bawah cover, jangan sampai terjatuh dengan dalam kawasan timing belt.





Lepas keluarkan belt cover, inilah rupa seal yang lama. 




Sambil-sambil dah buka ni, periksalah sekali timing belt hehe.


Sebelum kita ganti seal, cuci dahulu sisa seal yang lama dari belt cover. Untuk pemasangan seal baharu, bahagian yang ada tape putih tu dilekatkan pada belt cover. Jangan lupa buka tape tu sebelum lekat hehe.



Lekat dengan cermat, seal ni cukup-cukup sahaja belt cover tu. Sepatutnya takkan ada masalah tak cukup atau terlebih seal.



Selesai pemasangan dan sebelum kita skrukan semula belt cover ini ke enjin, bersihkan juga sisa minyak / debu di kawasan timing belt dekat dengan kawasan seal ini.



Akhir sekali sebelum skru, jangan lupa pasang semula getah di bahagian bawah belt cover.


Alhamdulillah, selepas diganti seal, inilah hasil akhirnya.



Selamat mencuba!

Comments

Ashadi said…
Salam bro, ape nama seller shopee tu?
Rifaie said…
@Ashadi,

Bukan Shopee bang, Proton Shoppe hehe
Unknown said…
kat mana proton shoppe tu bang
Rifaie said…
kalau di Pulau Pinang, ada di Prai. tapi baru ni ada rakan-rakan dah pergi bagitau dah tutup, saya call pun tak dapat dah.

paling mudah saya boleh rekomen, pergi ke proton edar di auto city juru, kalau anda di penang lah.
Unknown said…
terbaik .... saya dah oder dalam shope sekarang saya cuba research mcm mana cara cara nak pasang