Proton Persona Windscreen Water Spray - DIY bila tersumbat

Assalamualaikum, selamat sejahtera.

Siapa pernah kena macam ni?



Air wiper keluar sebelah saja, sebelah lagi tak keluar. Biasanya ada dua punca;


  1. nozzle wiper dah tersumbat / rosak
  2. paip air ke nozzle tersumbat / tercabut



Mula-mula check saluran air dulu, tanggalkan dari nozzle, kemudian cuba spray, kalau air keluar lancar, maknanya tak dak masalah di situ. Macam kes saya, paip dalam keadaan baik.

Jadi saya tanggalkan nozzle dari bonet, caranya, lepas detach paip getah tu, kepit dua klip di bahagian bawah nozzle, kemudian tolak ke atas.



Selepas cabut, saya cuba cucuk dengan pin tudung isteri haha. Korek-korek adalah nampak macam lumut atau lumpur, mungkin ini yang buat nozzle ni tersumbat. Korek sampai puas hati dah tak ada lagi dalam nozzle.




Kemudian saja nak bagi puas hati, saya lalukan air dari arah berlawanan untuk pastikan tak ada lagi tersumbat di dalam nozzle.


Kemudian saya uji semula, Alhamdulillah dah ok :)

Selamat mencuba!


Comments

Unknown said…
Terima kasih min. Settle dah👍