Assalamualaikum
Ini antara soalan paling kerap aku dapat dari pemandu Proton Persona, kenapa ada yang jam dia 12 jam dan ada yang 24 jam punya format.
Lama dah nak kongsi info ni, tapi selalu terlupa, jadinya dalam entri ni aku kongsi macam mana nak tetapkan format masa pada jam meter pemuka.
Tengok pada meter pemuka, ada dua butang untuk adjust setting. Kalau nak tukar format jam, tekan butang kanan untuk beberapa ketika sampai paparan jam bertukar jadi 0:00 atau 00:00.
Kalau jam anda sekarang format 12 jam, dia akan bertukar ke 00:00 dan begitu juga sebaliknya.
Cuma satu peringatan sahaja, setiap kali format jam ditukar, jam mesti ditetapkan semula hehe.
Selamat mencuba!
Comments
kalau mileage dah cecah 1k, servis lah dulu, baru p holiday haha
@unknown, cara nak set, display dulu jam tu, kemudian tekan butang kiri lama skit. nnt jam tu paparan dia berkelip, tekan butang kanan utk set masa. dah siap set, biarkan ja smpi dia hilang berkelip.
Terima kasih in advance
Camna nk set jam, reset odometer
Tq
ya, tekan kanan lama sikit
Alhamdulillah, gembira dapat bantu.