Assalam...
Siapa pernah baca entri sebelum ini http://faieelegance.blogspot.com/2013/01/diy-ganti-led-module-lampu-belakang.html. Ini perkongsian yang hampir serupa cuma berbeza sedikit sahaja hehe.
Kisahnya bila satu lampu LED yang aku beli rosak, lampu brek tak menyala. Dalam mencari LED board dari rakan-rakan, aku cuma dapat yang sebelah kanan, sedangkan yang rosak sebelah kiri. Selepas berfikir panjang, aku rasa aku nak cuba swap juga walaupun bukan secara plug and play.
LED board yang rosak (kiri) |
LED board yang nak diswap (kanan) |
Mula-mula tanggalkan dua sambungan wayar punca kuasa dan ground seperti dalam bulatan. Jangan lupa cabutkan soket 3 pin dari housing LED juga.
Swap board macam biasa, jangan risau bab sambungan wayar sebab saiz pin berbeza jadi anda mudah kenal mana sambungan yang betul. Insya Allah takkan silap pasang.
Kerja seterusnya cari jalan untuk pasang board pada housing LED. Harus diingat, tak boleh plug and play sebab bukan dari jenis yang sama, yang rosak kiri, yang dipasang semula sebelah kanan. Jadinya aku pasang macam foto di bawah hehe. Janji lekat rapat aje.
Kemudian uji pepasangan tadi. Alhamdulillah lampu brek dah kembali menyala :)
Sekian.
Comments